March 29, 2024

Saya cadangkan Burger Al-Lazat untuk menu moreh lepas terawih..

Sebenarnya ni kisah lebih kurang dua minggu lepas. Baru je terpandang dalam folder foto, dan masih belum berkesempatan lagi update pasal ni. Tapi rasanya memang kena masa untuk aku update sekarang ni kan, terutamanya untuk mereka yang mencari makanan tambahan selepas menunaikan solat terawih kan..

 

Untuk mereka yang belum tahu, Burger Bakar Abang Burn ada mengeluarkan menu baru sempena bulan Ramadhan ni, Burger Al-Lazat. Camano rupo Burger Al-Lazat ni?

 

Burger Al-Lazat ni sebenarnya gabungan percik moden dan sos timur tengah. Lebih kurang ayam percik yang selalu kita jumpa kat bazar Ramadhan, tapi tanpa tulang dan juga tanpa lidi. hikhik..Oh ye, menu ni adalah limited edition ye, hanya boleh didapati semasa bulan Ramadhan dan Syawal aje di semua 18 cawangan Burger Bakar Abang Burn. Selain daripada bulan-bulan ni, tengok gambar telan air liur je la ye. So, nak tak nak, memang kena dapatkan skang ok.

Kenapa aku cadangkan Burger AL-Lazat ni sebagai menu moreh korang?

Satu, sebab saiznya memang sesuai untuk hidangan ‘ringan’..kedua, ini antara menu ringkas dan senang nak makan. Sambil drive pon boleh ngangan mulut dan ngap! Kalau nak buat hidangan untuk bersahur pun boleh ni, tapi untuk aku, memang kena amik dua bijik le, baru bertenaga..hahaha..

Burger Al-Lazat ni juga ada pelbagai pakejnya ye..boleh pilih mengikut nafsu makan korang!

 

Burger Al-Lazat Special with Salami. Tengok gambar pon, dah telan air liur kan?

 

Burger AL-Lazat Supremo. Ada tambahan onion ring tu. Nampak tebal je kan.

 

Burger Al-Lazat Cheesy. Dengar nama je pon dah boleh bayangkan dia nye rupakan. Penuh dengan cheese. Ni untuk peminat atau pemakan tegar chees, memang sesuai sangat la kan. 

 

Untuk mereka yang tak tegar sangat dengan cheese segala bagai ni, boleh amik Burger AL-Lazat Cheese. Tahap cheesenya tidak sekronik yang Cheesy..

 

JMR bersama owner blog HazmanFadzil.com, shakiddo.com dan penaberkala.blogspot.com

Selain pelancaran Burger Al-Lazat yang mabeles masa ni, majlis ini juga diadakan sempena penubuhan cawangan Burger Bakar Abang Burn Khas untuk Anak Yatim & Fakir miskin. Cawangan ini ditubuhkan semata-mata untuk tujuan infaq di mana semua keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin. Respek aku untuk team Abang Burn yang komited untuk beramal dan patut dijadikan contoh untuk usahawan-usahawan lain.

Antara blogger-blogger femes yang turut hadir untuk memberi sokongan dalam usaha murni team Burger Bakar Abang Burn ni!

Burp…dengan selambar berjaya aku ngap dua biji Burger Al-Lazat ni pada malam tu..Tenkiu atas jemputan ni,BBAB!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Saya cadangkan Burger Al-Lazat untuk menu moreh lepas terawih..

Leave a Reply to daydeck86 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *