March 29, 2024

Meatball Bakar di Rawang Burger Bakar memang terbaik!

Bila cakap pasal meatball, asyik-asyik meatball IKEA..bila cakap pasal burger, asyik-asyik burger mekdi..ahh bosan gak kalau asyik brand yang sama je kan.  Sekali-sekala kena gak terjah brand yang berlainan, lebih-lebih lagi local product! Malam hujung minggu yang lepas, aku berpeluang menerjah Rawang Burger Bakar yang terletak di Pusat Bandar Wangsa Maju seksyen 5..Burrppp!

 

Exact location Rawang Burger Bakar Wangsa Maju ni senang je, tak jauh dari Carrefour Wangsa Maju, betul-betul depan pintu masuk Affin Bank dan depan Shell tak jauh dari PizzaHut. *tak jumpa lagi tak tahu la kan. Dibuka setiap hari(kecuali Isnini) dari jam 7petang sehingga 2pagi..dan sehingga jam 3pagi pada hujung minggu. Jangan risau, even ramai, seat yang disediakan memang mencukupi.

Selain cawangan ni, ada lebih kurang 60 cawangan yang telah dibuka di serata Malaysia termasuk satu cawangan dibuka di luar negara okkey, di Cardiff City United Kingdom..perghh..

Menu utama yang aku order ialah Meatball Bakar. Sebenarnya, ni produk terbaru Rawang Burger Bakar yang bakal menjadi viral. Bila sampai aje Meatball Bakar ni, aku tenung satu persatu. Visual Check omputih cakap. Ye, ianya memang dibakar, saiz memang besar dan jelas kelihatan salutan sos blackpepper. Untuk gigitan pertama, rasa seakan-akan cair dimulut, sangat lembut okkey daging dia. Dalam daging tu, diletak gak hirisan bawang ngan daun bawang yang menambahkan lagi kemanisan daging tu. Memang lain daripada lainlah. Meatball bakar ni gak dihidang bersama garlic bread dan hirisan daun salad. Garlic bread ni memang patut dipuji, sedap wo dimakan panas-panas..10 bijik meatball ni memang mengeyangkan dan berbaloi..

 

Selain daripada Meatball Bakar, RBB juga memperkenalkan menu Old Skool Burger atau Legend Burger. Bila tengok rupa burger ni, teringat masa bujang dulu, masak burger kat rumah sewa diapit guna roti gardenia instead of roti burger..hehehe..tapi kat RBB ni lain ye, tak guna daging frozen yang beli kat tesco mahupun giant, ni daging homemade dengan resipi rahsia. Dah tu, daging ni dibakar menggunakan kayu arang, tu pasal aroma dia berbeza dan dagingnya tetap juicy okkey!

 

Old Skool Burger-simple and just nice. Daging homemade memang tebal, diapit dengan roti  garing dan dimakan bersama dengan sos dan cheese. Menggiurkan!

Alang-alang dah sampai ke sini, dan tertarik dengan kepelbagaian nama burger, aku memilih untuk meneruskan lantakan dengan Burger Double Riang ni. Tengok tu, ada 2 keping daging homemade, nasib baik aku tak makan malam lagi, so selamber je setelkan Burger Double Riang ni. Series tak muak dan still leh masuk sebab daging tu tidak terlalu kering dan menten juicy..

 

Aku sempat gak merasa secubit K-Pop Burger yang diorder oleh member lain. Bukan K-Pop yang Korea tu ok, tapi ni adalah burger kambing yang dibakar secukup rasa. Tak bau hanyir kambing pon dan daging kambing ini diimport dari Australia. Even secubit, tapi memang terasa kemanisan daging kambing tu, next time datang nak kena try K-Pop Burger ni plak. 


K-Pop..burger kambing terbaik di KL! Sesapa peminat burger kambing, aku rekemenkan cuba menu ni di Rawang Burger Bakar!

hahah..disebabkan rasanya yang sangat memuaskan hati, aku siap ‘take away’ lagi Meatball Bakar RBB ni. Boleh wat sarapan pagi esoknya. Wah klas ko, brekpas ngan Meatball Bakar RBB!

Last but not least, berkesempatan bergambar dengan owner Rawang Burger Bakar, Abang Roy. Sempat gak borak sambil kutip ilmu-ilmu dan pengalaman yang pernah dilaluinya. Pesanan terbaik, “...nak berjaya, hati kena bersih dan mesti bersyukur!“. Thanx bro!

Untuk info lanjut pasal Rawang Burger Bakar ni, sila terjah ;

Rawang Burger Bakar

Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5, 
53300 Setapak, Kuala Lumpur

Facebook : FB Rawang Burger Bakar

Website: Rawang Burger Bakar

Twitter: @BurgerRawang

Instagram: #RawangBurgerBakar @roynaldoo

 

Kepada peminat tegar Burger Bakar dan Meatball Bakar, sangat-sangat rekemen untuk ke Rawang Burger Bakar !!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Meatball Bakar di Rawang Burger Bakar memang terbaik!

  1. Burger yang paling terkenal ialah KLCC, manakala K. Pop pula adalah untuk peminat daging kambing. Burger bakar RBB bukan sahaja sedap, bahkan baik untuk kesihatan. Dagingnya rendah kolestrol kerana dibakar menggunakan arang kayu dan minyak zaitun, selain menggunakan daging tempatan sahaja.

  2. Untunglah dah dok area sana, boleh terjah selalu..

    MJ sekali je pernah makan meatball IKEA, lepas tu kalau teringin nak mkan kena tunggu terjah sana la.. huhuu

  3. rawan burger bakar ada kat ganu..
    boleh la cuba ni.. huhu..
    abg burn dah try.. rawang pulak nnti

  4. burger kat wangsa maju ni memang betul2 terbaik. tak berkesempatan lagi nak ke sana..

    1. hahah..tingin gk nk masukmarketing dept..dept ni biasa ada awek cun2 kan..kihkih..aku skali skala boleh la lwn slera ko, tp ko nye mmg luar biasa bro.

  5. SA dah banyak baca review ttg burger bakar Rawang ni…ada yang kat best..ada yang kata so..so..yang penting penerimaan org tu sendiri kan..hehehehe…SA x pernah cuba..sedang mencari masa yang sesuai…

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *