Pengalaman di bilik bersalin

Baru kali ni aku berpeluang untuk coretkan pengalaman yang aku lalui lebih kurang 17hari yang lepas. Ye, pengalaman pertama yang sangat manis bagi aku walaupun semasa melaluinya, hanya Tuhan je yang tahu perasaan kasihan, terharu, sedih dan ada juga rasa bangga melihat pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri a.k.a Puan Nunu.

Isnin 22 April 2013 

Jam 8.00pagi, Puan Nunu mengadu tak sedap badan dan rasa letih luar biasa. Aku bagitau  dia, just amik MC dan rest kat umah. Hajat di hati memang nak temankan dia tapi since ada kerja yang perlu aku setelkan hari ini, so terpaksa aku kuatkan hati ke ofis. Jam 11.00pagi, dia call aku dan bagitau ada minor bleeding, mungkin tanda untuk bersalin. So aku decide untuk amik halfday leave dan setelkan kerja aku cepat-cepat sebelum keluar ofis. Sempat tapau nasi di mapley dan sempat lak tayar motor pancit. Cilakak. Jam 2petang aku sampai rumah, Puan Nunu dah siap menunggu hidangan makan tengah hari air tangan mamak. Hamboi..paling aku respek, segala keperluan ie: beg dia, beg baby dah well prepared untuk dibawa bersama ke hospital. Mana tau kot-kot terberanak hari ni gak kan..

Memandangkan Dr.Zarina selaku gynae hanya available pada jam 3.00petang, 2.59petang baru kami gerak ke Hospital Pusrawi Kota Damansara yang terletak lebih kurang 4 minit daripada rumah. Unbelievable! Even sampai agak lambat dari jam 3petang, tapi no giliran tetap first! Rasanya tak ramai yang buat appointment pada hari Isnin kot..

Seperti biasa, lepas register, Puan Nunu kena amik blood pressure, berat badan dan urine test. Lepas tu, masuk bilik jumpa doktor. Since appointment sepatutnya pada 24 April, Puan Nunu mengadu ada sedikit pendarahan dan lately ni pergerakan baby kurang aktif. Untuk konfemkan keadaan sekarang ni, doktor lakukan check up sama ada jalan dah terbuka atau belum. So far, tiada bukaan yang dikesan pada jam 3.30petang, tapi memandangkan Puan Nunu mengadu baby kurang aktif, doktor  proceed dengan Electrocardiogram Test (ECG) untuk check heartbeat baby.

Puan Nunu berECG Test.

Camne rupa ECG Test untuk baby?. Ada dua cable dari mesin tu, ditampal di perut Puan Nunu. Then, tunggu lebih kurang 20minit, sedikit demi sedikit keluar kertas ala-ala graf kesan gempa bumi..hahaha..Disebabkan first result yang kurang memuaskan so called ‘sleepy patent’, Puan Nunu terpaksa dimasukkan ke wad Siti Khadijah. Oh ye, aku pilih bilik single dengan satu katil dan satu sofa. sebab aku bajet malam ni aku boleh tidur di rumah je..hehehe..

Doktor risau something bad happened kat baby dalam perut, dan perlu diteruskan dengan ECG Test&pemantauan setiap 3jam sekali. Keputusan diambil, baby perlu dilahirkan pada hari ini, samada melalui kelahiran normal atau Caesarean Section. Bunyi macam kritikal je kan, tapi aku still rilex. Puan Nunu dah start merah mata&mengalir air mata. Aku faham perasaan dia ketika tu, sampaikan ada satu scene, dia cakap sanggup sakit/macam2 jadi kat dia, janji baby lahir dengan selamat. Aku sound dia, jangan nak berdrama Melayu sangat, insyaAllah semua akan selamat. Paling penting, dia kena kuat dan teruskan doa.

Next ECG Test, dalam jam 6 petang. Alhamdulillah.. Trend kat kertas graf gempa bumi tu semakin baik. Mungkin masa first ECG Test tu, baby tengah tidur. Sekarang baby dah kembali aktif…! Then, doctor bagi 2 jenis pil untuk Puan Nunu telan. Aku lupa dah pejadah nama pil tu, tapi bukan pil kuda la dan untuk membantu proses kelahiran. Selepas tu, nurse masuk bilik, kasi sejenis cecair yang disumbat kot bontot. Katanya, untuk mencuci segala najis..hahaha..power giler kot cecair tu, tak sampai 10 minit, Puan Nunu dah selamat melakukan ‘pelaburan’ dengan jaya dalam tandas…hahaha..ingat nak kena beli satu time sembelit..

Lepas Magrib, aku ambil keputusan untuk balik ke rumah jap, ye la kan, dia just prepare baju dia & baju baby, tapi barang aku langsung tak disediakannya. haha..nasib baik rumah dekat. Plus, perut aku dah start berkeroncong, kan bagus kalau catering servis pun disediakan untuk suami yang menunggu. Dinner hanya disediakan untuk pesakit sahaja katanya..melangkah saja ke dalam kereta, aku rasa seperti kembali bujang..hahaha..dah start pikir mana nak lepak makan malam ni. So called ‘teringin tapi tak dapat’ sebelum ni, aku ke SUKIYA di Dataran Sunway untuk pekena Gyudon. Almaklumlah, sebelum ni, Puan Nunu tak makan daging, dan gyudon ni bahannya adalah daging, unfair la kan kalau dating kat SUKIYA tu…tentang SUKIYA ni, next entri aku citer ye..

Jam 9malam, elok je ngah kenyang melantak gyudon, dapat SMS dari Puan Nunu, “jalan dah buka 3cm“..respon pertama aku, jalan apa lak yang buka 3cm ni??? “jalan untuk baby keluar la..” lorrr…berdesup aku ke hospital balik..

Masa ni, sakit bukaan jalan a.k.a contraction dah memang Puan Nunu rasa setiap 10minit sekali. Masa ni gak, aku teringatkan nasihat umi minta Puan Nunu minum air selusuh. Oh ye, ada yang tak tau apa itu air selusuh? Takpe, next entri lagi aku cerita ye. Air selusuh ni adalah salah satu ikhtiar untuk mengurangkan rasa sakit & memudahkan proses bersalin, seeloknya disediakan sendiri oleh suami.

Result ECG Test kali ketiga pada jam10.35malam.

Bukaan ketika ini lebih kurang 4~5cm. Oh ye, kali ini, Puan Nunu dicheck bukaan jalan tu di bilik bersalin/labor room. Tertanya-tanya gak macam mana diorang measure panjang bukaan tu. Guna pembaris atau guna calliper??:-p  

Masa doctor nak check, ada gak aku intai, tapi baik je kena sound. Katanya ‘This is not for show, you sit down there..”..hahaha..Even tegas, tapi aku respek. Janji aku dapat bersama dengan Puan Nunu, dari saat dia terbaring atas katil sampai la setel sumer. Ok..then selepas scene ni, memang tak balik ke wad Siti Khadijah lagi da, terus terbaring kat katil labor room tu. Masa ni, setiap 5minit sekali, Puan Nunu terpaksa menahan sakit contraction yang lebih power. Cycle time untuk contraction tu lebih kurang 40saat. Fuhh..berpeluh gak aku nengoknya. Kesian pun ada, apa yang boleh aku cakap, just kata-kata semangat supaya dia banyak-banyak bersabar dan beristighfar. Sambil-sambil tu, ada aku bacakan ayat-ayat Quran yang terhafal di otak aku ni. Saat ni, aku rasa memang seorang isteri perlukan suami di sisi. Aku takleh nak bayangkan level sakit contraction ni. Kata Puan Nunu, lagi sakit daripada senggugut masa datang bulan. Wallahualam kita sebagai lelaki ni kan, sakit datang bulan pun taknah rasa, apatah lagi senggugut..hehehe. 

Setiap kali sakit contraction datang, memang aku berdiri di tepi katil, genggam jari-jemari Puan Nunu sambil usap kepalanya. Genggaman jari dia semasa contraction ni memang luar biasa kuat. Aku tahu kekuatan Puan Nunu macamana, dan genggaman yang super power ni memang menggambarkan kesakitan yang dilalui. Ada ketika, aku hulurkan air suam sebagai penghilang dahaganya. Ada salah ketikanya, aku terhulur jari telunjuk aku ke mulutnya, baik je dia gigit & ketap..nasib baik sempat aku tarik balik..perghh..

Jam 11.30malam, level kesakitan Puan Nunu makin kemuncak. Tapi sempat lagi dia memohon maaf & minta halalkan makan minum selama dia kenal aku. Pergh, scene ni memang betul-betul drama Melayu. Dengan kami berdua je dalam labor room, sayu gak aku dengar, jatuh gak setitik dua air mata jantan gua. Oit jangan gelak la. Dulu aku gelak orang, tapi bila ko sedar yang ko ni suami kepada seorang isteri, di saat isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat ko sendiri, pendek kata antara hidup dan mati, sejantan mana pun ko, mesti rasa sebak dalam keadaan gini. Memang aku dah maaf&halalkan segalanya. Tapi sebagai seorang lelaki&suami, aku lagi kena kuat dan kena bagi kata-kata semangat dan doa untuk dia atasi semua ni.

Jam 12.00malam, Puan Nunu request ubat tahan sakit untuk legakan sikit kesakitan ni. Satu injection diberikan kat belakang area pinggangnya, juga dimasukkan plain water ke badan since memang dia agak lemah masa ni. Bila tingatkan scene ni, kesian lak masa dia request suh aku mintak ubat tahan sakit tu daripada nurse, aku berkeras taknak bagi dia amik. Thought bahayakan baby dalam kandungan. Then, Puan Nunu sendiri yang tekan calling button for nurse. Sorry dear…

Jam 12.15pagi (23April 2013), nurse ada masukkan satu suntikan ubat dalam plain water, katanya untuk cepatkan lagi proses contraction. Memang berkesan menda tu. Selepas 5 minit, contraction makin kerap, selang 4,5minit. Dan masa ni, segala preparation untuk bersalin memang giat dilakukan oleh nurse-nurse ni. Gunting-gunting, jarum jahitan, China paper(wondering naper diorang panggil ngan nama ni??). 3 orang nurse memang dah siap-sedia tepi katil. Bila Puan Nunu dah konfemkan bersedia untuk ‘teran’, diorang ajarkan cara yang betul untuk teran. Tarik nafas, kepala angkat, tengok perut buncit, teran seakan-akan teran sembelit..hahaha…

Jam 12.30pagi, Dr.Zarina dengan lengkap berjubah, sekali lagi seluk bawah dan check bukaan untuk konfemkan bukaan jalan untuk baby keluar. Alhamdulillah..jalan dah ready, kepala baby dah masuk ‘socket’ jalan yang sepatutnya..masa doktor seluk, memang darah pekat membuak-buak keluar. Nasib baik aku rilex takde pening-pening..

Jam 12.45pagi, Puan Nunu dah sedia untuk ‘teran’ secara series. Pergh..aku salute dengan semangat&usahanya. Daripada kepala baby kelihatan sebesar syiling 50sen, sehinggalah separuh kepala dah keluar, she did a good job! Aku tahu dia dah buat yang terbaik. paling penting, suasana dalam labor tu cam meriah lak ngan ‘cheerleader’..”sikit lagi, push lagi..sikit lagi..teran lagi…” X lapan puloh lapan kali..sekali dengan aku dok praktis meneran gak. Sampai satu tahap, aku izinkan Dr.Zarina untuk menggunakan teknik vakum untuk percepatkan proses mengeluarkan baby, bimbang baby lemas, memandangkan fizikal Puan Nunu yang semakin lemah. Dengan bantuan mesin vakum, dengan suction pressure 4barg, tepat jam 1.05pagi, alhamdulillah, satu tubuh kecil&comel selamat dilahirkan secara normal dan sempurna..

Allah Maha Besar.. LIVE di depan mata, mula-mula keluar, badan baby kebiruan diselaputi lendir, dan perlahan-lahan bertukar menjadi kemerahan. Setelah dipotong tali pusat, dan satu tiub dimasukkan ke dalam mulut baby(untuk keluarkan bendalir yang tertelan i guess), suara teriakan+tangisan memecahkan suasana ‘panas’ dalam labor room pada malam tu. Semua menarik nafas lega dan Alhamdulillah…

SUJUD SYUKUR AKU PADAMU YA ALLAH…

Dayyan Harith.

23April2013 1.05pagi. Hospital Pusrawi Kota Damansra. Berat 3.1kg, body length 51cm.

Gambar pertama baby Dayyan selepas dibersihkan dan dibedakkan. Kuat betul suara tangisannya. Dr.Zarina bukan main puji lak ngan teriakn baby ni, lagi kuat tangisan, lagi bagus kata doktor..

Nak dengar macam mana style tangisan dalam bersinan? Jom terjah entri NAIK PANGKAT ni..

Jutaan terima Kasih kepada Dr.Zarina yang menjaga Puan Nunu since kali pertama disahkan mengandung pada Ogos 2012 sehinggalah ke saat kelahiran baby Dayyan. Juga terima kasih tak terhingga kepada nurse-nurse comel di Hospital Pusrawi Kota Damansara yang berkhidmat dengan cemerlang dan sangat mesra alam.

Note: Sebaik sahaja baby dilahirkan dan masih dicelah kaki Puan Nunu, perkara pertama aku check, cukup ke idak jari kaki dan tangan, telinga ok, lubang hidung dan mata ok..alhamdulillah, baby Dayyan dilahirkan cukup sifat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 responses

  1. Tarik nafas, kepala angkat, tengok perut buncit, teran seakan-akan teran sembelit..hahaha…

    amboi ayat kat atas tu.. mcm sembelit yeeee.. mesti de pengalaman byk sembelit ni. wahahahaha

    tetibe teringat masa sy beranak aritu.. untung la pn nunu ada en suami update kan entry ni. so kalau dia lupa saat bersalin , leh bc kat sini. sy pon dah lupa kejadian masa beranak . lepas beranak byk lupa macam2.
    afasz recently posted…Umaira Solehah @ Butik Tudung AidijumaMy Profile

  2. Tahniah atas kelahiran baby yg pertama..harap u boleh share berapa cost bersalin kat pusrawi kota damansara ye?and ade brp org doc kat sane?

  3. comelnyaa….tahniah JMR…i’ve experience that masa lahirkan Dania 8 tahun yang lepas..now masih nak merasai pengalaman itu lagi..tp kena la nikah lagi sekali..kan…

  4. saya bersalin, hasben tader..hasben atas jalan raya, pecut habis dari jerteh nak sampai ke bandar pontian. semata nak tgk saya bersalin. tp, tader rezeki, saya bersalin ditemani adik2 nurse praktikal jek..huhu. sb tu kekadang terasa cemburu dgn isteri2 yg hasbennya pernah temankan isteri di dewan bersalin.

    pasni kut preggy agi, nak bersalin kat sini jek..kat tpt kami tinggal..kat hospital berdekatan, sbnya saya taknak hasben saya terlepas lagi melihat kelahiran anak yg lain…:)

  5. setiap orang mengalami pengalaman yg berbeza..tapi satu kenangan indah…kami merasai pengalaman indah jauh di rantauan….mmg sangat mencabar tapi kena kuat..mabruk alaik..kimsalam puan nunu n baby comei…:-) …dil n family…bumi alexandria…

  6. tahniah atas kelahiran bayi pertama.. bersedia utk membimbing pulak..

    sebagai ibu, mmg pun, saat sakit tu, kalau suami ada, semangat tu jadi lain, sakit, mmg sakit, tapi tabahkan diri sbb de orang di sisi.. pernah rasa dua2, suami tak de dgn ada.. sbb yg 1st kat gomen, suami tak leh masuk… 2nd, swasta, suami teman.. wpun tanpa sebarang ubat, sakitnya masih mampu ditahan.. ye, mungkin tu kuasa semanagt dari suami kot.. apa pun, syabas, sbb tak semua suami sanggup teman..

  7. Allahuakbar.nangis2 aku baca haa..teringat2 masa aku dulu..sakit tu memang tak tergambar dengan kata2..alhamdulillah nunu mampu hadapi n aku percaya semua ibu mampu hadapi.bila ko cite nunu sanggup rasa sakit cemana pun asalkan baby selamat.aku teringat bila misi cakap ngan aku kepala baby dah bengkak sikit sebab aku teran sebelum masa.(baru 8cm masa tu) time tu.cemana sakit cemana tak tahan pun aku tetap jugak tahan dr teran.bayangkan la rasa nak terberak sangat sangat tp ko tak boleh berak.ha cane tu.hahahaa ok nangis lagi.hehe

    tak saba nak bawak airis jumpe dayyan..nanti kte pertemukan mereka ek.kehkehkeh

    selamat berpantang untuk nunu!tahniah!

  8. tergelak2 baca entri encik ni , walaupun kelakar saya faham keadaan situasi dan suasana panas dalam labour room tu .. teringin juga nak ajak suami tengok saya melahirkan anak , tapi takut dia tak smpai hati .. nak tindik telinga pun dia dah geli geleman tengok .. ish …

    tahniah ye ..

  9. K dee baca sambil nangis sambil gelak..tak tau dah yg mana satu….lepas ni hargai isteri, bantu isteri, bukan mudahkan nak melahirkan seorang zuriat? apapun tahniah buat kamu berdua..comel dayyan..

  10. Hahah best pulak baca. Tapi bila fikir ngeri pulak (sebab saya pelajar perubatan) rasa macam tak sanggup pulak nak tengok orang bersalin ni, memikirkan kesakitan yang dialami. Waaaaaa T_T

  11. Subhanallah..!! Allahuakbar..!! cerita ko ni buat aku sebak pun ada.. tapi ada selit2 lawak.. cool bro.. baru tau kan time nak bersalin tu.. perrghhh..!! btw, welcome to the world little one!!! :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam