Mee Rebus Ramli Ipoh sangat sedap..

mee

Okkey..kita teruskan cerita pagi tadi ye..

Setelah digoogle dan ditanya pendapat daripada warga cyber pasal tempat menarik untuk makan malam kami kali ini, aku tertarik dengan cadangan owner blog Dee yang suggest untuk try Mee Rebus Ramli..cadangan tanpa alamat, so terpaksalah aku google alamatnya sendiri..

Dan result address daripada entri Mee Rebus Ramli Ipoh | Terbukti Sedap daripada Rakan Blogger, tetap aku key in kan dalam GPS walaupun bro eyriqazz bagitau, jalan kaki pon boleh darip Ipoh Parade.. dan nasib baik gak aku tak gunakan kaki menapak ke sana, sebab alamat tu membawak kami kedai asal Mee Rebus Ramli Ipoh yang terletak di Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar..hehehe..Nasib baik kami berpuas hati dengan kesedapan mee rebus ramli nih..:-)

Alamat untuk Mee Rebus Ramli Ipoh nih..

Restoran Mee Rebus Ramli

No. 767 , Taman Tasik Jaya,

Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.
Suasana kedai Mee Rebus Ramli yang sentiasa dikunjungi pelanggan. Susunan meja dan ruang yang luas sangat memberi keselesaan. Selain mee rebus, boleh gak kalau korang nak try nasi ayam, nasi lemak dan juga masakan ala barat ; chicken chop, lamb chop etc..bau pun sodap..tapi memandangkan ini first time kami di sini, semestinya menu pilihan utama, Mee Rebus Ramli..pandai pakcik Ramli ni masak..kihkihkih..
Sodapp..tak tipu punya. Ni first time aku jumpa mee rebus sesedap nih, nak-nak cucur dalam tu, bukan main slluurrpp lagi Puan Nunu menikmatinya.. Harga pun saaaangat berpatutan. Next time kami datang Ipoh, kompom singgah lagi nih…
Burppp, alhamdulillah…

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 responses

  1. perghh tergoda iman aku tengok mee rebus ni huhu.. selalu ada beza sikit mee rebus mamak style dengan melayu masakan punya style huhu.. dari segi rasa ni mamak style ka bro? huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam