Teruskan perjuangan, kawan..

Series.. minggu pertama di bulan terakhir untuk tahun ni adalah minggu yang paling teruk dan membosankan. Bukan sebab tekanan kerja atau kerja berat..kerja berjalan seperti biasa tapi ‘suasana’ makin berbeza..

‘Suasana’ berbeza sebab tidak lama lagi, ruang ofis akan diextend dan diperbesarkan lagi, dan aku akan merindui ruang ofis sekarang nih..

‘Suasana’ berbeza sebab minggu ni hilang seorang kawan yang pergi untuk peluang yang lebih baik, dan lama tidak lama, akan pergi seorang demi seorang untuk mencari peluang dan ‘ruang’ yang lebih baik..

‘Suasana’ berbeza sebab 2012 akan mengundur diri, dan 2013 akan menjelma tidak lama lagi. Dan makin buntu untuk meneruskan perjuangan tanpa rakan-rakan yang banyak membantu dari dulu hingga hari ini…

 

 

Suka atau tidak..perjuangan harus diteruskan..Teruskan perjuangan, kawan..

Good Luck untuk mereka yang meneruskan perjuangan di ‘landasan’ yang baru…

JMR-7 Disember 2012.

[STYLE YOUR VEO]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam