March 29, 2024

Madu oh Madu..~

Aku rasa aku dah terkena kesan sampingan bila bini pregnen..

Bukan muntah-muntah, bukan loya-loya dan juga bukan pening-pening..tapi ni lain macam punya perangai. Ermm..sejak akhir-akhir ni, rasa nak menjamu selera kat luar dah lesap. Ntah ke mana. Kalau sebelum ni, pantang ada masa, pasti teringin nak menerjah mana-mana restoran yang terasa kat anak tekak aku dan juga Puan Nunu.

So, rutin skang ni, sebelum check out ofis, sms Puan Nunu selaku pelanggan, dan aku selaku pengambil order cum masterchef..

Aku paling suka bila Puan Nunu reply..” masak je la apa-apa yang ada... ” .. jawab aku memang takde pape la kan, sebab stail kami, memang tak simpan stok bahan mentah utama kat umah, kalau nak pekena ikan hari ni, baru hari ni gi cari ikan..lagi pun, kedai bahan mentah dekat ajo, Giant & Carrefour memang betul-betul depan rumah, jalan kaki pon sampai…

Taraa..menu dinner kami pada malam Jumaat lepas. Ayam Masak Madu okkey..nasib baik takde yang sensitif pasal  tang word ‘madu’ ni..hahaha..eh nak resipi ayam masak madu? ala, google je, melambak list site&blog pasal resipi ayam masak madu nih..takkan tu pun nak aku ajarkan…hahah..aku unikkan sikit material menu kali ni. Acu cuba try test campakkan madu asli yang aku beli kat Cameron Highland itu hari. Then tambahkan semangkuk penuh kasih sayang dan rasa ikhlas. Pheww..mabeles okkey rasa dia..cubalah~

Untuk memenuhi keperluan kondisi terkini seorang isteri, aku masakkan sayur campur dengan tema kaler hijau+putih+oren. Selepas aku calculate berapa banyak vitamin+zat yang ada pada material yang aku gunakan,Insyaallah, cukup khasiat yang diperlukan oleh Puan Nunu dan ‘insan’ di dalam rahimnya..

Nak tambah nasi lagik~ ” ayat yang paling suka aku dengar.. apakah maknanya tu?? kihkihkih

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Madu oh Madu..~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *