March 29, 2024

Nasi Goreng Nenas @ Chaba Thai Kitchen, Krabi

Pernah makan Nasi Goreng Nenas? siap dihidangkan dalam nenas? Kalau tak pernah, harus mencuba..rasanya tak banyak kedai/restoran yang menghidangkan Nasi Goreng Nenas dalam nenas. Aku pernah try di food court The Gardens, tapi agak tidak memuaskan hati selain daripada nasi gorengnya sangat berminyak+tak rasa nenas pon dalam nasi goreng tu..

 

Since aku bercuti di Krabi hari tu, dah tu bila sampai kat Restoran Chaba Thai Kitchen ni di Aonang, dah tu lagi ada lak Nasi Goreng Nenas. Memang ‘wajib’ mencuba la kan..ada sijil HALAL lak tu..

 

Burppp..alhamdulillah..terbaik nasi goreng nenas nih. Rasa masam masam manis nenas tu memang wajib, dah tu dimasak lak ngan biji gajus..macam-macam rasa ada. Fuhh..makan lak masa lapar-lapar selepas seharian berjalan di sepanjang Pantai Aonang.

Perghh..tetiba otak ni remindkan balik kesedapan Nasi goreng Nenas nih..ahh sudah..korang tahu tak mana nak cari Nasi Goreng Nenas yang sedap kat KL ni???

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Nasi Goreng Nenas @ Chaba Thai Kitchen, Krabi

  1. Selain dr nasik dlm nenas tu, cili blend dlm botol tepi nenas tu pun menarik perhatian mak. Mcm sedap jugak tu kalo mkn nasik dgn cili tu kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *