Kek Lapis Sarawak – Roll Fenomena

6 Jun 2012

Dah menjadi kebiasaan sejak menjadi suami, pergi outstation ke mana-mana, pasti ingin mencari ‘something’ untuk Puan Nunu. Untuk kali ni, since meeting aku habis agak cepat, terus bergegas ke airport. Biasanya, kalau ada job di Miri, masa nak fly balik, memang tak sempat nak pusing-pusing kedai di Miri nih. Kali ni terlebih lama la plak, flight balik jam 2.50petang, kol 12.30pm dah terpacak kat sana..mesti korang boleh bayangkan betapa banyaknya aku ada freetime..kihkih

Sebenarnya dah perasan lama tentang kewujudan kedai kek lapis Sarawak Habibi ni yang terletak di pintu masuk Miri Airport. Tapi, selepas Puan Ardini Humaira merekemenkan kedai ni, baru la terasa nak terjah Habibi Cake Shop nih.Frust jap sebab kek lapis masam manis seperti yang direkemkan oleh Puan Ardini dah kehabisan stok. So, pilih punya pilih, terasa nak try kek lapis Roll Fenomena nih. RM20 untuk saiz kecik ni..Sangat kalerful kan. Flava nya boleh rasa macam-macam. Ada masam, ada manis, ala-ala coklat, ala-ala rasa keladi pon ada gak. Tu pasal dinamakan ‘fenomena’ kot. Terasa berbaloi membeli, nak-nak bila dapat tengok bukan main suka lagi isteri makan kek lapis Sarawak nih..

Ni kalau ke Miri lagi nak kena beli banyak-banyak buat stok nih..any rekemen tempat jual kek lapis Sarawak yang sedap??

Burppp…~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 responses

  1. Leh cari kek lapis siti payung, pun sedap. Harga lagi murah drp habibi. Kek dia walopon ltak dalam peti tp still leh rasa basah lagi. Daaappp dappp. Siti payung tu ada fb gak siap jual online :-)

  2. Kalo kat Miri lu pergi kat Wisma Seberkas kat Bulatan..ada mcm pasar malam. Kat Situ ramai kerabat gua jual kek lapis..Lu mentioned nama gua cakap Jai suruh mintak diskaun silap2 dapat free satu..hehe. Ada 3 ke 4 sedara yang berjual kat sana..lu pilihlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam