30June2012:Quick update:

Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar sudah 17hari aku berada di pelantar minyak&gas Platform KNDP-A yang terletak di perairan Sabah, hak milik Sabah Shell Petroleum Co.Ltd. Dan ini bermakna, sudah 18hari(termasuk 1hari perjalanan) aku tinggalkan wife kesayangan demi mencari sesuap nasi.*Harapharapnasibriyaniwalawey..

Alhamdulillah, sejak hari pertama bertolak dari jeti Labuan Supply Base menaiki fast crew boat Sarah Gold ke barge Sarku-300 sebagai tempat penginapan memandangkan KNDP-A platform tidak mempunyai living quarter dengan waktu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sehingga ke hari ini tiada masalah yang kritikal dan tahap kesihatan berada di tahap memuaskan. Disokong pula dengan cuaca yang baik pada 10hari pertama. Dan sedikit gelombang beserta angin kencang mula melanda perairan Sabah/Labuan pada hari ke-11 sampailah ke hari ini. Berdoa supaya dijauhkan bencana taufan di lautan luas seperti yang berlaku 2hari sebelum aku tiba, yang mampu membengkokkan dinding besi solid setebal lebih 4inchi! Harus diingat, kuasa air mampu memusnahkan sebuah bandar, apatah lagi sekeping dinding pada sebuah kapal?? nauzubillah..

“Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah janganlah bergoncang jiwamu sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali, sebab itu hendaklah sabar – Prof Dr.Hamka”

Biarpun ada yang berpendapat, bertugas di offshore mampu menebalkan poket dengan lumayan, tapi yang pasti, setiap yang bertugas di pelantar di tengah lautan tidak ingin berlama di sana. Selesai tugasan, pasti ingin segera pulang ke pangkuan tersayang. Apa guna wang ringgit, kalau setiap saat selama 24jam berada dalam keadaan berisiko. Manager, worksupervisor, engineer, technician mahupun rigger, semuanya berdepan dengan hazad&risiko yang sama, yang membezakan hanyalah langkah-langkah keselamatan yang dipraktikkan sewaktu bertugas. Mohon dipermudahkan segala urusan dan tugasan. Yang pasti, asal manusia daripada tanah, dan lautan terbentang sebagai sumber rezeki hanyalah tempat persinggahan.

“Ya Tuhan kami..akhirilah khatimah kami dengan sebaik-baik pengajaran..”

InsyaAllah..lagi 3,4 hari officemate aku akan sampai dan membolehkan aku demob lebih awal. Ngah bizi siapkan handover report untuknya. Dan sedang berfikir-fikir lokasi strategik untuk menghabiskan masa dengan si dia pada hujung minggu nanti, insyaAllah..Harap dipermudahkan olehNya.  Amin…~

Everything I need to know about life, I learn from Noah’s Ark..

im coming home..im coming home..Enjoice!

Post to Twitter

 

Post to Twitter

 

Ini pertama kali kami singgah di Restoran Hm Sri Bagan Ikan Bakar yang terletak di The Strand, Kota Damansara.Since kami pulang kerja agak lambat, dah Puan Nunu tidak berapa nak sihat, so aku decide untuk dinner di luar saje. Apabila dinner tak dirancang di saat-saat akhir, memang susah nak decide lokasi kali nih. Puan Nunu tengok aku, aku tengok dia. Bila elok je dah keluar dari kawasan rumah, ternampaklah Restoran Hm Sri Bagan Ikan Bakar. Why not kita terjah ajo kan..Sambil-sambil menunggu hidangan utama siap dimasak, mereka hidangkan kerepek ni bersama air suam. Layan gak sambil menguyah sambil melayan bola Malaysia vs Singapura..Untuk hidangan berat, aku order Nasi Goreng USA dan Nasi Goreng cendawan untuk Puan Nunu. Nasi Goreng USA versi sini dihidangkan dengan ayam paprik dan telur goreng.Tengok telur kuning tu, goyang goyang dow..

Sotong goreng celup tepung sebagai side menu kami kali nih. Lagi sodap bila sotong ni digoreng panas-panas. In fact, kita sendiri yang pilih sotong yang masih fresh untuk dimasak. Pilih-pilih dan bagi ajo pada tukang masak kat sini, hanya RM5/100gram. Tepungnya agak light, tapi rasa manis sotong tetap menambahkan selera.Taraaa..nilah dia udang kertas goreng butter tu. Eh eh kenapa dipanggil udang kertas ek?? Masih teringat lagi kat lidah ni rasa butter versi Hm nih. Tak muak dan tak terlalu berminyak. Aku sendiri yang pilih udang yang masih segar untuk dimasak. Sangat puas hati even harganya agak tinggi, Rm10/100gram.

Overall, untuk first time ni, memang memuaskan, nak-nak servisnya ok la, tak lambat sangat dan tak cepat sangat. Maybe akan datang lagi untuk cuba menu lain lak. So far, aku tertarik dengan ketam masak cili dan harganya not bad, RM6 untuk 100gram..

Burpppp…alhamdulillah…

Post to Twitter

 

Pernah tengok More Jutaria yang dihostkan oleh Ahmad Tarmimi Sarigar suatu masa dahulu tak? Seingat aku, hadiah utama yang ditawarkan dalam GamE Show tu adalah sebijik kereta Ferrari kaler merah. Fuhh..memang tengok sampai meleleh air liur, almaklumlah kereta Ferrari sangat RARE pada masa tu. Tak silap aku, masa tu, hanya sebijik dua je Ferrari yang ada atas jalan di Malaysia nih..orang kaya gila-gila bab je kot yang mampu drive Ferrari nih..

Tapi itu dulu la kan..sekarang ni, hampir setiap hari terserempak ngan Ferrari pelbagai kaler atas jalan di sekitar tempat tinggal + kerja aku..Dan bila aku ke event motorsport, Super GT di SIC tempoh hari, perghhh…bersepah-sepah kot Ferrari ni..dah tu, si drivernyer lak boleh tahan muda..

Tak salahkan untuk jadikan Ferrari ni sebagai kereta idaman..mereka boleh, kenapa tidak kita? Betul tak?Statistik mengatakan, stok kete Ferrari ni tidak mencukupi untuk pasaran di Malaysia..OMG!Adakah disebabkan harga Ferrari hari ini makin murah atau kuasa pembeli makin bertambah?

Kan…dulu sangat RARE di jalan, sekarang ni, rilek je lalu di sebalik pejalan kaki. tapi tetap mencuri tumpuan ramai..Satu hari nanti, mana tahu dapat milikinya satu, sapa tahu?..Hanya Dia yang Satu :-)

Pstt: Dengan citer akak blogger Sumijelly pon dah ada bisnes Ferrari For Rent! perrgghh!!!

Enjoice!

Post to Twitter

 

Sabtu lepas, sebelum balik ke rumah parent Puan Nunu di Port Klang, sempat gak mencuri masa ke Sepang International Circuit sempena Super GT 3. Dapat pass untuk 2 hari dari kompeni, dan memang hanyadapat pergi untuk hari ‘qualifying’ je, race day pass tiket kat orang lain ajo..kurang keterujaan berbanding F1.:-) tapi..semakin teruja bila kat entrance pon dah disambut dengan mereka ini…

kahkahkah…

Rata-rata aku tengok photog yang bawak kamera panjang belalai gajah, lebih prefer shot ‘jentera’ seksi daripada jentera GT..aku pun sama..kahkahkha..mula-mula semangat untuk dapatkan ‘panning’ shot terbaik bertukar ke dapatkan ‘potraiture’ terbaik..

Jom la layan sedikit sebanyak yang aku dapat masa Super GT hari tu..~

Cam iras-iras Hanis Zalikha eh??Dah le..cukuplah tu untuk santapan mata sebelum tidur malam nih. Dah seimbang kot antara awek GT & jentera GT..yang lagi-lagi hot tu, biar aku simpan sendiri la..kahkahkah..

Post to Twitter

 

Pernah makan Nasi Goreng Nenas? siap dihidangkan dalam nenas? Kalau tak pernah, harus mencuba..rasanya tak banyak kedai/restoran yang menghidangkan Nasi Goreng Nenas dalam nenas. Aku pernah try di food court The Gardens, tapi agak tidak memuaskan hati selain daripada nasi gorengnya sangat berminyak+tak rasa nenas pon dalam nasi goreng tu..

Since aku bercuti di Krabi hari tu, dah tu bila sampai kat Restoran Chaba Thai Kitchen ni di Aonang, dah tu lagi ada lak Nasi Goreng Nenas. Memang ‘wajib’ mencuba la kan..ada sijil HALAL lak tu..Burppp..alhamdulillah..terbaik nasi goreng nenas nih. Rasa masam masam manis nenas tu memang wajib, dah tu dimasak lak ngan biji gajus..macam-macam rasa ada. Fuhh..makan lak masa lapar-lapar selepas seharian berjalan di sepanjang Pantai Aonang.

Perghh..tetiba otak ni remindkan balik kesedapan Nasi goreng Nenas nih..ahh sudah..korang tahu tak mana nak cari Nasi Goreng Nenas yang sedap kat KL ni???

Post to Twitter

 

Orang cakap, kalau datang Krabi, tak sah tak amik pakej tour ke pulau-pulau di sekitar Krabi. Tak kisahlah pakej 4 Island tour ke, Phi-phi Island Tour ke, janji dapat menikmati indahnya ciptaan Allah swt di bumi Krabi, walaupun pernah ditimpa bencana tsunami satu ketika dulu.

Jadi, untuk trip kami kali nih, kami pilih 4 Island Tour dengan menggunakan speedboat. Pengangkutan lain selain daripada speedboat adalah dengan longtail boat. Kenapa aku pilih 4 Island Tour berbanding dengan pakej lain. Sebabnya, untuk 4 Island Tour ni, tempohnya lebih pendek berbanding Phi-phi Island Tour. Phi-phi Island Tour lebih panjang tempohnya disebabkan lokasi aktiviti sborkelling lebih banyak, aku rasalah. Untuk trip yang hanya kami berdua, aku lebih prefer menggunakan speedboat. Kalau datang trip secara berkumpulan, lebih baik amik pakej longtail bot. Harga tour kami kali ni adalah 1200 bath/person atau kami anggap je RM120 untuk seorang.

Harus pakai sunblock ni kalau taknak sengsara di kemudian hari.:-)

Ok..semua tiket dah ready. Orang travel tours tu akan datang pick up kat lobby hotel untuk ke speedboat. Jom kita jejalan nek speedboat lak! eh jejalan eh???

Destinasi pertama adalah Phra Nang Beach!!! Memang excited naik speedboat nih. Tak perlu risau pasal ‘seasick’ sebab Phra Nang Beach tak jauh pun dari jeti.

Otw to Phra Nang Beach, benti singgah amik dua lagi pelancong asing. Satu speedboat hanya 10orang pelancong je dan 3 orang pelayan. wah pelayan ko.. 1 kapel dari Thai, 3 kapel dari Europe dan 1 kapel dari Malaysia yakni KAMI lettew!.. So layanan agak eksklusif le kan..sepanjang perjalanan,korang akan dibekalkan dengan mineral water dan juga fresh fruit. Lunch juga disediakan okkey.

Dah sampai! Welcome to Phra Nang Beach. Walaupun bunyinya ‘beach’ , tapi jalan masuk hanya menggunakan boat saja. Unless ko terer berenang jarak jauh.

Masa yang diperuntukkan di sini adalah selama satu jam. Pantai ngan gua je pon ada. Nak buat apa lama-lama kan? Pusing-pusing, snap-snap gambar pemandangan sikit, snap gambar bini sendiri dulu then baru la bley snap gambar awek lain..kahkah..

Bukan main excited lagi kena pukul ngan ombak. Ni shot yang kali ke 9, baru Puan Nunu puas hati dengan hasilnya..*matiklesapajadiphotogdia!Ko baik-baik yang, kang tercucuk batu tajam kat kepala tu,menjawab aku nanti..

Masa kecik-kecik luh, kalau pegi Golok ikut Kelate, mesti jumpa ngan bot spesis enjin panjang nih. Tak sangka, zaman skang pon masih berguna lagi. Unik gak rupanya kan.

Berat der sauh tu. Ni baru bot kecik, mahu kapal yang besar-besar, agak-agak berapa berat la sauh dia ek. Eh ke kapal besar tak pakai sauh eh?:-p

‘Barang’ sapa sepah-sepah nih??

hahaha..menurut info, tempat ni adalah tempat memuja/sembahyang orang-orang siam nih. Mereka percaya, melakukan aktiviti kat sini boleh memberi mereka zuriat. Owh yeke. tapi yang aku musykilkan, kenapa ‘barang’ si suami je, ‘barang si isteri’ takde lak tinggalkan kat sini..Bukankah untuk mendapat zuriat memerlukan kedua-duanya??kihkihki

Terpikir gk, camana ‘feel’ gay-gay yang datang ke sini ek? eh Im not a gay~

Dah-dah..jom kita teruskan perjalanan..

Next destination, Tub Island!

Sangat kagum dengan kebesaran Tuhan kat sini. Masa air pasang, seakan-akan terdapat 3 pulau yang terpisah. Bila air agak surut/tidak pasang, pengunjung dapat berjalan dari satu pulau ke pulau sebelah dengan hanya berjalan kaki. Seakan-akan pulau tersebut disambungkan dengan sebuah jambatan.

See..selamber je berjalan kaki dari pulau ke pulau. Area yang nampak pasir  tuje airnya cetek. Yang kat kiri kanan tu, memang leh cecah paras kepala. Salah seorang pengunjung yang sedang catwalk..

Tengok air laut tu, sangat jernih ok. Jelas kelihatan  ikan-ikan sedang berenang. Mula-mula Puan Nunu cam takut-takut nak menyeberang ke pulau sebelah. eh aku pun risau gak sebenarnya, kang tetiba air pasang kan..haru biru nanti aku nak kena kuak lentang.

Alang-alang dah sampai area air jernih, leh nampak anak-anak ikan berenang manja, nak gak try test power Olympus TG-620 tu..

Dah namanya dalam air, jadahnya asyik nak berjalan-jalan. Jom kita berenang-renang bersama anak-anak hikan mak..haha.. Tak pasti lak ikan apa, janji bukan piranha atau jerung dah le..

Aku bajet ikan ni betina, sebab bila aku masukkan kamera pink tu, semua datang nak belek-belek kamera tu. Berkenan katanya. Kalau nak, beli sendiri ok!*nganikanponnakgaduh

Nasib baik trip kali ni, Puan Nunu bawak kompak kamera yang TOUGH. Bolehlah aku yang lebih-lebih dok acu cuba try test. Memang puas hati, even harganya tak semahal DSLR, tapi kualitinya, series aku rekemenkan!

Kahkakh..kelakar la ko sayang. Nak snap gambar ikan guna Nikon D7000, siap hulur-hulur kaki tu. Kaki perisa stoberi ke?? Kalau piranha, berani tak? kehehe..

Tenkiu Abg Bob sebab amik gambar kami. Siapa itu abang Bob..tu la dia pemandu pelancong kami. Eh takde lak gambar dia. lupa nak snap.Amboi-amboi adik pakai jaket oren tu, tajam tol pandangan dia..haha..tapi aku rasa, kalau Bro Hazman yang tengok, lagi tajam pandangan dan pemikiran kot..kahkah..sori bro, ni je gambar aku leh upload untuk hari nih..Destinasi seterusnya ada Chicken Island. Kenapa dinamakan Pulau Ayam ni? Mungkin sebab bentuk pulau ni seakan-akan  seekor ayam dengan bahagian kepalanya kelihatan sangat jelas dari pandangan sisi. Tapi tak pasti lak, ada ke idak ayamnya kat Chicken Island nih.

So apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain tengok kepala ayam tu? Yeahh..snorkelling time! aku dah biasa, so aku layankan keeksaitedan Puan Nunu untuk kali nih.

Pengunjung yang menggunakan Longtail boat. Tengok dari jauh cam mayat terapung pon ada gak..haha..

Puan Nunu sangat ekcited! Ni first time dia bersnorkelling. Awal-awal aku tanya, penah pakai goggle/snorkel/lifejacket? Tapi dia tak jawab dengan clear. so aku bajet, dia dah tahu sumer. Bila tiba di lokasi, dapat je sumer tu, terus dia capai, pakai segala bagai, terus TERJUN! dem..aku tak sempat ready,dia dah dalam air. Dan bila aku masuk air, ngah leka dok ushar anak-anak hikan, tetiba aku dengar sore dia dok tanya, apsal dalam goggle ada air, apsal bila nafas guna snorkel, tertelan air..hahaha..Sorry dear, thot u dah tahu pakai sumer tu properly..terpaksa la ajar balik sumer tu..tapi gelak tetap gelak..kahkahkah..

Dah namanya melayan bini kan. So, akulah instructor, akulah photographer nya. Seronok ye. Len kali I ajar cara nak guna SelfcContained Underwater Breathing Apparatus lak..hehehe..

Lebih kurang dah kecut kulit ni, barulah kami naik ke speedbot untuk destinasi terakhir, Poda Island!

Tak banyak aktivit yang boleh dilakukan di sini since matahari tengah memacak atas kepala. Just untuk lunch time, mandi-mandi kalo sesapa nak, pusing-pusing pulau, tengok kera, amik gambar, skodeng awek omputih berjemur dan dua tiga aktiviti lagi. Kiranya beraktiviti bebas la kat sini kan.

Travel agency kami tapowkan nasi ngan lauk ayam+telur. Halal ok. Korang leh request makanan halal untuk island trip nih. Insyaallah keHALALan tu boleh dipercayai. Ni aktiviti sampingan. Aku agak tak faham, diorang ni tak panas ke? Taknah jumpa cahaya matahari? Panas kot, time ni lebih kurang jam 1petang, terik wo matahari time nih..Duta untuk kempen Tsunami Hazard Zone. Boy ke girl ni??haha..Salah satu pemandangan menarik di Poda Island. Jernih kebiruan kan air dia. Geram nak terjun,tapi mahu terbakar kulit aku nanti. Tunggu balik Besut nanti la.Dont worry, be happy. Walaupun Poda Island ni termasuk dalam Zon Hazad Tsunami, tapi evacuation route dah pon dirangka. Kat kawasan pulau ni ada disediakan arah mana yang patut korang pergi kalo tetiba berlaku tsunami. Mana tahu kan..Pulau asmara dalam genggaman. Dah jadi trend kat sini, sumer nak snap gambar ala-ala cam kecik bebenor pulau yang satu tu.Kat Poa Island ni, banyak jagung bakar dijual. Besar-besar lak tu. Nasib baik perut ngah kenyang, kalau tak, mahu dua tiga aku beli nih.Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Tak tahu apa motif tali gantung camtu. Ntah-ntah dah banyak orang yang berjaya gantungkan diri sendiri kat situ kot. Eh tapi rendah je kan, kalau aku gantung kat leher, tahun depan pun belum tentu lagi putus nyawa..hahaha..Dah-dah..dah tiba waktu untuk pulang. Rasa macam sekejap la plak. Rasa macam taknak balik la plak. Rasa macam nak terus tinggal kt pulau-pulau ni la plak. aahh,banyak la ko punya rasa. Memperkenalkan travelmate kami. Eh eh dah nak balik baru nak kenal-kenal ye..kihkih..Tamat sudah 4 Island Tour kami kali nih. Satu lagi kenangan terindah yang tercipta. Paling penting, aku dan Puan Nunu dapat luangkan masa bersama sambil menikmati indahnya ciptaan Allah SWT..semoga ikatan suci ini bahagia berkekalan hendaknya..Amin~

Enjoice!

Post to Twitter

 

6 Jun 2012

Dah menjadi kebiasaan sejak menjadi suami, pergi outstation ke mana-mana, pasti ingin mencari ‘something’ untuk Puan Nunu. Untuk kali ni, since meeting aku habis agak cepat, terus bergegas ke airport. Biasanya, kalau ada job di Miri, masa nak fly balik, memang tak sempat nak pusing-pusing kedai di Miri nih. Kali ni terlebih lama la plak, flight balik jam 2.50petang, kol 12.30pm dah terpacak kat sana..mesti korang boleh bayangkan betapa banyaknya aku ada freetime..kihkih

Sebenarnya dah perasan lama tentang kewujudan kedai kek lapis Sarawak Habibi ni yang terletak di pintu masuk Miri Airport. Tapi, selepas Puan Ardini Humaira merekemenkan kedai ni, baru la terasa nak terjah Habibi Cake Shop nih.Frust jap sebab kek lapis masam manis seperti yang direkemkan oleh Puan Ardini dah kehabisan stok. So, pilih punya pilih, terasa nak try kek lapis Roll Fenomena nih. RM20 untuk saiz kecik ni..Sangat kalerful kan. Flava nya boleh rasa macam-macam. Ada masam, ada manis, ala-ala coklat, ala-ala rasa keladi pon ada gak. Tu pasal dinamakan ‘fenomena’ kot. Terasa berbaloi membeli, nak-nak bila dapat tengok bukan main suka lagi isteri makan kek lapis Sarawak nih..

Ni kalau ke Miri lagi nak kena beli banyak-banyak buat stok nih..any rekemen tempat jual kek lapis Sarawak yang sedap??

Burppp…~

Post to Twitter

 

“Bro, acu try check barang masing-masing..masih ada dan masih available?”

kahkahkah..

Ni gambar masa 4 Islands trip kami. Nanti kat next entry aku citer pasal trip nih lak. Ni selingan seketika..

Pranang Cave, Krabi, Thailand.|| 20 Mei 2012.

 

Post to Twitter

 

||4 Jun 2012: Cathay Cineleisure e@Curve||“Kadang-kadang lawak yang tak logik pun mampu membuatkan kita gelak kaw-kaw”

Sesuai untuk penonton yang mencari filem ringan yang mencuit hati dari pelbagai sudut cerita. Tayangan rasmi akan bermula pada 7 Jun ni nanti.

Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR