Ko pernah makan oblong 3 bijik sorang-sorang?

Ko pernah makan satay 30 cucuk sorang-sorang?

Ko pernah makan murtabak 10 bijik sorang-sorang?

Kalau tak pernah, ko boleh hayati pengalaman brader yang giler makan. Hari-hari update mesti ada pasal makan. Makan lak bukan calang-calang kuantiti..kihkih.. Jom terjah FOOD BLOGGER ini @ hazmanfadzil.com !

Dah go thru blog brader kaki makan ni kan?

Aku pasti, mesti ramai yang cakap, “Biar betul mamat ni!“…

dah agak dah..~ kihkih..

Jadi, dengan skill makan dan mempunyai tank bersaiz besar, selayaknya dia tercalon dalam kategori FAVE MAKAN-MAKAN EXPERT.

*clap clap clap~

Dan..untuk memastikan brader ni mampu menjulang award ni, mehlah kita sama-sama VOTE untuk dia!

Camner nak VOTE?

Senang ajo..klik ke link ni >> VOTE HAZMANFADZIL.COM.

Kendian, tekan VOTE selepas login Facebook atau Twitter.

Hari-hari boleh VOTE..

VOTE SAMPAI LEBAM OKKEY!

** kalau dah vote untuk dia, meh le link ni lak >> VOTE JMR23.COM..tapi dalam kategori Tourism Travel Blog okkey..:-)

Post to Twitter

 

Untuk intro, tenkiu Bro Fazrol sebab share Premiere Screening pass ngan aku..kihkih..tanpa banyak bunyi, aku rekemenkan readers menonton filem terbaru Marvel Studios yang dibintangi superhero-superhero alaf baru!

Thor dan tukul tetap dengan watak machonya. Angkara adiknya si Loki, dia menyertai The Avengers untuk menyelamatkan dunia. Dan si tua, Captain America yang masih bernyawa walaupun tertanam di dalam ais selama lebih 70tahun, tetap series dalam pertarungan menggunakan perisai kebalnya.

The Hulk dan seluar koyak-koyaknya memang perkasa dari dulu lagi. Jelmaan Dr Banner dalam The Avengers kali ini pada mulanya adalah sekutu Loki. Setelah Dr Banner berjaya mengawal kuasa si badangnya, The Hulk menjadi salah satu member dalam The Avengers. Paling menyentuh hati, saat dan ketika The Hulk menyambut Ironman yang tidak sedarkan diri dan jatuh dari langit.

Tony Stark a.k.a Ironman a.k.a watak feveret aku! Sikap degil, keras kepala tapi bijak menangani masalah si Tony Stark ni memang tidak pernah berubah sejak 1st Ironman. Even degil, tapi ada masanya watak Tony Stark ni memang boleh buat penonton gelak terbahak-bahak dengan lawak selambanya.

The Avengers mengisahkan sekumpulan superhero yang berusaha menghalangnya Loki daripada menyalahgunakan Tesseract yang dicuri daripada organisasi S.H.I.E.L.D. Gabungan 4 superhero yang pada asalnya merupakan watak utama daripada 4 filem yang berbeza bukan sahaja berjaya menyentuh hati aku dengan semangat setiapasukan, tapi berjaya gak mencuit hati dengan lawak-lawak bodoh di sebalik kemachoan setiap watak ini.

Betul…lawak diorang ni mampu memecahkan panggung dengan gelak kaw-kaw dari penonton. Tak caya, gi la menonton der!;-)

Kepada peminat The Hulk, Ironman, Captain America dan Thor, cepat-cepat book tiket untuk esok. Memang berbaloi RM11++ untuk tayangan selama lebih kurang 2jam.

Post to Twitter

 

..tapi kena pastikan ‘jalan’ itu tidak membawa kemudaratan…

enjoice!

Selamat malam~

Post to Twitter

 

Selamat Pagi!

Pagi-pagi ni kita layan nafsu mata sebelum melayan nafsu perut tengah hari nanti. Korang suka asam pedas? Yeah Bro Man Food Blogger pasti angguk laju-laju kan? Aku amat jarang memilih menu asam pedas ni selagi tak terasa air liur meleleh di tepian bibir. Jadi, untuk entri kali nih, memang sah la kan air liur ngah meleleh bila trip aku ngan Puan Nunu singgah di Restoran Asam Pedas, tak jauh dari Pantai Teluk Kemang, dua minggu yang lepas.

Kami pilih asam pedas pari. Akak jaga restoran ni yang cadangkan kitorang amik semangkuk sorang. Aku ‘iya’kan saja, almaklumlah tengah kelaparan masa ni. Bila order sampai, saiz mangkuk dan pari boleh tahan besarnya. Semangkuk tu saja memang cukup untuk dua orang makan.

Telur asin dan sambal belacan tu adalah complimentary daripada kedai ni. Agak unik gak kan, biasanya sekadar sambal belacan dan timun potong. Puan Nunu lak amik telur itik masak lemak untuk lauk tambahan. Asam pedas kat sini boleh tahan pedasnya. Rasanya memang sangat kena ngan selera aku masa ni. Dan kesegaran ikan pari memang boleh dipuji. Suasana di kedai ni pun tak terlalu panas walaupun ramai pelanggan masa aku singgah di sini. Jadi, pedas-pedas pun, takdelah berpeluh sangat kan. Total harga untuk hidangan kami kali ni adalah RM20 termasuk dua gelas air sirap bandung. Bagi aku, sangat berbaloi la kan dengan kualiti hidangan yang disediakan.

Restoran asam pedas ni boleh korang singgah semasa perjalanan ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan ianya terletak di sebelah kiri jalan. Ada juga menu asam pedas ikan tenggiri, cencaru, selar dan mambong.

Eh, mambong tu spesis macam mana ye?? Sama seperti mambang ek:-p

Burp…*lap air liur

Post to Twitter

 

Underwater Photography/Fotografi Dalam Air adalah salah satu cabang seni fotografi selain daripada potraiture, wedding, modelling dan banyak lagi. Underwater Photography memerlukan penelitian dari segi peralatan, teknik, pencahayaan dan juga perancangan.

Makin lama diteliti, makin timbul lak minat aku dalam Underwater Photography ni. Aku nampak banyak keistimewaan dan keunikan dunia di bawah air ni sebenarnya. Kalau tak caya, korang boleh ‘google’ imej ‘underwater photography’ dan lihat deretan foto daripada jurugambar-jurugambar di bawah air. Superb der!

Objek dalam air dan dalam air. Camano tu? Ye, reflek air di dalam air. Unik kan.

Pregnant woman pon boleh dijadikan subjek dalam air.

Konsep Underwater Wedding Photography pun menarik. Masih tidak dipraktikkan secara meluas di Malaysia lagi kan. Rasanya sebab ramai yang berfikir dua tiga kali untuk basahkan baju persandingan kot.

Fuh! Ni foto Underwater Baby paling cun yang aku jumpa. Boleh imagine tak macam mana baby rasanya tak sampai setahun kot usianya, leh posing ‘baekkk punya’ di dalam air..Cute!

Akibat minat yang mulai timbul ni, aku ada gak survey waterproof case untuk DSLR yang ada kat pasaran Malaysia. Bukan main susah lagi nak jumpa variety dalam aksesori nih. Kalau ada pon, harga memang kaw-kaw lumayan, sampaikan untuk basic case pon dah cecah riban-riban. Memang dalam mimpi la nak ada set underwater camera buat masa skang ni, untuk masa hadapan taktahu lagi la kan. Kot-kot ada rezeki lebih ke, leh gak fikir balik.

So, untuk jangka masa terdekat ni, memang hanya mampu serious survey untuk waterproof compactcam yang boleh cecah air sedalam 10meter. Adalah dua tiga brand di dalam pasaran Malaysia yang mampu milik sekitar RM1000~RM2000..paling penting, quality gambar terhasil dan juga safety seal lock. Kan tak pasal-pasal kamera masuk air!

Ada sesiapa guna waterproof compact cam? Brand apa yang paling bagus dari segi operation dan juga kualiti gambar?

Nikon, Olympus atau Lumix??

Anyone?

Enjoice!

Post to Twitter

 

Why do you want to excite your senses with LG Cinema 3D Smart TV?

First time layan 3D Movie di cinema, memang excited giler. Terasa seperti watak-watak di skrin tu sangat dekat di hati dan mata. Kalau rasa watak tu sangat comel, rasa cam boleh peluk-peluk je, dan kalau watak tu jahat, rasa seperti mampu disepak-sepak. Tapi sabar je la kan, sebab memang tu semua ‘takat rasa’ je la dan memang tak mampu nak sentuh mahupun sepak sama sekali. Kalau buat gak, taktahu la apa penonton seat sebelah atau belakang tu cakap apa, ‘Mung giler!!’ agaknya…

Itu kalau situasi di cinema la kan..apa agaknya reaksi diri apabila mempunyai LG Cinema 3D Smart TV seperti di bawah nih??

Kompom..

kalau menonton filem aksi drift, denyutan jantung dan penghasilan adrenalin seperti berada di dalam situasi sebenar.

kalau menonton filem aksi tembak-menembak, memang penat nak elakkan diri daripada terkena peluru-peluru yang terbang betul-betul di depan kepala sendiri kan?

Dan, camana lak kalau menonton filem romantik? hug-hug + kiss-kiss..Fuhh..*kihkihkih..

Cer try tengok kat website LG INI..

1mm bezel + lightweight glasses!

more optimal and comfortable environment for immersive 3D viewing!

Jadi..jawabku..’giler’ ko tak teruja dengan kemunculan ‘makhluk’ baru dari LG nih! Sangat teruja dengan kemunculan LG Cinema 3D TV yang pasti memberi ruang yang lebih banyak untuk aku turut serta ber’aksi’ di dalam setiap tayangan!

Apa lagi, jom pilih mana-mana yang berkenan :

http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/televisions.jsp

PARTEHH!

Post to Twitter

 

21 April 2012 || Telok Gadong

My first time?

haha..yup, ini kali pertama aku hadirkan diri di kenduri kahwin bersama ‘isteri’. Terasa macam dah grow up dengan jayanya atas perkembangan hidup nih. Pasangan pengantin adalah ex-skoolmates Puan Nunu, kawan menangis bersama sebab taknak stay kat hostel..kihkihkih..

Tahniah untuk Fateen & Zaini, semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Post to Twitter

 

Setelah beberapa bulan tidak menjamu selera di ‘warung IKEA’, sekali lagi aku berkesempatan singgah sebentar untuk melepaskan rindu pada bebola daging dan juga melempiaskan nafsu pada kepak ayam pada malam Jumaat lepas. Wah, banyak sangat perubahan yang berlaku di ‘warung IKEA’ dan area sekitarnya. Dan bila masa lak menu nasi goreng kampung ada dalam list ek? First trial, ‘boleh tahan’ walaupun nampak simple.

Paling best, untuk sepinggan meatball dan juga set nasi goreng+kepak ayam, dapat free Voucher RM5. Mungkin ni satu lagi tarikan untuk pelanggan IKEA menjamu selera di sini dan seterusnya menyambung aktiviti membeli-belah di gedung IKEA. Eat Your Discount!

Post to Twitter

 

Sejak dua menjak, memang hidup aku takleh lari daripada laut. Ingatkan dah balik dari laut dalam, bolehla lepak gunung-ganang, tapi sayangkan bini punya pasalkan, ikutlah juga lepak kat tepi laut. Tapi tepi laut lagi best la kot. Sebab….errr…

Rasanya majoriti perempuan lebih sukakan laut daripada gunung. Kenapa eh?

* eh mana ek aku dapat fakta ni???? fakta ke laut le kot…

Erhh..Teringin nak bawak speed boat sendiri. Kena amik lesen ke idok ek?Kalau tak pon, nak gak ride jetski, lagi best kalau terer bawak jetski. Petang-petang leh la menunjuk skil-skil jetski kat tepi pantai, kompom juling mata awek-awek yang ngah berdating ngan balak-balak di tepian pantai.

Tapi, macam impossible je angan-angan tu, sebab kalau aku ride jetski, pastinya awek kat bawah ni yang memboncengnya nanti..

Hai awek, saya kat sini. Apsal tengok ke sana? Waktu senja camni, macam-macam makhluk yang dok berkeliaran. Awak ada nampak pape ke??euuwww :-p

Coconut Grove, Regency Hotel Port Dickson. || 14 April 2012.

Post to Twitter

 

Kayuh lagi dan lagi, lagi dan lagi..fuhh..

Jap..eh bila baca tajuk entri ni, macam pelik lak bunyinya kan..

Lama giler tak masuk gym. Ntah apa mimpi, trip ke Tiara Beach Resort last wiken, termasuk lak dalam gym kat resort tu..tapi untuk 10minit je la. Buhsan..’Swim’ dalam pool sambil cuci mata lagi best…~

Selamat Malam,

JMR || 18042012

Post to Twitter

 

Wah..tengok balik gambar ni, cam ‘ghindu’ lak ngan rutin kat sini. Bangun jam 5pagi, jam 6pagi masuk meeting..bla..bla..bla..sedar-sedar dah jam 6 petang dan masa untuk rehat..hari-hari rutin yang sama je selama hampir tiga minggu..gambar ni sebenarnya hotel penginapan a.k.a ‘living quarter’ untuk platform F6 SSB. Sama aras dengan ‘bridge’ tu adalah control room, bahagian atas yang petak putih tu la tempat tidur siap ngan dapur..dan atas sekali adalah helipad+tempat beriadah..hehehe..

* hope next trip bukanlah dalam masa yang terdekat ni..need a longer rest..~

Post to Twitter

 

Sushi King Bonanza RM2 datang lagi. Pastinya ini yang dinanti-nantikan oleh penggemar Sushi king Malaysia! Mana taknya, yang RM6/plate pon jadi RM2/plate..best giler der! Rugi le kan kalau tak terjah! Masa ni la nak melantak sepuas-puasnya..Amacam Cik Lily Putih selaku pemakan sushi tegar, jangan terlepas lak bonanza ni ek. Camana lak ngan food blogger MAS, leh la wat sesi HAZMAN VS SUSHI lak kan??hehehe..

Right timing, right place & right financial. Since semalam aku amik Replacement Leave dan selaku suami mithali, lepas je amik Puan Nunu, terus berdesup ke One Utama, semata-mata nak ke Sushi King. So, Puan Nunu tak perlu nak asapkan dapur malam tu, kasi dia rilex sikit..hehehehe..

Salmon, Unagi, Ebi Furai..memang hidangan wajib.

Yeah, yang ni memang target aku. Kalau bukan bonanza time, sepinggan tu mao RM5, memang kena catuan la kalo mengidam, tapi tidak time bonanza. Memang kusebat abis-abisan!

Unagi a.k.a Belut Kicap..hahaha..6pinggan untuk menu ni ajor..fuhh..orang cakap, unagi ni elok untuk tenaga dalaman lelaki bergelar suami. Betul ke?

Untuk Sushi King Bonanza RM2, masa yang dibenarkan hanyalah 45minit/entry. So, dalam jangka masa tu, pandai-pandailah korang nak isi perut sebanyak mana. No tapow tapow okkey.

Nasib baik bini aku sorang ni terer pegang chopstick&boleh telan rasa sushi. Paling penting, boleh bagi cabaran dalam acara telan sushi bergilir-gilir. Ni yang cayang nih..hahahaha..

Salmon! Ye, salmon mentahnye isi biasanya warna keoren-orenan. Bila dah masak, kaler dia macam kat ENTRI INI. Ni yang paling aku suka, feveret sushi poreba! Untuk normal price RM4/plate boleh diconsider lagi, tapi bila menjadi RM2/plate, memang laju je la kan. Antara khasiat salmon ni, leh activate tahap kecerdasan minda insani..hahah..

Total plate untuk Puan Nunu ialah 11. Kira ok la kan boleh bagi cabaran sengit kat aku even ada sesetengah tu, dia makan satu je, yang satu lagi campak ke mulut aku.

Wasabi..nak rasa nikmat sebenar, suap dalam mulut banyak-banyak, then tarik nafas dalam-dalam..weeehoooo…syorga ko nanti!

Champion..kalo tokey Sushi King tengok, mesti terasa rugi wat bonanza RM2 ni, majoriti aku sebat plate kaler merah(RM5) ngan ungu(RM6)..hahahaha..cer kira berapa banyak plate tu??

Post to Twitter

 

Yeah, malam Isnin bermakna tamat sudah hari minggu! Sabtu & Ahad, terlalu cepat bebenor masa berlalu kan? iskh iskh..

Sebenarnya tak kisah sangat, sebab esok masih ada cuti untuk aku..haha..kasi can la aku cuti lebih sikit, dah lama tak bercuti ni weih..splendid weekend!

Lagi best, bila malam ni, Cik Nunu masakkan salmon grill feveret gue! eh silap, Puan Nunu okkey:-p..terasa nikmat mempunyai nikmat seorang isteri..kihkihkih

**teringat masa kat F6 Offshore Complex, tiap-tiap hari Ahad, dinner time adalah buffet time! Target utama aku, adalah salmon yang digrill sekor gedabak, boleh amik isi salmon tu ikut suka hati ko. Dan saiz salmon tu adalah sebelah kaki ko, besar tak besarnya walawey..syorgaa!!!

|| oh ye, tenkiu to Cik Eva sebab bagi prezen nonstick grill ni!!..hehehe

Post to Twitter

 

3 minggu lepas, mendapat ‘panggilan laut dalam’ di saat akhir, siap dengan special diversion flight memang menyakitkan hati. Tapi aku buat dek je sambil berdoa semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas 3 minggu, dipendekkan cerita.

taraaa!! Im home!! Nanti aku cari ruang untuk coretkan suka duka di F6 Offshore Complex, Central Luconia Gas Field,South China Sea.. Trip yang paling menguji kesabaran dengan ragam-ragam ‘orang atasan’. Say NO NO NO untuk panggilan yang ‘tak masuk akal’. Kali ni, aku mahu berhujung minggu sepuas-puasnya! Enjoice!

Tenkiu untuk semua yang membantu dalam menyelesaikan misi trip kali nih esp to Bro Kavi!! Mission completed. Ko memang sempoi la bro!

Bye-bye F6!

Hi-hi Port Dickson!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR