
28 Januari 2012.
Hari minggu memang menjadi kebiasaan bagi mata aku untuk celik awal. aku tak pasti celah mana salah setting, elok je hari cuti, pas subuh tak reti-reti nak pejam balik dah. kKlau hari kije, silap haribulan, pas zohor pon belum tentu mata nak celik..
Dah namanya orang bujang, memang dekat nak kiamat la kalau bukak je mata, brekpes dah siap terhidang kat dapur. Nak tak nak, kena pancut air sedas dua kata kelopak mata, kasi segar sikit sebelum cari brekpes kat warung nasi lemak akak sombong hidung tak mancung. Nasib baik nasi lemak dia sedap..
Tapi hari ni, sumer menda jadi tak sedap lepas dapat satu call dari..ah tak yah la bagitau daripada sapa. Sekarang ni aku nak tanya, sapa nak nasi lemak ayam goreng dara mantap ni??? mantap giler derrr!
haha..apa korang ingat ini entri tutorial ke? tidak, tidak, dan tidak..cuma aku kagum dengan toy kanak-kanak zaman skang nih..klasss der..

Aku lupa lak nak tanya nama baby ni apa. Tapi kalau korang bagi makan, kompom dia berak. Kalau bagi minum lak, automatik dia terus kencing. Dan bila dah terberak dan terkencing tu, mestilah kena tukarkan lampin kan. Kan baby ni berak dan kencing lagi, sapa susah? Ibu dia gak kan…:-p

Lampin baby ni nak beli kat ner? Owh..aku tak pasti, tapi try check kat Toys R Us atau kedai-kedai toy lain. Ada kot. tapi jangan beli kat hypermarket lak, kompom takde saiz. Percayalah…mahal kot selai ni..iskh iskh..
Gambar atas, amacam, ada sifat-sifat kebapaan tak?kihkih..Paling syiok bila ajak baby ni bertatih. Cam betul-betul ko ngah mengajar baby bertatih. Siap sikit kat tangan tu, siap ada bunyi-bunyi, baby ni akan melangkah satu demi satu. dem cute! sapa la yang invent menatang toy nih..melaghakan tol la..hahaha…
Dan akibat terlalu geram…..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

walaweyyyy..kaki sapa lak kat atas muka baby ni..cian dia..alolololo:-p
15 Januari 2012:Kota Damansara
Kisah minggu lepas. Masih belum hilang penat akibat kerja luar di Penang, aku mendapat panggilan rezeki daripada makcik aku. Memang takkan menolak rezeki BBQ di petang hari sempena kejayaan Eleena Jasmine mendapat tempat kemasukan di MRSM Pekan dan juga sempena ulangtahun kelahiran Encik Alif Azmi yang ke-20. aik, dah 20tahun pon masih ada sambutan comel-comel gitu??:-p

Makan beramai-ramai memang menambahkan lagi selera kan.

Ayam yang diperap dengan perencah rahsia. Nampak simple, tapi bila pekena seketul, kompom nak tambah lagi dua tiga ketul…burpp..
Rakan baik Iris Qistina. erk, lupa lak nama adik ni apa.

Orang Kena Rai, Alif Azmi(A.A) a.k.a Jr Photog aku. Mati-mati aku ingatkan dia dah 26tahun ke 36 tahun, baru 20tahun rupanya.

Alif mendapat besday prezen daripada si Eleena Jasmine. Ingatkan satu prank, skali betul-betul dia suka ngan prezen tu. iskh..tapi bila tengok lama-lama, comel lak menatang tu. Apa nama tu ek?

Orang Kena Rai kedua. Eleena Jasmine (E.J) yang bakal menjejaki kaki ke MRSM Pekan esok hari! Tak sia-sia aku jadi cikgu tuisyen dia. Kena marah-marah+dia lak buli aku, berjaya gak dapat straight A’s dan diterima masuk ke MRSM..walaupun aku tahu, semasa intebiu kemasukan, dia punya jawapan memang tak masuk akal untuk sesetengah soalan. Tapi aku rasa, penemuduga tu kagum ngan kepetahan dia speaking in English yang ngalahkan Selena Gomez. demmit, kadang-kadang aku iyakan ajer vocabulary dia gunakan. Tak pernah ada dalam kamus English aku..hahahah..

To Jasmine,
Good luck for your hostelz life! Rasakan bagaimana ‘seronok’nya kena bangun awal, kena beratur gi dining hall, kena basuh baju sendiri, kena mandi ikut waktu, dan macam-macam lagi terpaksa kena buat sendiri..no more ‘mummy’ mummy’ ‘mummy’..kihkihkih..
Walaupun tak sempat pekena Nasi Kandar Line Clear, tapi aku tetap tidak bersedih sebab sempat pekena Char Keow Teow yang popular di kawasan Permatang Pauh. Tak sia-sia idea daripada adik Cik Nunu, si Faris yang ingat-ingat tahu tapi lupa lokasinya, memang berbaloi-baloi sedapnya, nak-nak tengah kelaparan selepas seharian mengusung DSLR di sepanjang majlis perkahwinan Abe Mey.

Adam Char Keow Teow, Permatang Pauh. Jangan risau tentang tempat duduk. Ruang yang luas sehingga dua lot kedai, memang mencukupi untuk waktu puncak.

Char Keow Teow saiz L..RM4.50 sepinggan. Walaupun agak tak puah hati dengan kuantiti, tapi rasa dia memang terbaik la. Rasa manis-manis udang tu memang boleh buat si pemakannya menjilat pinggan sampai licin. Sungguh puas hati dengan kualiti rasa di sini. Hmm..agak-agak kat KL ada tak char keow teow yang sama sedap cam kat sini? Kalau ada, boleh la readers share kat sini ek.

Kalau dah muak makan char keow teow, kat restoran ni ada gak nasi lemak saiz 50sen, namanya je 50sen, tapi harganya RM1.20 sebungkus. Not bad rasa dia. Kalau tak pikir nak kena drive balik KL, mau aku lantak sampai 3 bungkus baru cukup kot nih..ada lauk telur, sardin dan ikan masin.
Untuk pertama kali menjamu selera di restoran Adam Char Keow Teow, cukuplah hidangan aku dengan char keow teow sepinggan, nasi lemak setengah bungkus dan nescafea tarik segelas. Mampu drive dari Penang ke KL tanpa tukar driver dengan 2 kali berhenti di RnR..

Masih terasa kesedapan char keow teow ni..grrrrrr….lain kali kena singgah lagi ni kalau berpeluang ke Pulau Pinang lagi.. so, kalau korang ke Permatang Pauh, bolehlah singgah di kedai nih. Series tak rugi. Lagi bagus kalau aku boleh tapow..huhuhu…Burp…
Pada awalnya, aku dok kutuk-kutuk kawan aku yang gilakan drama Vanila Coklat. Yelakan, tajuk drama pon dah ‘cute’ semacam je..jadi untuk episod pertama, kedua dan ketiga memang aku tak layan dan tak amik kisah..

Tapi lain macam lak bila malam Selasa, Cik Nunu diam membisu je sms/Skype dari jam 9 sampai 10malam..bila ditanya, dok syiok melayan Vanila Coklat. Dalam keterpaksaan, mencari gak la aku episod-episod lepas drama Vanila Coklat ni dalam tonton.com.my. Dari satu episod sampai setel episod 5..demmit! sedar sedar dah nak masuk waktu Subuh..

credit : budiey.com
Dalam kiut-miut hubungan rumahtangga si Zara dan Aamir, terselit banyak pedoman dan pengajaran. Pendapat aku le! Comel der, teringat aku satu drama lakonan Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Hubungan yang sangat sempoi!..hmm..nanti aku bagi review drama ni bila dah nak masuk episod last ye. Tak sabar lak nak tunggu episod seterusnya next week..kahkahkah…

Jom baca sinopsis Vanila Coklat terbitan Asia Media Content yang diarahkan oleh Emi Suffian untuk slot Akasia. Aku cilok dariĀ www.mummynemo.com .
” Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka? “
Thanx Izara sebab teman ‘abang’ sampai ke Subuh..kompom menguap je manjang kat site hari nih..ah sungguh melaghakan..grrrrrr…:-p
..sebelum ni, sebut je DUREX, pantas pemikiran mengaitkan jenama ni dengan KONDOM..

tidak lagi sekarang ni, sebut saje DUREX, aku dah terbayangkan KRABI!..
Kepada peminat fotografi, jom LIKE FACEBOOK DUREX Malaysia dan join POSE & POST Contest ni..ingat, DUREX bukan sekadar KONDOM..dan paling penting, syarat-syarat contest ni tidak memerlukan ‘bukti pembelian’..hahahah…
Good Luck guys~!
15 Januari 2012
Fuyoo..biasanya pagi-pagi hujung minggu aku ajak Cik Nunu lepak brekpes kat Restoran Subaidah Kota Damansara, tapi hujung minggu lepas, try nak ubah selera. Lepak kat Restoran Subaidah kat Butterworth! sampai ke utara kot aku tukar angin..
Menu pagi-pagi di hujung minggu aku macam biasa, roti telur ngan telur separuh masak dan nescafe tarik. Rasa dan harganya tak jauh berbeza dan boleh dikatakan sebijik sama. Cuma yang bezanya, kat cawangan Kota Damansara, waiter amik order guna pen dan kertas, tapi kat Butterworth ni guna IPOD kooo!!!

** aku harap Warung Mak Jenab Ikan Bakar kat simpang jalan rumah pon akan melakukan transformasi sebegini. Tak mustahil kan???:-p
Tujuan utama aku ke Penang pada hujung minggu lepas, tak lain tak bukan hanyalah untuk menghadiri majlis perkahwinan member aku, Rahman Hasan dari Kelate yang disatukan dengan Ina, awek Penang.
Majlis akad nikah berlangsung pada malam Jumaat, selepas Isyak di Masjid Padang Benggali dan keesokan harinya, majlis persandingan diadakan di rumah Puan Ina. Dan pada sebelahnya petang sempat kami adakan sesi outdoor photoshoot tu beberapa tempat menarik di sekitar Butterworth. Alhamdulillah, nasib menyebelahi kami dengan anugerah cuaca yang yang sangat baik sepanjang perjalanan majlis. Panas sikit-sikit tu biasalah kan..:-)

Bukan main galak lagi pengantin baru ni bercanda di tepi laut kan..kihkih..romantik tol aku tengok diorang ni, even kekadang si Rahman ni cam blur-blur je..haha..rilex bro, janji time akad nikah tu sekali lafaz je..terbaek!:-p

Selamat Pengantin Baru Abe Mey & Puan Ina! Semoga terus dilimpahi rahmat untuk ikatan suci ini!
Tahniah korang!
..nanti aku upload gambar-gambar yang aku rasakan patut di upload DI SINI juga DI SANA!
Oh ye..Bro Food Blogger, sorry la, gambar-gambar awek Penang dah kena delete ngan someone..hahahah..
Siapa cakap ko takde sijil ijazah segala bagai ko takleh berjaya? Boleh, janji ada ‘ilmu’..
Siapa cakap ko takde jawatan bagus-bagus ko takleh berjaya? Boleh, janji ada ‘cita-cita’..
Siapa cakap ko takde rupa, takde perwatakan eksklusif ko takleh berjaya? Boleh, janji ko ada minda+akal yang ‘klassss’..
Siapa cakap ko tak kije dalam ofis cantik dengan equipment2 yang canggih, ko takleh berjaya? Boleh, janji ko tidak mengira tempat untuk mengukir sebuah kejayaan..
Siapa cakap tidak semua orang boleh berjaya? Boleh, semua orang boleh berjaya, janji ko kenal ‘erti sebuah kejayaan‘..
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan “
Aku tertarik dengan artis jalanan ni, eh artis jalanan ke? tak pasti la, sebab aku terjumpa dia semasa tengah menunggu feri ke seberang pulau. Ke artis ferian?..walaupun rambut dia sebegitu, hanya duduk di atas kerusi yang bagi aku tidaklah seselesa mana, dengan persekitaran yang agak bingit, dan dengan keadaan yang bersuhu tidak serendah berada di dalam sebuah ofis berekon tapi bagi aku, dia seorang yang berjaya..tidak semua yang dianugerahkan bakat sebegini oleh-Nya..cantik hasil seni tangannya..
13 Januari 2012:Pulang Penang
Jumaat dan Sabtu lepas, aku ada satu tugasan fotografi yang perlu disetelkan di Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Nasib baik aku ada baki terakhir Replacement Leave dari tahun lepas, so senang mendapat pelepasan daripada big bos. Trip kali ni, aku bawak dua orang lagi photog selaku pembantu aku untuk projek nih. Tentang projek ni, nanti aku ceritakan di next entri. Kami bertolak lebih kurang jam 9.30pagi dari KL, dan selamat tiba di Butterworth pada jam 2.30petang. Not so bad trafik, kira ok la kan perjalanan kali nih. Terus check in hotel 2 standard twin room yang awal-awal dah dibooking oleh Cik Manager. Pasal hotel ni pon later aku ceritakan..
Selamat je check in, mandi-mandi, terus siap-siap untuk mencari sesuap dua nasi..lapar giler seyh..2,3 minit pusing-pusing sekitar hotel, kitorang decide untuk cari makan di area jeti..dan bak kata Cik Manager, alang-alang dah dekat ngan jeti, alang-alang masih ada masa, tak salahkan naik feri ke pulau walaupun tanpa hala tuju.. faham bebenor dah perangai Cik Manager nih..here we go..
Last aku naik feri ke Pulau Pinang ni, 2 tahun lepas. Tambang untuk 2 hala perjalanan hanyalah RM1.20/orang. Ok la kan. Untuk hari biasa ni, takde la sesak sangat. Kalau nak bawa kenderaan naik, RM7 je. Ok la kan, daripada dok bersesak-sesak kat jambatan tu, elok gak bawa kereta naik feri, boleh gak rehat-rehat. Tapi kitorang just berjalan kaki, kereta park kat parking berbayar, RM2 per entry..amacam, kat KL boleh dapat takrate macamni?:-p
Dulu masa kecik-kecik, selalu gak tengok feri Pulau Pinang di kaca tv cenel RTM. Design ni masih tak berubah dari dahulu sampai laa ni kan?..:-p
Pemandangan pulau dari atas feri. Walaupun perjalanan hanyan mengambil masa tak sampai setengah jam, tapi dengan suasana yang nyaman+berangin, memang syok la. Mahu aku nak lelap je kalau ikutkan penat..
Katanya, ni 1st time dia naik feri ke Pulau Pinang. So, kasi chance dia pose tanpa segan silu. Tak sedar sumer orang dok tengok budak dari mana ntah yang so excited nih..hikhik..
Bersama 2nd photog projek kali ni, adik kepada Cik Manager. Ni Cik Manager la yang snap, terlalu excited, snap sana, snap sini, sampaikan full memory card….hmm..
Dek kerana melayan karenah awek kat tengah ni, satu lagi kerja giler yang kami dah terbuat. Dari jeti Butterworth ke jeti pulau, bila sampai sana, beli jeruk kat kedai jeruk area jeti sana, then patah balik ke jeti Butterworth..takpe, tak kisahlah, janji dia bahagia..hahahaha..nasib baik kami tak terlambat untuk rikki jalan ke lokasi penggambaran..
** naper jeruk kat sini, rasanya agak unik ek. Setel in one shot sebungkus jeruk semasa perjalanan balik ke jeti Butterworth…burppp!
Mondayblues? no..no..no..
Terasa sekejap je berlalunya si hujung minggu kan. Amacam cuti hujung korang? Best? Of kos la best kan. Ahh tanya je semua orang yang berkarier, hujung minggulah masa yang ditunggu-tunggukan. Dapat rest, dapat spend time ngan orang tersayang, dapat lakukan aktiviti kegemaran dan macam-macam lagi la tanpa terikat dengan mana-mana peraturan daripada orang atasan. Natijahnya, Sabtu dan Ahad lepas memang blog JMR ni tak terupdate. Bukan disengajakan, tapi kepenatan dan masa yang terbatas..tapi alhamdulillah untuk semua itu kerana…
“air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang akan dibunuh oleh masa lapangnya itu..“-pepatah Arab..
Happy working uolss!







