March 28, 2024

Tips Membeli dan Memilih DSLR

Bro, aku nak beli DSLR, tapi aku tak tahu nak beli brand mana satu?

Nikon ke Canon bro? D7000 ke 60D?

Ini antara persoalan yang agak susah untuk diberi jawapannya. Terutamanya user Nikon seperti aku yang tak pernah guna brand lain, pasti aku lebih bias kepada brand Nikon, kan? Jadi, since aku ada masa semalam, aku ada buat research sikit untuk memberi jawapan kepada persoalan itu, ini lebih kepada pendapat aku, bukannya suatu jawapan yang tepat bagi semua orang.

Pertama sekali, tepuk poket, tanya iman. Dan apakah tujuan sebenar untuk memiliki DSLR?

Kalau jawapan HANYA SEKADAR SUKA-SUKA dan kamu BERKEMAMPUAN, apa kata amik THE LATEST PRODUCT dari mana-mana BRAND yang korang suka. Mungkin Canon 7D, atau NIKON 3DS. Dan pilihlah memana lens first party yang korang suka. EASY kan?kihkihkih..

Tapi..kalau korang sedang mencari DSLR untuk hobi dengan bajet yang terhad, untuk permulaan, eloklah membeli sebuah midrange DSLR. Korang boleh survey mana-mana DSLR yang berharga di lingkungan bajet, sambil-sambil tu, bolehlah tanya pendapat kawan-kawan yang sudah pun memiliki DSLR. Tanyalah tentang harga, specification dan bandingkan testimonial kepuasan memakai dengan 2 atau 3 orang pengguna. Daripada situ, korang mungkin ada lebih idea, which one is the best untuk korang beli.

Untuk korang yang mencari DSLR sebagai sumber pendapatan(wedding photo service), seelok-eloknya plan dan teliti kos dalam dibajet. Kalau mempunyai bajet yang tinggi, tak salah kalau membeli DSLR dengan range yang lebih baik, dilengkapi dengan aksesori lain seperti lens & speedlight sebagai penambahrasa. Tapi, kalau diawal perniagaan dan mempunyai bajet yang agak terhad, eloklah mencari DSLR di entry level.

Pasti yang mempersoalkan kualiti gambar untuk DSLR entry level kan?

Bagi aku takde beza yang terlalu ketara sebab kamera hanyalah sebagai pemudahcara/enabler. Gunakan semaksimun mungkin kelebihan DSLR yang korang ada, dengan idea sekreatif mungkin, pasti gambar yang terhasil akan berkualiti tinggi. Bila perniagaan sudah maju, upgrade la DSLR entry level kepada level yang lebih tinggi.

Untuk persoalan “Nikon ke Canon?D7000 ke 60D”..sebenarnya kat dunia ni banyak lagi brand-brand yang boleh&molek dimiliki seperti Pentax, Olympus, Sony, Fuji dan lain-lain lagi. Untuk persoalan ini, aku takleh nak komen lebih-lebih. Kerana setiap brand ada kelebihan dan kekuatan serta kekurangan masing-masing. Majoriti di mata aku, user DSLR kat Malaysia ni lebih kepada Nikon dan Canon. So, pasal brand mana, tepuk dada, tanya selera. Lihat di sekeliling korang, kawan-kawan dan sanak-sedara, kalau ramai yang menggunakan Nikon, bagi aku, better korang menggunakan brand yang sama. Lebih senang untuk menyedut ilmu yang diorang ada dan juga boleh bertukar-tukar lens atau kelengkapan lain.

KEDAI JUALAN DSLR

Tentang kedai mana yang termolek untuk membeli DSLR pon perlu diambil perhatian. Membeli DSLR bukan seperti membeli baju, mana kedai ada SALE, leh main serbu jer. Skang ni banyak kes yang melibatkan penipuan dalam penjualan DSLR ni, ada barang tak original, ada yang tak berkualiti, ada yang 2nd hand diclaim sebagai 1st hand dan sebagainya. Seeloknya, membelilah di agen-agen terpilih&berdaftar ataupun bertanya kawan-kawan yang lebih arif tentang kedai-kedai menjual DSLR ni. Takpon, leh jer ushar kat mana-mana forum fotografi, pasti ada kedai yang boleh dipercayai.

Selamat Membeli DSLR!

* just my 20 cents:-)

gambar sekadar hiasan: teringat kenangan menjadi fasi kepada satu phototalk

Untuk membeli kamera&aksesori kamera secara online, aku rekemenkan Shashinki Malaysia. boleh dipercayai dan servis yang bagus. Series!

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Tips Membeli dan Memilih DSLR

  1. susah la nak pilih2, nak buat keputusan………….. ko jer la hadiah kat aku junior!!

    DSLR-gift………… ala2 gift zaman skolah dulu2…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *