March 29, 2024

10 Ramadan 1432h : Menang RM10 ribu

Baru je nak melangkah ke masjid berterawikh lepas melantak ayam percik pelbagai rasa time berbuka..tetiba henpon aku buang tebiat bunyikan lagu Baby, dengar macam suara Justin Bieber mintak penyepak..

“Hello..5minit je bang..tahniah bro, lu menang RM10 ribu untuk hari raya nih!! ” aku buat-buat terkejut, dan gosok-gosok mata. Pastu buat-buat mata bulat eksaited nampak duit. Orang gila pon mesti terkejut dapat seguni duit kan, apatah lagi orang normal cam aku. Tapi kompom, aku buat gaya eksaited macamana pon, mamat dalam talian ni takkan nampak.

“Betul ke nih? ” reply aku dalam nada rayuan mintak kepastian. 10ribu tu beb..

On the spot + konfiden mamat di talian ni balas..” Ye betul bro, bukan takat 10ribu tu je, banyak lagi bro dapat nih..ada peti sejuk 40″..fuyoo besor ni bro..”

gila ko..peti sejuk 40″ tu..besar mana la agaknya..” apa lagi yang aku dapat?”

Dengan nada bersemangat tanpa rasa bersalah kacau orang nak gi beramal ibadat..” Bro dapat ipad2 nih. Canggih nih..lagi..bro dapat henset iphone4, leh bergaya di hari raya..bro set langsir, dapat kasut kemel, dapat set sofa hari raya..lagi dapat set pinggan mangkuk untuk raya, dapat…..”

…kusyuk la aku mendengar. Tadi mamat ni cakap nak cakap 5minit je, ni dah masuk 35minit, sah-sah dah setel terwikh 8 rakaat nih..aku lak boleh la gi tadah telinga. Aku pon manusia biasa..makin lama makin eksaited lak aku dengar rezeki hari raya aku nih. Dalam hati, mungkin ni kelebihan terawikh tak tinggal..alhamdulillah..

..tapi..

Ada dua menda yang aku musykil bila mamat tu cakap, ” …dapat pensel & dapat frame hari guru….”

..dah tu siap gelak berdekah-dekah, sayup-sayup di hujung talian, pastu terus putuskan talian…

dem..

..melepas aku ke terawikh berjemaah di masjid kuning kota damansara.

Aku saspek, mesti ada yang jeles tengok aku berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat..berjalan pantas ke arah hidangan moreh tiap-tiap malam walaupun terawikh baru stat 2 rakaat……

tu pon nak jeles ke Pak Mat Kajol???iskh…..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “10 Ramadan 1432h : Menang RM10 ribu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *