Tahukah anda, selain sambutan hari kemerdekaan yang ke-54 diadakan pada 31 Ogos 2011, juga diadakan sambutan 6th Blog Day untuk mendedikasikan 6 blog terpilih kepada dunia blogging.

Tahukah anda, 6 blog akan dipilih dan didekasikan kepada dunia blogging dengan motif, ” ko tak pernah baca blog ni kan, so hari ni aku rekemen ko baca blog nih...”.

Kalau dua benda di atas, anda masih belum tahu, sila ke Nuffnang celebrates Blog Day! untuk mengetahui dengan lebih detail lagi.

Jadi, blog mana yang akan aku pilih untuk direkemenkan kepada korang semua? Aku telah memilih 6 blog berdasarkan kecenderungan aku membacanya hampir setiap hari. Kenapa aku membaca blog-blog ini? Pasti ada keistimewaannya kan?Apa-apa tujuan pon, yang pasti, sebab utamanya adalah kerana gaya penulisan yang tersendiri dalam menyampaikan sesuatu isu tanpa meniru mana-mana gaya penulisan individu lain.

Jadi, jom terjah setiap blog yang aku rekemenkan di bawah:-)

BLOG 1- .Aku.Filla.Niehttp://kasihaleeya.blogspot.com

Ikhlas aku bagitau korang, hari-hari aku bukak blog buk Filla nih dan setiap kali aku baca blog ni, pasti aku gelak terkekek-kekek sorang-sorang. Stail penulisan blogger yang aku panggil kak Filla ni memang simple, sempoi dan bila membaca entri di sini, korang akan secara automatiknya, boleh imaginekan sendiri yang korang berada dalam situasi yang Kak Filla ni dok bercerita. Series! Kebanyakan entri-entrinya adalah berkisarkan kisah dua anak daranya, Acih&Amaani yang sangat cute dan ada juga entri pasal food, deco rumah, framekasih&kisah travelling Kak Filla. Bagi aku setiap entrinya, ada keistimewaan dan ilmu-ilmu tersendiri, baik ilmu hidup berumahtangga, parenting tips, tips travelling dan macam-macam lagi.

BLOG 2- Memoir of a Doctorhttp://xhansx.blogspot.com


Blog Memoir of a Doctor ni milik kepada seorang doktor yang bertugas di Kelantan. Majoriti entri adalah disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Sebab utama aku selalu ke blog ni adalah juga kerana gaya penulisan yang simple&sempoi dalam mengulas sesuatu isu walaupun dalam Bahasa Ingggeris. Kebanyakan isu-isu yang dijadikan entri berkisahkan kehidupan & perjalanannya sebagai seorang doktor. Dan percayalah, bila korang baca entri di blog doktor ni, banyak benda dan term-term baru yang korang boleh belajar dan fahami, terutamanya term-term dalam ilmu kedoktoran. Yela kan, tak ramai doktor yang mampu menulis blog di sampingnya kerjayanya yang sangat sibuk setiap hari.

BLOG 3- Kehidupan Suatu Pencarianhttp://www.suterablogger.com

Menggelarkan dirinya sebagai SuteraBlogger, merupakan seorang pakar IT di satu syarikat terkemuka. Untuk seorang blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog, aku rekemenkan blog ini. Sebabnya adalah banyak tips-tips dan tutorial yang berguna dan penting untuk dipraktikkan apabila menulis blog. Dan yang paling penting, setiap hujah dan isi entrinya sangat mudah difahami dan simple. Selain itu, aku selalu blogwalking ke blog ini untuk mengetahui isu-isu semasa kerana di blog ni, penulisnya akan mengupdate segala macam isu semasa yang dirasanya berguna untuk dikongsi bersama. Aku dah beberapa kali berjumpa secara face to face dengan pemilik blog ni, yang aku panggil Abg Long Bean, series dia sangat sempoi dan senang didekati. Jadi, kalau korang nak sedut ilmu pasal blog atau dunia IT, jangan segan silu untuk terjah beliau di suterablogger.com mahupun di alam realiti. Highly recommended!

BLOG 4- Sembang Kencang – http://fdausamad.blogspot.com
Korang ngah tensen? Korang ngah sedih? Korang ngah depressed ngan kije? Korang ngah gila?

Kalau salah satu jawapan korang “YES” untuk soalan di atas, aku rekemenkan korang ke blog Sembang Kencang ni. Pasti korang akan lupa sejenak masalah korang tu. Aku selalu terjah blog Sembang Kencang ni sebab setiap ayat-ayatnya, walaupun tatabahasa hancus, tapi aku faham dan sangat kelakar tak ingat dunia. Setiap entrinya, walaupun hanya berkisahkan kehidupan seharian&kerjaya blogger Sembang Kencang , tapi gaya penyampaian dan ayat-ayat yang ringkas, pasti mampu mencuit hati setiap pembaca. Seingat aku, sepanjang blogger Sembang Kencang ni menulis, tak pernah ada entri series kot. Kalau ada pon, perenggan pertama je series, pastu memang korang tak tahan gelak lak. Series, Highly Recommended untuk korang yang inginkan kelucuan & gelak ketawa.

BLOG 5- Sometimes things doesn’t Happen The Way we Wanthttp://mama-hawa-nani.blogspot.com

Pemilik blog ini yang aku panggilnya Mama Hawa merupakan seorang Singaporeans. Aku gelarkan Mama Hawa ni seorang food blogger kerana majoriti entrinya adalah berkaitan dengan makanan, samada resipi rahsianya mahupun apa jua jenis makanan yang dijumpai dan disantapinya. Selain daripada bahasa ringkas untuk menyampaikan resipi masakannya, aku suka terjahi blog mama Hawa ni kerana snap shot gambar makanan di blog ini sangat stylo. Close-up, angle & skin tone memang menarik hati aku, kadang-kadang aku tak baca pon isi kandungannya, sekadar menghayati gambar yang disampaikannya. Weih, dengan gambar je pon, dah mampu buat aku terliur & kecur air liur ni okkey. Bagi yang suka memasak dan ingin berkongsi rahsia masakan, aku rekemenkan blog nih. Pemiliknya, Mama Hawa juga tidak sombong dan sudi menjawab segala persoalan yang diajukan kepadanya. Aku nak dapatkan info pasal tempat&jalan kat Singapore pon, aku kontek mama Hawa, sangat friendly dan sudi membantu okkey.

BLOG 6- Ilmu.Amal.Sedekah – http://hazmanfadzil.com


Blog hazmanfadzil.com dimiliki oleh seorang jejaka yang masih single dan sangat suka makan, just like me!hahaha..so no wonderlah, aku suka terjah blognya, semata-mata mahu menghayati setiap gambar food yang diclose-up ko Hazman. Kelebihan owner blog ni ialah setiap kali menjamu selera di mana-mana restoran, tidak kira mewah atau biasa-biasa aje, pasti setiap menu yang dipesan akan disnapshotkan. Dan aku suka setiap shot oleh Hazman ni, kerana mampu membangkitkan rasa ingin tahu, “eh eh kat mana agaknya kedai makan ni ek? “..dan di setiap entri pasal makannya, pasti ada alamat restoran, tempat dia menjamu selera tu. Jadi, senanglah untuk pembaca terjah restoran yang direviewnya itu. Food Blogger yang kian dikenali ni, tidak lokek berkongsi rezeki&ilmu dan sangat mesra pembaca. Selain daripada bercerita pasal makanan, entri-entri juga berkisarkan isu-isu semasa dan juga review filem terbaru. So, kalau pasal food yang korang cari, pasal isu semasa yang tengah hot yang korang cari ataupun pasal filem-filem terbaru yang korang cari, aku rekemenkan ke blog ini, http://hazmanfadzil.com.

I’M DONE. Tugas aku untuk memperkenalkan keenam-enam blog pon sudah selesai. Kesemua blog yang aku rekemenkan ini adalah blog-blog yang dekat di hati dan mempunyai kelebihan masing-masing. Silalah terjah ke blog-blog tersebut.

HAPPY BLOG DAY TO ALL!

Post to Twitter

 

Post to Twitter

 

Assalamualaikum korang!

1 Syawal korang, amacam? Best?

Yup, sangat best. In fact, bagi aku setiap kali 1 Syawal menjanjikan keistimewaan tersendiri. Masing-masing punya perancangan dan aktiviti tersendiri, tapi pasti ada persamaan apabila menjelang 1 Syawwal – solat sunat Aidilfitri. Dan pagi tadi, aku bersama muslimin dan muslimat di sekitar kampung aku dapat bersama-sama berkumpul menunaikan solat sunat Aidilfitri. alhamdulillah~

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar,

Allahuakhbar Walillahilham..

4 orang geng sejak daripada sekolah rendah, Daus, Faisal & Wan Nor Azam. Percaya tak percaya, setahun sekali je kami dapat berjumpa. Soalan pertama selepas berjabat salam,     “Guane bro, nikoh ko dok lagi?“..masing-masing geleng kepala..kahkahkah..Status masa skang ni, semua masih single. InsyaAllah tahun depan semua tukar status. Oh ye, sepatutnya ada dua orang lagi, Khalid Aziz & Junid!

………………..UPLOAD hasil lantakan aku pada syawal ni, tangguh luh. next entri le ek. Aku up aktiviti malam raya utk budak dan juga bapak budak di kampung aku.

Monolog aku, “ Manalah diorang dapat supplier bahan bakar ni sumer ???”..aku saspek geng-geng Israel yang supply bedil roket secara berlebihan kat budak-budak kampung aku nih kot..dari Isyak sampai tengah malam tak habis-habis lagi supply diorang nih. Aku nak tengok Nur Kasih nih!! dem…grrrrr

enjoice!

Post to Twitter

 

Alhamdulillah..selesai sudah ibadat puasa untuk seluruh umat Islam pada tahun 1432h ini. Diharapkan segala amal kita pada bulan barakat ni diterima olehNya. Selepas berbuka tadi, pengumuman tarikh raya, 1 Syawal sudah pon diumumkan jatuh pada esok hari 30 Ogos 2011 oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Sebelum masuk waktu berbuka petang tadi, sempat aku check email. Menjadi rutin aku check email setiap hari walau di mana berada. Ada dua email yang menambahkan lagi kehepian aku untuk hari terakhir ramadan ini. Dua-dua adalah jemputan ke Pratonton filem Apollo 18 dan juga Contagion. Terima kasih Nuffnang!


Sebulan berpuasa, aku kurangkan aktiviti di skrin wayang. Aktiviti mereview filem terbaru pon terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Dan lepas raya ni, nampaknya leh start balik ngan dua filem terbaru nih. yahuu…

Sangat bersyukur dengan rezeki sepanjang berblogging nih. Walaupun advertorial job takde, tapi BE ngan jemputan ke event-event yang menarik sudah memberikan kepuasan yang mendalam. Oh ye, aku memohon maaf kepada beberapa individu yang mengofferkan buffet berbuka puasa sepanjang ramadan ini tetapi terpaksa aku tolak atas sebab-sebab tertentu terutamanya kepada blogger Cik Lily(nak ke hotel royale tu memang aku tak sempat) & Hazman(pagi pagi buta dah sanggup call aku)_, manager kompeni aku(jauh sangat tempat berbukanya, kertih tu!) dan juga beberapa individu lain. Dengan pesanan, tahun depan jangan serik nak invite aku lagi!

Akhirulkata, Selamat menyambut Aidilfitri esok hari! Malam ni tidur awal, lepas subuh boleh ke kubur menziarahi sanak saudara yang sudah tiada, then ke masjid untuk solat aidilfitri!

Enjoice!

Post to Twitter

 

Assalamualaikum wbt…;-)

Puasa amacam bro? Best?

..kalau dok tengok update fesbuk, twitter, masing-masing dah sibuk dok bagitau hari ni dah last day puasa walaupun belum lagi secara rasmi diistiharkan oleh penyimpan mohor besar Raja-raja yang esok Hari Raya! Macamana kalau raya tak jadi? kena postpone tahun depan???kahkahkah..Jadi, dikesempatan ini, aku sebagai owner laman sesawang ni, menyusun 10 jari memohon maaf atas segala keterlanjuran dalam penulisan yang merapu meraban di sini seandainya ada kata-kata aku yang mengguris hati korang wahai pembaca-pembaca jmr23.com sekalian. Alasan stended, biasalah, kitakan manusia biasa..kihkihkih..

Kepada kawan-kawan yang mengenali diri aku di sekitar perkampungan aku ni, jemputlah datang ke rumah terbuka kami, bermula selepas selesai khutbah solat sunat aidilfitri sampai hari raya ke-3. InsyaAllah, korang akan kenyang..

Kepada yang sedang bekerja hari ni, rilexxxxxxxxxx luh..esok raya ni. Udah-udah le tu ngadap PC, jom balik kampung beraya! Hati-hati kepada yang memandu..

Akhirul kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H. MAAF ZAHIR BATIN. Jadikan hari raya tahun ini memberi 1001 makna kepada korang sumer.

InsyaAllah Raya Jadi esok..:-)

JMR-29Ramadan1432h

Post to Twitter

 

Aku masih wondering sampai hari ini, apakah nama sebenar Nek Bat nih(sila rujuk gambar di bawah untuk susuk tubuh subjek sebenarnya)? Nenek Batman? Nenek Batimah?..takde jawapan? Abaikan ajer…

Semalam puasa yang ke 27 tapi baru berkesempatan berbuka di rumah famili di Besut, Terengganu. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 10jam dari KL-Besut, leh aku jadikan alasan untuk membongkang dari pagi sampai ke petang. Bangun je, eh-eh dah masuk waktu pergi bazar ramadan nih.

Akibat masih mamai, bazar ramadan yang paling dekat dengan rumah je yang larat pegi. 10minit pusing-pusing pon masih taktahu nak beli apa, yelah kan ummi aku kat umah dah siap masak sedap-sedap. Takkan aku nak beli lauk juadah berbuka lak kan. Sapa yang nak makan lak kan??

Masuk minit ke-11, aku terpandang Nek Bat ni kat satu gerai nih. Teringat kat Bro Eyriqazz yang dok mencari nek bat nih. Agak-agak dah jumpa ngan nek bat ke belum ek bro? Kalau belum, takpe bro, aku dah makankan untuk bro sekali semalam..kihkih..

Apa itu nekbat? Pening aku nak terangkan kt Cik Nunu rupa bentuk Nek bat nih. Nasib baik sempat snap gambar semalam..Owh patutla, sepanjang puasa tahun ni, aku taknah jumpa nek bat dijual di bazar ramadan yang sempat aku terjahi..kalau tak, kompom dia tak peningg bila aku cakap pasal nek bat nih…

Post to Twitter

 

Selama mana aku menceburi dunia blogging ni, belum pernah ada blogger yang sangat bermurah hati untuk memberi duit raya sebanyak RM1000 untuk Rakan blogger lain, kecuali DENAI HATI!!! wehooo…~

So, ini hasil perjuangan dan tinjauan aku:

- entri pertama : Siapa Blogger Trafik Hunter

- entri kedua : Blogger Trafik Hunter

- entri ketiga : Jadi Penulis Blog Yang Bagus

Untung sabut timbul, untung manusia takde siapa tahu kan? Selagi berkesempatan, meh le ramai-ramai memeriahkan lagi contest Duit raya RM1000 dari Denai Hati ni, RM100 untuk 10 orang. Masyukk tu. Mana tahu aku atau kamu salah seorang daripada itu kan..amin…:-)

Post to Twitter

 

Sekadar menolong sahabat & usahawan bumiputera(Mr Koreid) dalam mewar-warkan penjenamaan semula bisnes beliau bersama sharepartner lain iaitu ZAR Beauty Health & Bridal.

ZAR Beauty Health & Bridal menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan termasuk andaman seri untuk pengantin baru dan juga produk-produk kecantikan yang berkualiti tinggi.

Mr Koreid ni member lama aku semasa sekolah dulu, SMSTMFP, juga merupakan salah satu pelabur perkongsian dalam bisnes nih. [Facebook Mr.Koreid]. Silalah add Mr.Koreid untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut atau berhubung terus dengan Kay Lina di talian 013-3998709 untuk maklumat lanjut tentang promosi yang sedang dijalankan oleh ZAR Beauty Health & Bridal nih. [Facebook Kay Lina].

Since ZAR Beauty Health & Bridal ni sedang melalui proses penjenamaan semula, aku pasti pelbagai promosi sedang hangat dijalankan. So, bagi bakal-bakal penganti atau individu-individu yang terasa nak lebih cantik molek di hari ni, leh la try ushar-ushar di pusat kecantikan nih. Mana tahu, nasib korang baik, dapat lak promosi yang berbaloi-baloi kan. Bukan sahaja body cantik, poket pon cantik gak.

Sesiapa yang mahu try, leh terus call Kay Lina di talian yang aku berikan kat atas nih. Takpun terus terjah ke centre diorang di alamat seperti di bawah:

ZAR Beauty Health & Bridal

No 6-1, Jalan BRP 1/6, Bukit Rahman Putra, 47000 Sg Buloh, Selangor

Aku yakin bisnes seumpama ni berpotensi tinggi untuk bersaing dengan bisnes lain pada masa sekarang nih. Langkah penjenamaan semula yang diambil, memang langkah yang bijak. Dan aku doakan semoga perniagaan diorang ni makin berkembang dan maju, nanti leh sponsor wedding aku..bak kata Mr.Koreid la kan..:-p

Post to Twitter

 

Nafsu manusia pon terbatas gak kan. Hari-hari asik berbuka puasa pekena nasi kerabu kat bazar ramadan, tetiap minggu pekena buffet kambing golek pon bosan gak. Hari-hari desert murtabak, roti john dan karipap pon cam tak best gak kan. Eh, aku cakap pasal aku je ok, tidak tertakluk kepada semua masyarakat 1Malaysia. Mungkin ada jenis yang hari-hari pekena nasi tomato kat bazar ramadan Kelana Jaya pon tak kisah. Mana tahu kan…

Jadi, kemarin, elok je masuk sampai kat ofis, belum sempat login fesbuk tapi tak menang-menang RM100, aku sms kat cik Nunu selaku PA tak bergaji aku. ” Jom Shogun berbuka petang ni“ringkas tapi padat..dia reply, ” Petang ni? Lunch hour ke? You tak pose ek? “..

Aku reply, ” Takpelah, I ajak Neelofa…“ringkas tapi silap-silap leh kena babab nih..tak sampai sesaat dia reply lak ” Ok, I dah call, book seat utk berbuka petang ni kat Shogun 1 Utama….“….hahahaha…

Here we come, Shogun 1 Utama@  2nd floor 1 Utama, Bandar Utama.

Sushi Island..aku amik yang aku tak mampu amik kat sushi king je. hahaha. tapi kan, aku sangat berwaspada ngan sos teriyaki. So unagi teriyaki memang aku tak amik, dikhuatiri mengandungi mirin.

Seafood BBQ. Sotong ngan isi ketam je aku bantai lebih. First batch sushi aku. Salmon oh salmon. Rasa sangat meriah dengan kehadiran salmon, meguro, unagi, ebiko dan sebagainya. alhamdulillah, perut aku dapat menerima mereka seadanya pada malam itu.Take 5 dengan takoyaki! aku masak sendiri nih..hahahah..tahu tak pebenda nih? ala kat Jusco ada jual kalo tak silap aku.Kalau nampak spesis kaler yang ada kaler pink, tak lain tak bukan. si Teddypinkygurl le..kalut tol ngan kaler pin, sampaikan juadah berbuka pon nak kaler pink gak. aisey..2nd batch sushi selaku hidangan seterusnya untuk aku. Orang jepun cakap, sushi ni cam ‘ichiguchi‘, sesuap semulut seketul, apa la sangat kalau setakat 2nd batch nih kan. salmon tetap salmon. Tengok sushi ni, teringat aku ngan Cik Lily Putih. Leh menjadi pencabar aku dalam acara melantak sushi sampai pitam. Rest sebentar lak dengan menu ‘tempura udang menindih gersang si macaroni cute sambil diperhati ikan goreng si dory‘ ..panjang tol tajuk juadah ni kan..entah la, chef mana la yang reka nama juadah nih.Sashimi..aku try susun isi salmon ni macam dalam gambar menu. Tapi harem..lain macam lak jadinya. Tapi series, cara aku makan sashimi semalam sangat menggiurkan bila aku dok ingat-ingat masa draft entri nih. Fresh & hirisan yang mantap dowh..slurppp…Masa ni aku rasa cam dah tak larat kot. Sebab batch-batch sushi seterunya ada lagi 2,3 batch. Dah macam membeli jin jepun lak aku rasa. Lek luhh ngan shari fin. fuh terbaik..orang kata baik untuk persediaan orang nak berkahwin, even lagi setahun dua nak kawen kot..kahkahkah..ok ok, aku tipu..ada sesapa tahu khasiat shark fin soup???Desert aku. Amacam, ada bran??Tengok mata, stim dol!!!Dah dah..penat dah aku nak upload gambar. takkan sesatu nak kena aku up kan. dah meleleh air liur aku dok menahan rasa nih. Baru kol 9 pagi ni weih!!!!.

See..rare tak rare nya PA aku nih, makan sushi pakai garfu jer. Ada chopstick gi campak bawah table jer..hahaha..Stylo la babe!

JMR||23 Ramadan 1432

Post to Twitter

 

Sepanjang bulan puasa, semua umat Islam kat kompeni aku ni tak dibenarkan keluar lunch. Baguskan diorang ni even owner kompeni tak puasa, tapi cara ni kurang-kurang boleh mengurangkan kadar umat Islam yang ponteng puasa. Jadi, aktiviti tengahari hanyalah melepak di dalam ofis. Kadang-kadang maximize window fesbuk. Rasa-rasa cam ada orang lalu belakang aku, cepat-cepat minimize window fesbuk, maximizekan window outlook. Betul-betul seat blakang aku, si Mani yang kadang-kadang puasa, tapi selalunya tak puasa la sebab dia tak wajib puasa, walaupun dah sebulan bersunat anunya itu. *ni dia citer, aku tak tengok okkey..

Biasanya, hari-hari aku kaver line dia, dia kaver lain aku. Nilah salah satu simbiosis yang diperlukan bila bekerja di ofis nih. Sambil-sambil borak di tempat masing-masing, sambil ushar awek fesbuk. Pastu dok share, walaupun aku langsung tak paham taste dia.

Satu hari, sedang lagho dok ushar fesbuk sorang awek Indon nih, si Mani ni leh lak dok stori pasal pengalaman dia..

Mani: ” Semalam gua gi gentel “..wah wah ari-ari ushar minah Indon, semalam dah gentel, pikir otak kotor aku..

” Lu gentel pe bro? “

 Mani: ” Ala, aku gi gentel yang kat 1Utama tu le, baru lagi, baik lagi brooooooooooooooooo” sambil muncung-muncung bibir hitam dia tu..Takleh jadi ni, bulan-bulan pose ni, setan dah kena ikat, tapi ni setan lain lak yang terlepas nih..

” Syiok sangat ke?? ” tanya aku untuk sebuah kepastian..

Mani: ” Syiokkk giler bro…ada satu, sampai leh wat aku tertido..tapi lain-lain cam geli-geli pon ada gak..” peh..dia punyer explination, simple tapi padat. Dah macam report yang selalu dia submit, yang juga selalu kena campak balik ngan madam sebab simple, padat dan mengarut.

” Geli-geli pe ni bro. Lu citer time gua pose nih..”..aku dah panas nih, tapi masih ingin tahu.

Mani: ” Pehal lak. Gua citer biasa-biasa je. Lagipon gua tengok, ramai je yang pose pegi gentel gak. Tak caya, gua ada amik gambar nih hah ” wah wah, siap amik gambar lagi nih. Dah menggentel, sempat lagi snap gambar ek..

Mula-mula aku tolak gak offer dia nak tunjuk gambar. Tapi bila dia send kot outlook aku, terpaksa la aku bukak attachement tu

Sekali hambek ko………………

-

-

-

-

-

-

-

-

-

terus aku off laptop, campak kat kepala si Mani tu. Cilakak…macam jahanam dah pronounciation ko..bukan gentel la..gintel..gintel…

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR