Tahun 2011, makin hari makin ramai yang mampu memiliki DSLR/camera..dan makin hari makin ramai yang mampu bergelar jurugambar(photographer). Tua muda, lelaki perempuan, pelajar universiti mahupun pelajar sekolah..semua mampu memegang status jurugambar.

Tapi berapa ramai yang mampu bergelar Jurugambar Profesional? Ada yang menggelarkan diri mereka seorang Jurugambar Pro, tapi di sebalik itu, tindak tanduk mereka langsung tidak menampakkan profesionalisme mereka. Jadi, siapa sebenarnya Jurugambar Profesional?

Kamu adalah seorang Jurugambar Profesional sekiranya….

1- Kamu sentiasa berfikiran waras dan dapat menerima kenyataan, dalam tempoh yang lama, tidak menerima sebarang job malahan tiada seorang pon yang bertanyakan tentang servis kamu. Kamu tidak tahu, berapa lama lagi keadaan sebegitu berlarutan. Kamu harus sentiasa tabah dan berusaha mencari peluang mendapatkan job tanpa  berputus asa.

2- Kamu sentiasa bersedia untuk memulakan job dengan notis yang singkat. Merakam foto dengan pantas, menyunting dengan cekap dan menyerahkannya kepada pelanggan tanpa memerlukan tempoh masa yang lama. Pelanggan tidak akan tahu erti menunggu, tapi apa yang perlu kamu tahu adalah berusaha memenuhi kehendak pelanggan.

3- Kamu perlu mempelajari kemahiran baru dan juga teknologi baru terutamanya software editing yang sentiasa berkembang, hari ke hari.

4- Kamu perlu bersedia membuat perjalanan yang jauh, dengan keadaan yang kurang selesa dan jauh. Jurugambar Pro tidak akan sesekali mengeluh dengan situasi semasa.

5- Kamu berupaya merakam imej dengan unik dan kreatif walaupun hanya imej seekor ayam. Petikan shutter kamu adalah seiring dengan pemikiran yang kreatif.

6- Kamu mengetahui selok-belok undang-undang dan etika jurugambar. Benda yang boleh dirakam dan tidak patut dirakam.

7- Kamu dapat berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat dengan baik. Jurugambar Pro perlu berupaya berhubung dengan CEO, pak menteri, Bos Syarikat mahupun pengawal atau pemandu. Jadi, kemahiran PR amat dituntut bagi menjaga kredibilit dan profesionalisem seorang jurugambar pro.

8- Kamu mampu memberi arahan dan menerima arahan. Kamu menerima arahan daripada client, dan kamu memberi arahan kepada model atau subjek di dalam gambar bagi mendapatkan result imej yang terbaik.

9- Kamu perlu tahu tempoh dan had yang yang diperlukan. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri dan peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika merakam gambar di majlis perkahwinan. Beri laluan kepada tetamu lain untuk merakam gambar majlis.

10- Kamu perlu berupaya mengawal kebanggaan diri apabila melihat hasil karya kamu diiktiraf atau dipuji. Kehidupan Jurugambar Profesional adalah sukar, tapi penuh dengan cabaran yang menarik.

Hmm..agak-agak kamu, kamu dan kamu yang ngah pegang DSLR/camera tu, mampukah menjadi seorang yang PRO atau masih ZERO?

Aku masih ZERO dan perlukan tunjuk ajar daripada PRO untuk menjadi PRO..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Thoughts on “Tips Menjadi Jurugambar Profesional

  1. bagusnye, share tips yang dapat membawa kejayaan..hihi terutama kpd yg berminat menjadi photographer yg profesional :)
    Hijab Lense recently posted…Sesi Fotografi Pengantin oleh Muslimah PhotographerMy Profile

  2. yati on April 5, 2013 at 5:48 pm said:

    saya berminat dengan menjadi seorg juru gambar ..tapi saya tidak tahu langsung pasal kamare…
    harap andak dapat menolong saya..

  3. Haaaa..info y baik.
    Mashih3

  4. fauzan on November 3, 2011 at 3:14 pm said:

    aku mmg mnat bdang cm nie tp aku x leh nk control set lg…tp apa2 pon aku ttap brusaha

  5. u so pro la brother…saya sentiasa memuji hasil kreativiti anda..=)

  6. Sy boleh jdi jurugmbr pro x??;)

  7. husben say pun fotografer…tpi stil amatur dan uat klu terluang jek…
    mmg byk kena sediakan diri fizikal n mental kan….
    bukan ingat duit jek…
    gajet pun mahal2 lak tu…

  8. bla lah…perli aku la tu…wahahahah

    kau tambah lagi satu wei.

    amik gambar kene gegar

  9. Hi good info and sharing. my opinion pro atau tidak itu bukan soalan nya yg penting kita terus belajar dan belajar mencari ilmu fotografi…..dan bile dah hebat jangan mudah lupa diri….

  10. nice post…. bro teruskan share knowledge pasal fotografi nie…. aku suka baca….

  11. elaensem on July 26, 2011 at 11:52 am said:

    adake patut beli camera mahal tp tak tau guna..isskkk…taknak jd professional just nak gambo cantik jek..rasa nak sedekah amal jariah jek camera tu …toing~~~toing~~

  12. akupun ada sikit minat nak jadi potong kelapa ni…tunggu kamera keluar je

  13. banyaknya tips utk jadi jurugambar profesional !!..he2x..mama memang tak bolih ..

  14. Umangai..banyaknya tips utk jd j/foto ni yea…apapun, mmg nice info bro!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Post Navigation