Bekalan ubat & antibiotik dah abes, tapi si tonsil kat dalam ni tak gheti-gheti nak hilang. MC lak sehari, Selasa je. Doktor ni pon satu, kalo dah tahu tak leh baik lagi, bagi la 2hari MC, takpon seminggu..ha ambik..tahu tahu, doktor pon manusia biasa je kan..so aku takleh salahkan dia sangat..
Elok je semalam, harem tak nampak tanda-tanda besar mahupun kecil untuk kembali seperti normal. Makin melarat ada la, badan lak makin sakit, suhu badan lak dah nak sampai tahap suhu didih. Terpaksalah kena cari air badak kerana ada unsur-unsur kepercayaan dapat mengurangkan suhu badan, macam coolant la, tapi nasib tak baik, kat kedai paling dekat hanya ada 2 botol air badak, yang lain-lain tu air cap kaki tiga tapi still ada gambar badak. dem..diorang ni takde gambar lain ke nak manipulasi, letaklah cicak gecko ke, labi-labi ke, takpon tenuk..baru RARE!
Jadinya, semalam, 5 botol air penyejuk badan berjaya aku telan. Rasa cam air jampi pon gak. Lagi la aku konpius, dah la beli kedai hindu, seb baik, takde tanda-tanda sudah dibuka sebelum dijual.Oh ye, bukan takat air tu aku minum sebagai usaha untuk kembali normal, tapi tak abes-abes memanjatkan doa untuk kesihatan diri sendiri, orang lain-lain tu tolak ke tepi luh..bagi aku sihat seperti sediakala. Risau aku kurush je nih.kihkihkih..
***
4 pagi aku terbangun sebab rasa seram sejuk, bukan hantu ke apa, mungkin sebab efek khas dari badak-badak tu dah abes. Cehs, 5botol aku teguk, brapa jam je leh tahan ni weih. Terpaksa la aku telah Ponstan 550mg, ni kalo check steroid silap-silap kantoi. Nyenyak aku tido pastu dan berjaya bangun lagi dengan keadaan masih sama macam semalam. dem..dah la hujan…lagi la seram sejuk je rasa..
11pagi..agak-agak ujan dah reda, terus ke Klinik Hidayah tu lagi(ni kes pia yang pi cakap nama nih)..macam datang ritu, takde orang yang ngah menunggu, so 5minit je dah dapat consult ngan doktor.Bukak je pinta, sebelum sempat aku bagi salam, puan doktor tu terlebih dahulu bagi salam..bagus..i like..
” Kenapa nih? “tanya doktor. Wah, lain macam lak soklan kali nih. Dalam hati aku dah ada jawapan nih..” Saje je datang nak menziarah… “
bla..bla..bla..jawab aku series. Puan doktor tu kusyuk je mendengar luahan hati aku. Kadang-kadang beliau mencelah, sambil bagi beberapa fakta perubatan tentang “tonsil”. Aku lak angguk-angguk faham walaupun ada certain term tu harem aku tak faham. Dah macam masuk kelas perubatan pon ada. Macam ni la baru berbaloi datang klinik swasta. Apa itu tonsil? Kenapa terjadi? Camana nak mencegah? Bila masa kena amik antibiotik? Kurang-kurang dapat gak sikit ilmu kan.
Tetiba puan doktor tu amik torchlight mini, suluh kat aku. Aku lak dengan segera, hulur lubang telinga aku dengan penuh sopan untuk disuluh..
Puan doktor tu gelak guling-guling sambil terbelit stetoskop kat leher, seb baik tak mati. Siap misi jaga ubat pon gelak berdekah-dekah. Dem.. diorang taktao ke ini klinik, takleh buat bising.
” Mungkin pendengaran awak terjejas sikit, jangan risau lepas makan sumer ubat nih, sumer kembali normal. Tonsil takde kat lubang telinga ye dik ” kata puan doktor sambil suluh lubang mulut aku…
*camana aku leh salah dengar, ni menjadi persoalan aku sampai ke saat nih…












