Ikan Bakar Zul: Ikan Bakar tersohor di Besut?

Uwak..dah petang Isnin. Cepat giler masa berjalan aku rasa skang nih. Tak terkejar rasanya. Pape pon, dalam kebizian harian pon, sempat gak aku lepak kat kampung aku di Besut, Sabtu&Ahad. Dua hari je pon. Even bos dah bagi greenlight untuk extend cuti sebab kesiankan aku yang dah 3kali weekend aku ‘burn’ ekoran komitmen kerja di luar kawasan, tetap pagi tadi sudah berada di keyhell ok..
Giler lama tak brekpes ngan cik Nunu, nasib baik pagi tadi sempat sebelum dia gi kerja..sudah-sudahnya pastu, aku balik bilik, terus tido sampai jam10pagi.Then…Eh, belum masuk ofis lagi, sebab kena gi amik album wedding yang siap diproses luh, jam 12 baru masuk ofis..syoorgaaaa gile..masuk je ofis, eh2..ada adik-adik junior yang nak intebiu ye..pasal jantan je sumer nih? ladies mana????.demm…
Tara…skang ni baru ada feel nak hupdate blog..
Bukak-bukak fesbuk, nampak le si Bean Moreno post pasal Ikan Bakar Sekinchan yang dikatakan bapak mahal. Ada gak aku dengar dan baca pasal ikan bakar Sekinchan nih. Ada gak yang cakap, mahal je lebey, rasanya tak lebih pa pe pon. Biasa ajer..aku nak komen lebih-lebih pon tak gheti, sebab taknah rasa pon lagi. Tapi, kalau orang tanya aku, kedai ikan bakar mana yang paling aku suka & sedap bagi aku, kompom aku jawab..Ikan Bakar Zul…kat mana tu? ..kat Kuala Besut, Besut, Terengganu…..kahkahkah…
Kebetulan..balik kampung hari Sabut lepas, kebetulan lak dua adik aku takde kat umah sebab takleh cuti. Tinggal adik bongsu aku&parents je, memang kebetulan la aku nak belanja famili aku pekena ikan bakar Zul ┬áni tanpa diorang..kahkahkah..kasi diorang jeles sikit…so, empat orang je la yang join..memang kebetulan la kan..Ina, sila jeles tengok gambar-gambar seterusnya….
Zul Ikan Bakar – Isnin Cuti – operasi menyiang ikan bermula dari jam 8malam sampai 2pagi..(gambar atas ni aku lupa dah cilok dari blog sapa..yg lain-lain tu segar dari ladang henpong aku k..kahkahkah…)
Ikan, sotong, udang kat sini memang segar. Dah kedai dekat je ngan jeti ikan. Memang hasil segar dari laut segala direct le. Kat sini, pelanggan boleh pilih sendiri ikan apa yang nak dibakar. Kali ni aku pilih ikan merah, ikan kerapu & sekor sotong untuk dibakar berempah. Bagi je diorang siangkan ikan & sotong tu sumer, pehal lak aku yang nak kena buat tu sumer kan???
Sambil-sambil tunggu ikan&sotong siap dibakor, melantak le sotong celup tepung ni luh. Bapak gedabak ye abang tu potong. Sambil sakit gak la rahang aku nak menguyahnya. Seb baik sodap dan panas-panas lagi..3pinggan untuk 4orang, sangat sesuai..memang kebetulan la adik aku, Si INA tak gheti nak balik umah masa ni, kalau tak, dia sorang dah dua pinggan diperlukan. Nampak je kurus, tapi tang melahap tu, astagfirullah…..

Perghh..dok hupdate ni, leh lak aku terbau-bau lagi rempah ikan bakar nih..meleleh lak air liur ni woiii..

Ni aku tak pasti lak, nape diorang bakar sotong & ikan kerapu dalam satu bekas yang sama. Resipi or petua or terlupa??? Nasib baik hasilnya terbaik.
Ikan merah bakar…acu tengok, dan bayangkan dia nya rasa tu. Fuhh..bau dia toksah cakap le, nak-nak bila dibakar ngan daun pisang. Dapat lak sepinggan nasi putih yang panas-panas lagi. Makan lak kat tepi laut, takyah pakai kipas, desiran angin bayu sepoi-sepoi bahasa pon dah cukup nikmatnya..dapat tak bayangkan apa yang aku cakap nih weih????
Asyik dok meratah ikan kerapu, tetiba datang lak geng-geng superbike dok bakar line kat situ, bakar line okkey, bukan bakar ikan…ni yang takleh blah ni. Terus aku campak tulang ikan kerapu tu, teguk air nescafe, baca doa sudah makan & …………………………
…….kuarkan wallet la..bayar luh sebelum nak blah pon kan..
RM100 tepat untuk 4orang makan, selain daripada ikan dan sotong tu, siap tambah 3pinggan nasi & 7gelas air okkey…amacam, murah tak??? sodap tu takyah cakap la, memang aku suka…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 responses

  1. mmng sedap sgt2 ikan bakar ni….family kita org mmng wajib mkn tiap kali semua adik beradik balik brkumpul….dn spnjng idup…ni la ikan bakar plng sedap…….nyum nyum

  2. edeh..ni gigih nak cari ikan bakar gak..tapi akak suka cecah ngan kicap kosong tanpa cili..pelik tak? takde feel kan selera akak ni

  3. cesssssss..ko memang buat hati mak paneh JMR!!!

    Gila arrrrrr…dgn berasap2 lagi pic tu bersama ikan yg tergolek atas daun pisang tu..HUaaaaaaaaa

  4. white room baru jer la bukak belum ada orang lain rasmi melain kan owner dengan aku jer yang terjah…hehehhee

  5. labour day saya turun gganu. anda balik tak? sila powkan diri anda untuk blanja saya. he he…..

    p/s : anda pi tak kenduri mark yie?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam