Home travelogItaly Night View di Bergamo, Italy

Night View di Bergamo, Italy

by JMR
8 comments

Night View di Bergamo, Italy

Gambar semata-mata, boley?
Sebab-sebab dah terlupa nama-nama tempat ni. Yang aku ingat, kawasan ni terletak di pinggiran Bergamo sket, di atas bukit sket, ala-ala macam nak masuk satu city baru, siap kena lalu kot pintu gerbang, satu-satunya jalan masuk ke city ini. Tak jauh pon dari tempat lepak seperti di AWAL ENTRI sebelum ni. Suhu masa ni lebih kurang -3darjah C…ok la kan? kebas-kebas muka je, benda lain still function lagi..kahkahkah..

Night View

Historical Place in Bergamo, Italy

Italian Restaurant

 opss..tu bukan dinding bata betul. Tu just lukisan ala-ala 3D..

Jendele senget pon jadi. Tak terpikir camne kontraktor dulu-dulu tak terperasan position jendela ni tak betul..

Menu dalam bahasa diorang, manala gue nak faham sangat. Terpaksalah si Christiano translate satu-satu, nak ngorder food je, dah ambil masa setengah jam. Perut dah misscalled kan main lagi.

 Roti keras di hujung menu. Keras-keras pon, disebabkan lapar & sejuk, siap tambah satu set lagi okkey.
 Hirisan daging salmon di atas roti keras. weih, aku tak ingat gak la dia panggil pe menda nama roti tu, keras2 liut cam masuk angin jer sifat fizikal dia..
 Tara..ni menu special katanya. Sejenis ikan laut dalam yang dibakar dalam ketuhar panas, atas bawah adalah garam. Yang nampak putih ketul-ketul tu bukan ais ye, itu adalah garam. Masin rasanya kalo korang telan.
Isi ikan tadi. Rasa ngam-ngam sodap, even dibakar atas bawah garam, tapi isi dia tarak masin. Sikit-sikit je masinnya. Maybe wap garam tu masuk kot celah-celah kulit ikan tu secukup rasa. Makan lak ngan ulam diorang, terung bakar dan daun-daun rumput yang aku pon tak pasti spesis apa.

Dah la kawasan ni di atas bukit, ada lak lagi rumah yang dibina lagi atas daro bukit ni. Kira cam puncak bukit le kot. Rumah orang kaya woo, orang-orang biasa takkan mampu stay sini. City ni act. ancient city, tapi dah didevelopkan oleh kerajaan skang ni, kiranya salah satu kawasan pelancongan diorang gak. Dari tar, sampai le tingkap rumah sini, memang barang lama, tapi masih lagi barang baik tau.

Night View di Bergamo, Italy
Burp…alhamdulillah…act tujuan ke city ni pon sebab nak makan malam, dibelanja oleh principal di sana. Haruslah dibawa ke tempat-tempat yang agak pelik sket kan. Takkan nak masuk kedai makan yang hidang tipikal Italian food lagi, balik-balik pasta, balik pizza..buhsan gak kan..So, restoran yang kami pergi pon, not bad la. Tapi seriously, isi salmon memang super super duper sodap di sini…..

8 comments

Ikan sardin sedap di La Forketta, Dempsey Hill Singapore | JMR: Travelog Kehidupan November 6, 2014 - 1:39 pm

[…] Appetizer yang diberi percuma. Sekeping pizza yang dimasak dalam dapur batu. Even sos dia just tomato origanik, tapi rasa asli Itali memang terasa. Terimbau kenangan di Bergamo, Itali. […]

Reply
Pojiepooh August 6, 2011 - 7:22 pm

Pergghh!!
Kan best kalaud apat pakai Flexiroam kat Italy 🙂

Reply
shah-kayrul March 2, 2011 - 4:47 am

tengok gambar pun jadi la…

Reply
NuNu EeRa March 2, 2011 - 3:54 am

roti keras aka roti pelangkung kt sna sedap x??

Reply
mummysyafie March 1, 2011 - 3:12 pm

aiseh..gi kat sini tok hanimun pun syok kan..

Reply
Nava.K March 1, 2011 - 11:31 am

Lovely place to visit and great italian good.

Reply
CintaZulaikha March 1, 2011 - 8:21 am

nak sket….huhu…

seronok dpt jejalan…luas pengalaman. sukalah dgr..

Reply
Redbloodsnow March 1, 2011 - 8:13 am

wahhh bestnyaaa ko JMR. dh jejak kaki ke italy. jeless! aku sampai mati kot tak akan mampu gi negeri gnie² 😛

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam