Orang-orang tua cakap, jauh perjalanan, luas pengalaman. Itu orang-orang tua yang cakap, orang muda tak cakap pape. Jauh ke dekat, semua itu pengalaman. 

Semalam masa dinner kat Restoran Halal Food Viet-tian, Vungtao city, terserempak ngan sorang brader specialist engineer dari Singapore. Project kitorang kat site yang sama, tapi jarang jumpa. Semalam pon ada terserempak, tapi muka ketat je, malas nak tegur. So, ambil peluang la berborak sambil pekena nasi putih, ayam goreng kunyit, telur dadar & kangkung goreng. Rupanya muka ketat semalam tu sebab bengang ngan client project kat sini, habis dia maki hamun masa meeting tu. 
Adbentej kalo keje/hot meeting di negara yang orang tak faham BM, or English dengan bagus, ko mencarut la macam mana skali pon, keluar habes segala kepala butoh, jubo ke, pu*im*k ke, bastard ke, diorang akan dengar sambil tersenyum sipu-sipu malu, last-last tanya ” What is that??”. Then bila jawab panjang lebar segala detail benda yang ko carut tu, majoriti akan buat-buat faham…” Owh…i see….” sabar je la..
Best gak idea tu. Tapi aku notice gk, kat site di Vietnam ni, tak ramai yang boleh speaking dengan bagus. Tapi kalo hantar email, almost perfect la dia nyer ayat. Aku pon tak tao naper. Maybe lidah diorang tu pelik sikit kot. Tak pon lidah bercabang, putar belit je yang lebih, padahal satu benda pon tak tahu,or buat-buat tak tahu. Entah le. Pengalaman brader Singapore tu lebih kurang sama je ngan apa yang aku alami, tak jauh beza pon. Deal ngan Vietnamese ni lagi leceh, banyak kerenah dan macam-macam songeh.Kat Bangla lagi senang nak buat kije kot. 
Lebih kurang sejam setengah borak-borak sambil pekena teh tarik, memang aku kagum le ngan brader ni. Umur tak cecah lagi 40-an kot, muda lagi kot, dah berstatus ‘specialist’ dan lebih daripada 23 buah negara dah dia jejak. Dah pelbagai spesis platform minyak yang dia pergi. Katanya, bad experience yang paling horror yang pernah dia alami adalah masa beroutstation di Nigeria untuk projek installation untuk 1system di offshore. 
First jejak kaki di airport Nigeria, kastam kat situ dah mintak duit rasuah. Dah tu, luggage lak berterabur, tools untuk kije pon abes berterabur atas conveyor belt di airport. Dah tu, masa nak naik teksi ke site, siap nak kena rompak ngan local people. Seb baik sempat lari ngan teksi tu, siap pakcik teksi tu hulurkan pistol suh tembak local people yang nak mempow. Dah tu, jangan harap la nak tido kat hotel best kat sana. Ko tido dalam camp, satu tempat macam rumah la, berbatu tanpa cat. Siap dikawal ketet, takleh kuar dari kawasan camp tu. Dah macam penjara Guatemala pon ada gak. Dah tu, bila dah setel sumer kije, management lak cakap tak leh kuar sebab local people dah kuarkan amaran akan menempak mana-mana foreigner yang mereka jumpa. Dari platform di tengah-tengah laut tu, chopper pon takleh nak amik any foreigner, bimbang ditembak. Supply bot biasa lagi la kan. Nak taknak, sebijik hovercraft khas dengan diescort oleh polis tempatan terpaksa bawak dia ke mainland. Dem..dah macam masuk negara ngah berperang je. Tak terimagine aku kalo dalam situasi tu, mahu tensen tahap kronik tu. Berbaloi ke, ko pergi outstation jauh-jauh, dalam masa yang sama ko cam bersabung nyawa untuk setelkan tugasan ko. Owh, dem la kalo dapat kije gitu..Mahu aku resign notis 24jam..hahahaha..
Bila dengar pengalaman brader tu, tetiba rasa bersyukur lak. Sebabnya kat sini, takde la seteruk kat Nigeria tu. Masih lagi dapat tido dan makan dengan sempurna. Masih lagi dapat bergerak bebas, dan takde mana-mana local people yang cuba mengepow. Yup, keadaan yang jauh lagi baik daripada keadaan di sana. Bersyukurlah dengan apa yang ada…
Selama sejam setengah, 90% dia je yang bercakap, aku ngan memba aku dengar je. Aku rasa dia nak release tensen, so kami biarkan aje. Maklumlah, dia datang sini sorang je, specialist tak main la outstation berdua kan. Seb baik kami datang berdua, kalo tak, mahu aku jadi macam abang tu..hahahahahah….

Post to Twitter

 
0Baru balik dari pusing-pusing Vungtao ngan memba aku sambil nek skuter+pakai helmet cam askar diorang dah, 2jam ronda, dah mati akal tak tahu nak menuju ke arah mana. Mati akal okkey, bukan mati pucuk. Pusing-pusing asyik nampak laut je, nak kata bukan pulau, nak kata tak pulau, macam pulau la plak kan. Singgah kedai nak cari souvenir pon, mcm takde pape gak. Pelik semacam je ni, cam takde mood le, ni simpton-simpton homesick tahap 1. Takde la kronik sangat lagi kan.
Tapi rasanya bukan simpton-simpton homesick yang keterlaluan kot. Mungkin sebab pikirkan kije yang belum-belum setel lagi. Dan mungkin juga kena stay kat kampung ni lagi lama sebab macam-macam masalah yang ada kat site, yang belum-belum setel lagi. Masalah yang bukan kami cipta, tapi orang lain punya pasal. Natijahnya, aku kena menjawab segala bagai hal yang kadang-kadang macam boleh bawah gaduh je. Huh, malas la nak citer, cuma mahu berpesan pada sesapa yang bekerja, “kalo taknak kije betul-betul, jangan menyusahkan orang lain, ramai lagi yang nak kije kt luar tu.”..ok, next time aku try buat entri khas pasal adab-adab bekerja..
Okkey, mood aku dah cool sikit. Ngadap laptop dalam bilik sambil dengar lagu “Tolong Ingatkan Aku” lagi bagus. Mood nak cuci mata tengok awek Vietnam pon dah terbantut nih. Dem tol.. 

Post to Twitter

 
Aku dapat banyak msg ala-ala ” bestnya ko selalu travel jauh-jauh..”
Best ke?
Sangat Best ke?
Kalo ko pikir nak berholiday je, best le kot..
tapi kalo ko pikir kije, separuh gile ko dok pikir. Masuk site kol7pagi, kuar kol5.30 petang..tak kira nak kena manage subordinate&project docs+planning segala bagai cam gamps tu. Tu pon still rasa tak cukup masa sebab nak kejar dua date..wth..dah tu macam dunia terasing je..
tu sumer okkey lagi, tapi yang paling kuat cabaran dan dugaan..macam tahap cipan lanun la nyer dugaan kali nih..
tak tahu la aku leh tahan ke idak sampai ke akhir..
Dah rasa makin lama, dunia ni makin kecik je..
Makin lama rasa macam terkebelakang je hidup kali nih…
Tak best sangat-sangat wo…
Giler tak best..
Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tak best…………
-
-
-
-
-
-
-
-
malam ni dah malam ke-3 aku kat Vietnam nih. Dan dah tiga malam berturut-turut aku try login fesbuk. Masuk kejap, then kuar msg blocked..wifi tepi kedai kopi pon gitu gak..aku tanya mamat jaga kedai makan pasal fesbuk, haram dia tak tahu fesbuk tu apa…Kang ada aku tanya ko slang kelate lagi nih…
Fesbuk dok tahu. Muko buku abe tahu???”
Kepada Presiden Vietnam, kalo ko baca blog ni, tolong terangkan kenapa aku takleh login fesbuk kat Vungtau nih? Dan kenapa penduduk kat sini kurang arif  pasal fesbuk????
#fesbuk tak tahu, tapi beca kat belakang tu siap ada GPS lagi..demmit..

Post to Twitter

 
First thing first yang aku terpikir bila diarahkan kerja buruh kasar luar kawasan, di negara bekas perang, senang ke nak makan di sana? banyak ke kedai halal? Penginapan lak camana? Jamban ada air ke atau just pakai tisu toilet jer? coz sejak dua menjak ni, sistem penghadaman aku berjalan dengan teramat sempurna. Makan sikit, terus nak memerut, makan banyak lagi la kan..hahahaha..
Menu di bawah adalah menu makan pagi sebelum ke site. Roti canai ngan kari ayam beb! Halal beb, coz rumah sewa yang aku dok nih, kat bawah dia memang ada kedai makan halal. so, pagi-pagi, dan malam-malam kami akan dihidangkan dengan makanan yang dijamin halal & diterima perut. Tunjuk je menu apa nak, order-oder, eat-eat sampai lebam. Bila sudah makan, cakap je kat akak kaunter, ” Kak, masuk buku ye..” then naik bilik, leh tidor..alhamdulillah..
Setiap kali mintak tisu, mesti dia bagi tisu, sudu, garfu & pinggan..maybe aku kena susun balik ayat omputih aku..
Keperluan asas paling utama. Mangkuk toilet duduk+ flexible hoses+ bathtub + air panas..
.
Tibi gantung kat dinding kena ada okkey. Chenel lak sampai lebih daripada 70chanel. Cakap je ko nak tengok apa. Kompom ada. Kalah fullpackage astro okkey..
Nampak air bersusun atas meja tu? tu antara room servis terbaik. FOC sumer tu, take it, and tegok it..Senyum je mamat tu pas pekena air kacip fatimah…
Rasanya selama seminggu aku di sini, memang tak pindah ke mana le kot. Kemudahan yang tersedia dah cukup memadai. Barulah bila balik dari site, terus terasa hilang penat. Bukak je tb, cerah bijik mata sampai ke malam. Dah tu, siap ada orang kemaskan ngan susun balik baju-baju yang berterabut. Harap-harap awek cun yang buat sumer itu…kahkahkha…
Oh ye, ini bukan hotel ye. Ini hanyalah rumah salah seorang staff vietnam kitorg. He is a very kind&good person. Ko call je nak apa, kompen dia carikan. Dah restoran di bawah pon, geng-geng diorang gak yang punya. tu yang asik mintak nasi lebih je…FOC okkey………….

Post to Twitter

 
Alhamdulillah..satu sebab tengah kenyang ni, satu lagi sebab hari ni dah berjaya jejak kaki di Vietnam buat pertama kali. Excited la sikit kan. Mula-mula tak excited gak, sebab macam takde pape pon kat sini. Tapi bila tengok kerancakan mat-mat rempit di jalanan di  bandar Ho Chi Minh, terasa cam ‘wtf!’ bandar besar ni..seram sejuk lak kalo aku nak kena drive kat bandar gini..huhuhu..touch down kat Saigon Airport(Ho Chi Minh) lebih kurang jam 9.30pagi, selepas bertolak dari KUL jam 9.10pagi. wth..setengah jam je KL-Vietnam..kahkah..Vietnam time delay lebih kurang sejam daripada Malaysia ye..
Travel permulaan kali nih, hanya aku ngan sorang lagi staff, Dato’ Rahman Hasan nama dia. So agak seronok since bos tak join kami, dia menyusul di kemudian hari. Ok la tu kan, lagipon usia kami dengan usia bos, jauh berbeza. Mana bley nak geng ma, tak jiwa remaja la….dari airport, amik cab dengan bayaran USD7 + 50k Dong menuju ke jeti untuk ke Vangtau. Tang 50k tu, aku rasa cam dah kena ketuk je. Lebih kurang 20minit dah sampai di jeti. Cilakak, cab tadi leh lak turunkan kitorang agak jauh dari jeti sebenarnya. Tetiba ada sorang pakcik ni datang nak hulurkan bantuan, angkut beg kitorang yang beratnya lebih kurang 50kg(4beg). Siap panggil geng lagi tolong kitorang. So dengan hepi sambil puji-puji orang Vietnam yang baik hati ni, kitorg membonceng le kat belakang tu. Leh imagine tak, ngah kesibukan jalanraya masa tu, pakcik tu boleh lak bawak motor lawan arah arus, sambil bawak beg besar dua bijik+bonceng aku, menggunakan motor ala-ala Kriss..mengucap panjang okkey!! Aku ingatkan jauh, ceh tak sampai 5minit rupanya ke jeti tu. Dah tu siap mintak payment lagi, 20,000dong!!! dem…
Tiket feri dari Ho Chi Minh ke Vuntau lebih kurang 200,000 Dong. Pemferian mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Ok la kan, daripada naik cab ke Vungtau, dah la ambil masa dua jam, dah tu tambang lak sampai 1,000,000 Dong..Psstt, korang nampak tak brader kat belakang tu. Sempat lagi dia pow USD2, sebab tolong angkat beg kitorang masuk dalam cabin feri. Ingatkan murah hati sesaje nak tolong. Bila bagi USD1,taknak, pandai tol diorang demanda. Huh..dah baper kali ni kena kencing rini nih..hahahaha..so, aku ngan Rahman dah amik kata sepakat, pasni sesapa nak hulurkan bantuan, kitorang akan wat dekk je, susah senang kami sama-sama..hahahahha…
Dato’ Rahman Hasan. Klik Vietnam kami panggil dia dengan nama ‘mang’. Ore Kelate. Kami akan bersama selama seminggu ni untuk setelkan amanat daripada ‘orang atas’. Dan ini ada pertama kali kami jejak kaki di bumi Vietnam ni. So far, takde lagi major problem untuk hari ni, tapi, kalo dapat orang tempatan sini yang gheti berEnglish, ok la kan. Tapi kalo yang haram sepatah tak faham, itu yang macam ayam dan itik. Cuma sampaikan ke saat ni aku masih lagi tak faham, boleh lak bila si Rahman ni nak smoking kat satu kedai makan ni, dia mintak lah bekas abuk rokok/ashtray ngan sorang brader Vietnam nih..
Abe, ashrei rokok ado dok, nok ketakk abuk rokok nih
Selamber je brader tu amik ashtray bagi kat mamat nih. Seminit pastu, aku tengok si Rahman, dia tengok aku balik. “ Mung kecek ore putih ko, mung kecek kelate tadi boh???“…….

Post to Twitter

 
Masa ni aku dalam perjalanan ke sana. Mungkin dalam pertengahan perjalanan, mahupun sudah hampir di destinasi. Masih terngiang-ngiang lagi pesanan bos aku…
Ko akan tiba di Ho Chi Minh airport, harus berjalan mencari cab dengan sewaan bernilai USD8, ke jetty. Ambil feri ke Vung Tau yang mengambil masa perjalanan selama sejam. Di sana, Chin akan menunggu. Amik 10juta dong nih…
dem…10juta?? daripada aku naik teksi, bek aku beli kete bayar cash!kahkah…
Eh, betul ke si Chin akan tunggu aku di sana? Menuggu dengan sepanduk ada nama aku ke?..mungkin.. ala yang macam dalam tb tu la, bila kuar je dari balai ketibaan, kan ada orang tunggu-tunggu sambil pegang kertas ada nama tu. Aku pon tak pasti rupa si Chin ni, ke botak Chin??..dem..
Berbalik kepada tajuk entri, jawapan aku..” I have no idea ” fuhh..spekin mat saleh ala-ala slang lidah orang Vietnam. Konpem kena maki hamun ngan teacher omputih sekolah menengah aku dulu….mana aku tau apa ada di sana. Ni first time aku ke sana. Tapi aku dah check wikipeadia VungTao. Not bad la tempat dia..
Kalo ada keseronokan di sana, nanti aku update blk..tapi jangan terlalu berharap. Coz travel aku kali nih, takde baju sejuk tapi ada coverall. Takde kasut kasual tapi ada safety boots. Takde spek Rayban, tapi ada safety goggle. Takde tripod/lense, tapi ada spanar,copperhammer, lignkey&portabledrill…perghh,giler tak sabar. Dah rasa keseronokan nih…………….dem…

Post to Twitter

 
Jom layan pic masa hot ballon fiesta di putrajaya last weekend..aku takde sempat nak wat karangan panjang-panjang. Just layan next pix dengan pemikiran dan akal yang terbuka…
teringin nak main menda nih..
dan juga naik kucing nih..
dapat naik yang ni pon jadi..
..alangkah bestnya kalau dapat yang nih gak..
..ataupun yang ini…
..bila malam lagi meriah kalo dapat naik…
berbackgroundkan firework….
apa panas kebiruan pon, tetap aku nak naik…
tak dapat naik yang semua tu..dapat yang ni pon jadi….
 -
-
-
-
-
-
-
maafkan saya pakcik…

..dengan pemikiran yang terbuka..jangan gelak lebih-lebih lak…wassalam…

Post to Twitter

 
Dah lama aku tak ke majlis perkahwinan sebagai tetamu jemputan. Datang bersambut, salam-salam ngan tetamu lain, amik nasi dan lauk, duduk kat seat tetamu, borak-borak ngan kekawan lama, gelak-gelak, camwhoring, snap candid..Yes, I did it again! semalam di majlis perkahwinan Siti Nor,(kawan Farisian9600 )dan Hafies, kawan yang aku kenal since 2008. Selamat Pengantin Baru & Tahniah korang..maaf terlewat tiba sebab aku terrrrrsinggah di dewan sebelah. Seb baik aku sedar gambar pengantin di bunting kat dewan sebelah bukan gambar korang, maknanya aku tersalah majlis..:-p
Salah satu keseronokan attend majlis kawen kawan sekolah lama adalah kompom akan dapat jumpa kawan lama. Since 1996 lagi dah kenal, dok asrama yang cam gamps nyer rules, pagi petang siang malam dok sama-sama, dengar kuliah magrib hari-hari, rollcall pepagi, makan dalam tray besi di dining hall yang sama, beli mi goreng kak ize yang sama, pakai baju batik kuning diraja yang bercorak sama, dan macam-macam lagi la cerita kami sama-sama selama 5tahun bersama berjuang di SMS Tengku Muhd. Faris Petra..dulu nak abeskan 5tahun sesama amat penat okkey. Skang dah jadi kenangan manis..So, bila sesekali dapat berkumpul sama-sama gini, cam sumer hepi jer..Eh, pe citer dengan Reunion tahun nih????
 Miss Tan!!!look alike okkey, bukan real. Sapa Miss Tan?? Kalo tanya ex-farisian, pastu mereka tahu. Betul tak MysTD, BeingJane, PearlOfOrchid, Cik Cookie mahupun Cik Pia..
Korek-korek gambar lama. Terjumpa lak ngan gambar si Hafies(tshirt ungu) di zaman terunanya. Gambar tahun 2008 di Sleeping Buddha, Kelantan. Macam tak berubah je muka, awek muda ke der?? .
Selamat Pengantin Baru – Hafies & Siti Nor

Post to Twitter

 
Salam tengahari di hari Ahad. Hujung minggu dah nak habes lagi. Esok dah Isnin lagi..tensi lagi..aiyoo..abaikan..Lets follow the flow. Wat dekk je..tapi perut lapar skang ni takleh watdek je, kena take care gak nih. Kasi belai-belai perut sambil pikir-pikir nak melantak kat mana hari ni. Huh..tetiba aku teringat nasik minyak ngan ayam masak merah kat wedding kawan aku semalam, si Hafies & Siti Nor. Sedap wok..
Terus ON D7k, belek-belek gambar semalam dan sebelum-sebelum nih. Mana tao kot-kot ada gambar ayam masak merah semalam, leh gak bagi makan kot mata luh, sebelum makan kot mulut tengah hari nih. Hampa. Takde pon, even sekeping…
Yang ada hanya yang ini…
 Kopok lekor. Hampir lupa dah camno rasa dia..
 Ha..yang ni aku masih ingat lagi. Terbaik wok. AIr kepala segar, tanpa gula, tanpa ais..nyaman shihot..
 Mi goreng basah. Eh, basah ke banjir ek. Tak kisah, janji ada rasa mi goreng.
Guess what? APA?! Pisang goreng????..wak lu..Sotong Celup Tepung versi Pantai Kemasik..mungkin tersalah guna tepung pisang goreng..
 Si Megat, megat mangkat dijulang. Katanya, air kelapa feveret dia. Siap nak mintak bawa balik KL kelapa tu. Pejadahnya…
on diet tu..tu pasal takde pape atas meja…sekian…
dem…lepas up gambar-gambar ketika singgah makan di satu gerai di Pantai Kemasik, Terengganu di entri nih, makin meriah lak bunyi perut berkeroncong, kadang-kadang rapping ala-ala hip hop..dah la..mahu bersiap ke Kedai Makan Pak Mat Rongok….
Selamat Berhari Minggu uollss………………..

Post to Twitter

 
Gambar-gambar ni sumer taken by henpon cabut aku, nokia3310, aku convert masukkan camera kecik 5megapiksel CarlZeiss…
Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ni, aku nak share hasil air tangan aku dari ketinggian beberapa ribu kaki dari paras lautan. Buka mata, buka minda, bersyukur dengan nikmat kejadian alam…
 RyanAir – 12.13am waktu Malaysia 
  RyanAir – 12.16am waktu Malaysia 
  RyanAir – 12.17am waktu Malaysia 
  RyanAir – 12.17am waktu Malaysia 
  RyanAir – 12.20am waktu Malaysia 
  RyanAir – 12.23am waktu Malaysia 
Banjaran memutih sesuci alam..lembut & tenang…
SubhanAllah, Maha Suci Allah…

Post to Twitter

 
Pehal gambar di atas tu cam merah semacam jer kan. Macam mood bengang/garang je kan..wth..Act. time ni ngah tunggu order Nasi Goreng Penang @Penang Village, tapi kat menu tulis Penang Fried Rice dan aku tahu itu nasi goreng takde bezanya ngan nasi goreng kampung baru…pigidah..Aku dah lapar gile time nih, almaklumlah masa ni baru pas collect tiket untuk Prescreening World Invasion: Battle Los Angeles, so sebelum tu memang tak sempat nak ambil dinner la pas office hour. Paling aku nyampah kat Tropicana City Mall ni, susah tol nak cari kedai makan yang betul-betul leh menarik selera aku, at least kalo ada McD/KFC ok le gak kan, tapi taktao lak kat mana lokasinya, eh ntah-ntah takde pon kat TCM ni kan..weih, kat Besut pon ada kepchi tao..kahkahkah..
See..nasi goreng Penang. Tang mana Penang pon aku taktao, ke sebab nama kedai Penang Village, so consider Nasi Goreng Penang. hahaha..tak puas hati gak ni. RM11.90 untuk satu set tu. Prejudge aku, mesti tak berbaloi nih..Tengok dari luaran, cam berasap baru pas goreng je. Tapi bila sekali ngap, resultnya, suam-suam kuku di luar, tersangat tak suam di dalam. Sangat unik..pasni kompom aku tak datang lagi kedai nih..hahahahah..opss…
Partner aku untuk prescreening kali ni. Eh, bukan takat prescreening kali ni jer, sebelum-sebelum ni pon dia gak lor. Takde niat lagi nak cari partner lain..kahkah..disebabkan dah kol8.23pm, waktu Malaysia, takleh kasi dia makan malam, nanti gemok. Tapi aku takde la kejam sangat nak seksa dia tengok aku makan nasi goreng penang suam-suam kuku di luar nyaman di dalam tu, kita kasi la set air sepesel tu gak kan, air kosong di atas ada sirap sikit kat bawah
Burppp…..
ok, korang sambung kerja ye. Aku nak kena gi Kertih jap..petang aku balik KL balik…huh….

Post to Twitter

 
World Invasion : Battle Los Angeles
Duration : 1hr 56min
Release Date@Malaysia: esok kot..kihkih..
Semalam, sekali lagi aku dijemput untuk pra-tonton filem yang bakal muncul di Cinemas Malaysia pada 17March2011 ni. Jemputan kali ni daripada Nuffnang a.k.a majikan kedua aku..Nak tak nak, ngantuk ke tak ngantuk, kena pergi gak, kang tak pasal-pasal kena blacklisted, rugi wot wot..seawal jam 8pm aku dah sampai di GSC Tropicana City Mall sebab waktu nak kena amik tiket adalah jam 8pm sampai 9pm. Lebih kurang 8.16pm aku dah ada depan booth Nuffnang, macam tak ramai orang je. Kompom dapat seat cun nih. Ops..ternampak Hana Love Nest bersama buah hati tersayang. auww, Che Armster. Romantika gitu…~
Tepat jam 9pm, aku menonong masuk hall, dalam hati dah konpiden gile, kompom seat cun lagi cam BeautifulNara kasi..tapi memang takkan dapat kapel seat nyer la kan, G9 & G10 habalau hall mana ada kapel seat sampai laneG..tak kisah janji tengah-tengah. Barang sesaat dua mencari, dah nampak seat aku!! Yey..3rd row dari depan. Dari depan bermakna dari screen gedabak tu, bukan dari pintu belakang..dem..tarik nafas, tarik nafas..jangan pikir negatif. Its ok, kalo depan gini pon, lagi best kan..real sikit, sampai bulu-bulu pon leh nampak dengan jelas..Aku try adjust seat bagi ke belakang sket, bajet nak menyandar cam car seat tu. Demmit..tempat adjust tu takde la plak. Nak je aku bangun tanya brader bangla jaga pintu, ” Mana itu tempat itu kasi itu karusi itu juga turun sama itu belakang…..”…
Nak review WORLD INVASION:Battle Los Angeles ni ker?? Tapi sebelum tu, make sure korang jangan dok seat depan-depan. Since minit pertama sampai la masa kecemasan, sumer action scene. Shot sana, M16 sini, Grenad depan tu, C4 dalam bas. Paling aku kagum ialah teknologi team alien tu. Leh recharge guna air, iye air..H20..dah tu, air kumbahan pon leh jadikan source energy system diorang. Bullshit bullet kot.. Dah la 1 shot by weapon diorang, bersamaan dengan satu 50mm bullet(eh btol ke 50mm? ahh,lupa la term dia, tapi ada no 50, almaklumlah aku taknah pegang senjata, lense 50mm aku tao!)..Oh ye, tetiba je citer tengah, tanpa mukadimmah ek. 
Ermm.. WORLD INVASION:Battle Los Angeles ni sebenarnya berkisahkan tentang misteri kedatangan objek berupa meteor ke ruang atmosfera bumi. Unknown object ni jatuh di lautan di beberapa buah bandar utama dunia seperti Tokyo, Boston, China, New York, LA dan beberapa tempat lagi. Identiti sebenar objek tu terbongkar bila muncul alien-alien bersenjata moden daripada objek-objek tersebut..
Then…
Mata aku dah berpinar-pinar cuba konsentret setiap shot daripada alien & geng US Marin. Camera lak asyik pusing-pusing, dah macam dalam kisah peperangan betul lak.. Just wondering, sistem senjata alien dah canggih, tapi naper kapal-kapal & robot diorang takde yang design lawa-lawa. Balik-balik kapal alien cam zaman-zaman Gaban & Flashman dulu je..at least, design la cam Sukhoi ke, Airbus A380 ke takpon cam Inspira convert ada sayap…di situ aku dah nampak alien kat luar sana tu agak bodoh dalam rekaan&design. Tapi bab-bab sistem ni, bijok pulok…kahkahkahkah..
Pelik je review aku nih..hahahah..korang Google sendiri lagi best kot. Takpon terjah sini jer: WIKIPEDIA: WORLD INVASION:Battle Los Angeles.. 

Selamat menonton dan selamat beramal..assalamualaikummm….
HERE!!



Post to Twitter

 
Orang berbudi, kita berbahasa. Wa takde hal..Tapi kalo dah macam ghinilah rupa bahasa tu, memang susah la nak skorA..
Nampak tu? Ha..sapa punya kete tu? Zoom rapat-rapat sket dia nyer plate no. tu..dapat? Kalo dapat tengok jelas dan kenal orang tu, dan kalo dia adalah seorang lelaki sejati, cakap kat dia ” JMR kirim salam maut…..”
Tapi kalau awek mantap sejati, giler babeng cun tak hengat dohnia, cakap kat dia ” JMR kirim salam sayang…”
………..kahkahkahkah….


Post to Twitter

 
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak!! Pernah gi funfair? Eh, aku panggil ‘ekspo’ masa kecik-kecik luh.  Kalo kat Besut, biasanya ekspo/funfair ni dibuka di tepi pantai di tapak ekspo Pantai Air Tawar. Ala, yang ada ferriswheel tu, bumper car, marrygoround, lampu kelip-kelip tu, & kena beli token luh, baru leh main game yang kompom menang hadiah. Even hadiah ntah pape, tapi feel hepi dapat hadiah tu lain macam k.  Sesetengah tempat tu, badut pon ada, dan persekitaran yang colorful..Rugi wo sesapa yang tak pernah lalui saat-saat fun camni.
Aku ingatkan kat kampung je ada ekspo style ni, rupa-rupanya kat celah-celah ruang kosong di bandar pon ada gak. So, malam Sabtu lepas, aku ajak le kazen aku yang di bawah umur, si Adam & Iris ke funfair di area Jalan Kota Damansara-Sg Buloh nih. Mana besh wot-wot kalo just berdua je layan funfair nih. Jangan terkejut, kalo dulu ko bawak RM10 dah leh layan game kat sini puas-puas, tapi skang ni, RM10 tu ala-ala warm up untuk seorang je. Dem..
 
 Bumper car sangat layan wot. Yang ni laju sket, mampu keluarkan air mata kalo kena hentam daripada belakang.
Main sekali tak cukup ma, dua kali ride kitorang layan. 2token per person per ride.
Part time Pengasuh kepada dua orang kazen aku time nih. Ringan sikit tugas aku.
Ingat nak ride gak menda alah nih. Tapi oversize lak. Tensen!
2token. Kompom dapat hadiah. Tak nak rugi, main je game nih. Jangan membazir, Tuhan marah okkey!
Ko tengok, RM2 untuk satu token. Seingat aku, dulu-dulunye token, 50sen je sekeping. Aku pon dah lupa berapa keping token habes malam tu, yang pasti lebih daripada 40keping..demmit..seb baik tak bawak 10orang…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR