Portobello Market : Antik, Fesyen, Awek, Makan dan macam-macam lagi.

Portobello Market : Antik, Fesyen, Awek, Makan dan macam-macam lagi.

.
First time ke Portobello Market, mata aku dok melilau je. Kiri kana tak benti wo, tangan toksah cakap la, asik dok klik shutter D80 je. Bagi aku, semuanya RARE di sana. Yolah kan, kat kampung aku takde lak market besar cam Portobello Market nih.
Portobello Market ni terletak di Portobello Road di kawasan Notting Hill di Barat London. Act, market ni dibukak setiap hari, tapi yang paling meriah ialah pada hari Jumaat & Sabut. Yang aku pergi ni hari Sabtu, ramai gila orang dowh.
Dah namanya market kan, makanan pasti ada le. Korang sebut je nak makan apa, aku rasa macam semua je ada kat sini. Jangan ko mintak bengka ubi dah le, eh silap-silap ada gak kan. kihkihkih.
Makanan yang telah diinovatekan, siap taruk viagra lagi. Viagra Prawn Wrap!! Apa khasiatnya pon aku tak pasti. Hmm..
Gambar ni macam view daripada si penjual, aku lah tu. Macam-macam cap bulu-bulu ada wo. Hati-hati, jangan silap pegang bulu lain lak. kahkahkah..
Salah satu trademark Portobello Market ni, jualan barangan secondhand. Macam-macam ada, daripada baju, spender, buku, jewelleries, homeware dan lain-lain la. Cari je yang korang nak pasti jumpa, tapi kena check betul-betul luh la dia nyer kualiti sebelum membeli.
Kat Portobello Market ni juga adalah pelbagai barangan antik. Ada kamera zaman tok nenek kita dulu la, ada mesin jahit zaman purba dulu la, apa lagi ek..ha bola sepak yang diperbuat daripada kulit pon ada. Kulit binatang apa aku tak pasti lak, malas nak pegang pegang, tak pasal-pasal kena samak nanti.
Nak beli souvenir kat sini pon ok gak. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan berbanding dengan tempat lain. Tapi kadang-kadang tu, design je sama, tapi kualiti tak sama. You got what you pay la. Yang bestnya, banyak menda RARE yang boleh didapati. Tak caya, datanglah nanti yek.
Antara banyak-banyak kedai yang ada kat sini, kedai kasut gak yang menjadi tarikan aku&big bos. Setiap satu mesti masuk, termasuk kedai kasut pompuan je. Sampaikan aku yang tak gilakan kasut kulit pon dah start jadi gila. Kongkek tol!
Makanan sudah, barangan secondhand sudah, barangan antik sudah, kasut sudah, mesin basuh sudah..gambar apa lagi yang belum ek? ..awek Portobello Market! candid sudah…lepas snap candid beramai-ramai, kitorang share share tengok di LCD dslr memasing. Sharing is Caring. Meh nak share ngan korang gak.. kahkahkah..
Dah la..makin berat lak entri yang ni. Lupa nak resize daa..nanti check di FB aku untuk lagi gambar..jangan lupa add me di FACEBOOK JMR.
Its me! Weih, gambar kat pasar tani / pasar malam di Besut pon aku takde okkey…

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

6 Comments

  1. Bestnyaaa Portobello..
    Bestnyaaa kalau dapat pergi..
    Leh shopping sana sini lebih2 lagi bila dapat berjimat dengan Flexiroam

  2. wahhh Portobello… i was there before… pegi tak tau pun, tidak boleh kirim cincin antik….

    nway, nice shoot… suka gambar2 kat sana….

  3. Nice shot bro!! Bila la mak nak dpt skill cenggini..

  4. ohhh,bro buat saya rindu bumi uk..huk3…bro,mana gmbar awek Uk yang cun2 lagi?hik3..

  5. betul la JMR, kat kampung akak pun takde benda ni semua. sib baik awak amik pic banyak²

  6. 'awak ni suke tangkap gambar awek la..' kata si dia.. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam