Lunch di Bergamo, Italy

Lunch di Bergamo, Italy

First time landing di bumi Italy menggunakan Ryan Air dari Gatwick Airport, London, tak terasa pon macam kat Italy. Suasana kembali tenang selepas 4,5hari bersesak-sesak di Kota London. Aman lak rasa, dah macam balik Besut. kahkahkah..yang bezanya, kat sini lagi sejuk. Masa jejak kat kaki kat Orio El Siero Airport, Bergamo, suhu terkini adalah -2darjah C, even time dah jam 10.30pagi. Bergamo ni kiranya satu pekan yang agak besar yang terletak kira-kira 40km di Utara bandar Milan..yang boleh aku gambarkan, Bergamo ni macam bandar antik la, daripada segi bangunannya, tinggalan sejarah yang masih kekal ntah dari zaman bila dan bukit-bukit yang masih belum ditarah..So, udaranya pun sangat fresh dan no traffic jamm. Sampai je airport, Christiano(orang besar principal kt sana) dah sedia menanti. Wah, best gak orang datang jemput gini, lagi best kalo dia siap tulis nama besar-besar kat sepanduk, then masa kitorang kuar kat pintu ketibaan tu, angkat sepanduk tu sambil jerit-jerit nama kitorang..
Ok, kita skip citer pasal meeting kat principal di sana yek. Terus ke citer makan tengah hari. Citer pasal makan lagi baik daripada dok pening pala bercerita pasal isi meeting yang ntah pape. Chooiii…
Macam yang majoriti orang tahu, food halal kat Bergamo ni sangat susah nak dapat. Even ramai yang cakap, pasta+pizza segala bagai kat Itali ni memang sodap dan terasa originalnya, tapi korang kn tahu, biztrip kali ni bukan dibawah agensi pelancongan muslim ye. Kena indie cari sendiri sambil ditemani orang-orang company di sana, yang sah-sah bukan nama Mohd di depan atau berbin kan nama bapak.  So, untuk langkah selamat, sayur-sayuran dan pasta bertomato gak la yang menjadi pilihan terkini. Aku lupa lak nama kedai tu, terbelit lidah nak nyebutnya. Yang aku ingat, kedai ni lauk ikannya takda, daging pink binatang pendek berhidung kontot banyak la…
Aku tanya satu-satu apa makna perkataan tu semua in English k. Kang tak pasal-pasal, nampak macam bawang tapi sebenarnya daging pink. Sapa nak jawab? Beringat sebelum terkena lagi kan..kahkahkah..
Taraa..since dah kelaparan yang amat sangat, ni je sempat aku rembat. Pasta tu nampak je cam sikit, tapi dua orang makan pon tak abes k. Pasta with tomato sauce, no isi isi lain, tomato semata-mata k tapi sedap, series sedap dianyer tomato. Kentang pon lain macam je rasa, even roti kosong ngan butter pon rasa lain macam je sodap. Tak pasti la, sedap sebab btol-btol sodap ataupon sebab lapar. Ahh, tak kisahlah janji konyang & tak riso pasal benda haram masok dalam badan..hikhikh..weih, jangan main-main ngan benda gini, act takde istilah keadaan darurat yang menyebabkan muslim traveller boleh bantai makan apa saja k. Usaha dulu mencari yang halal seboleh mungkin…ah, nasihat & tip ni tao..hehehehe..
ILLY coffea! Italian ni kalo pas makan mesti nak kena coffea. Dan kata Christiano(belah kanan aku) & Barret ni, ILLY coffea ni antara coffea yang paling sodap kat sana. Owh, ok, pas minum baru leh caya, memang sedap. Tapi tang cawan seciput tu yang takleh blah. Dah tu, larat ke nak telan kopi pekat dalam kuantiti Grande????
Eh, Illy coffea ni rasanya cam ada jual gak kat Malaysia kan? Gelas dia seciput tu gak ke????:-p..dah le, nak sambung kije lak. Nanti pasni cerita pasal makan malam lak..hehehehe..best pe citer pasal makan makan kan. Tapi ni bukan sesi food review, just gitu-gitu je. Food review yang dalam Malaysia dah le kan..Eh, rasa cam dah lama tak wat food review. Dah tu, asik-asik makan kat mamak je kan. kahkahkah..
Weekend ni baru plan taknak makan kat mamak lagi..ni ngah mencari blog yang wat food review yang best-best kat sekitar KL ni..so far mana kedai best ngan food yang sodap-sodap yang korang tahu ek?????

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

6 Comments


  1. bedal jer makan apa ajer..yang penting HALAL….jangan oik-oik sudah la…

  2. concept macam marche jer restoran tu.
    🙂
    syoknya jenjalan ke overseas.

  3. sejuk mata tgk gmbr2 itu

    nama tmpt,mcm tmpt maya karin kawen

  4. kopi disana mmg best…piza pon same…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam