27 January 2011 :: Hari terakhir di bumi Belanda

27 January 2011 :: Hari terakhir di bumi Belanda

::27 January 2011::

Ni last day aku kat Netherlands, dan bermakna last day tugasan yang perlu aku setelkan untuk bisnes trip kali nih. Lepas bekpes di dining hall Hotel De Klok, lepak-lepak jap. Kasi makanan tu hadam luh. Makanan apa sangat la kan, roti bakar sapu ngn butter dan telur rebus, aku hancur-hancur dan kapit kat tengah-tengah roti bun. Ham kat meja sebelah, leh tengok je, takleh pegang.. Masuk hari ni, dah 4hari tak jumpa nasi sejak ke Milan last Monday. Hari-hari makan isi ikan, seb baik salmon tu feveret aku..hikhik..belasah je kaw-kaw..

Pagi hari terakhir ni sempat gak pusing-pusing area Breda nih. Nice place. Ada sebijik church, besar gile, antara yang terbesar kat sini. Setiap setengah jam, leh dengar bunyi hentaman loceng dr gereja ni, jelas kedengaran tapi aku tak pasti apa tujuan. Tak sempat nak tanya makcik kat sini. Ok, bercakap pasal holland, orang-orang kat Breda ni memang best. Dah la sopan, frenly lak tu, comel cun-cun tu takyah cakap la, jatuh beza dari Milan, even London ok. Geram gue..hahahaha..seb baik teringat pesan cik Nunu, “tengok boleh, kenyit mata jangan…!”..kahkah..so what can i doo, tengok je la. Paham-paham je la time winter ni, tutup litup, sejuk katanya..kahkah..takde rezeki aku .Nanti nak try datang time summer lahsss…

Lebih kurang jam 11pagi, bos Alcatraz dah datang amik. Terus ke ofis untuk bisnes presentasi. Well, kalo bos yang buat presentation, memang best. Sebijik-sebijik dia explain. Perfecto! Dalam masa sejam, dah leh setel. Dan sebenarnya, 50% je yang aku sangat faham, lagi 50% lagi tu fikiran melayang..kahkah..dengar presentation sambil layan kopi Holland, memang feel abes. Terangkat abes, tapi aku lebih sukakan Italian coffea, lagi kaw dowh..orang Italy suka pekena kopi sambil makan cokelat bulat, nak elak pahit katanya. Logiknya, orang kita tambah gula kaw-kaw cam takkan kena kencing manis dalam kopi..sama la tu..

Right after setel segala bagai, dan lepas say bye-bye kat semua orang, terus rush ke tren station. Bayangkan tren ke airport jam 1.09ptg, Julianz(bos Alcatraz) bawak BMW X5 dengan kelajuan cam gampang, kitorg berjaya sampai kat station dalam kol 1.05ptg. Terus naik ke platform, ngam-ngam je masuk dalam tren tu, wisel bunyi dan terus tren tu start jalan. Huh..precise gile time. Bayangkan kalo kitorg stop jap untuk ushar awek kat tren station, mahu kena tunggu tren yang lain, dan mahu kitorg terlepas flight balik ke London..haru jadah jadinya. Bos aku siap berlari cam sprinter wakil rumah sukan nak kejar tren, kadang-kadang kesian gak tengok, maklumlah dia kan tergolong dalam golongan veteran. Aku ni kira leh wakil Malaysia bawah 23tahun lagi, steady je nafas, tapi dia sampai tercungap-cungap tak cukup nafas..kahkah..riso gak nengok..kan tak pasal-pasal aku lak yang kena bagi CPR..haru haru..kahkahkah..

At the end, sempat gak check in di Schiphol Airport, Amsterdam dalam masa yang tepat. Elok je setel check in luggage segala bagai, bos aku terus ke toilet. Setengah jam pastu, baru kuar. Aku ingatkan mana lah menghilang orang tua ni, rupanya layan  membuang isi perut pas exercise di tren station tadi. Merah merang muka dia. Nak gelak kan cam tak kena masa lak, aku tahan je la sampai situasi kembali stabil ke normal..kemudian baru gelak..kahkahkah..well Im still good enuff to be a long destination traveller…hahahaha..

Ok ok stop la luh. Dah cam entri asik kutuk bos je nih..kihkihkih…chow2..tak sabar nak balik KL dah nih..wehoooo…………

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

6 Comments

  1. eh..gi obersi ke JMR. syok nya..

  2. luaskan schiphol airport ni..cikmin dulu masa transit..sampai kejung kaki nak pusing2…hiks..

    psttt…orang holland memang frenly dan manners…

  3. jumpa bos kasi ole2 hehe

  4. seronok kan dapat balik kl…rumahku, syurgaku..lallaa

  5. sy pun xsbar tggu awak ni.. jgn kutuk bos byk sgt tau.. sbb awak tu xsmpai KL lgi.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam