Aku? Biasanya Sabtu/Ahad, jadual lagi pack drp hari biasa. Paling tidak pon, akan surfing/blogwalking tanpa hala tuju..
Tapi weekend ni lagi meriah kot. Ramai kawan-kawan dari Kelantan, ada di KL nih. Gomo Kelate Gomo di Stadium Bukit Jalil malam nih. Best of Luck deh..
set2 mu tengok bola jah deh. Jange wat bola doh la ngan sek2 tim so lagi tu. Ke masok surak kabar muka tu, sio2 jah..Kalu mene besa male ni, shek hen ngn tim so lagi tu. Biar napok semangak kesukane antaro penyokong. Bereh…

Post to Twitter

 
Alhamdulillah..rezeki yang ditunggu, tiba jua akhirnya. Dah memang rezeki adik2 aku & my parents kot, kasi diorang je la sumer voucher Pizza Hut RM150. RM150 untuk 4orang, memang terbaek la kenyang hujung minggu ni nanti kan. Thanx to Pizza Hut & Nuffnang sebab hebahkan pasal contest ni. Tak sia-sia minat aku  dalam fotografi ni, ada gak hasil sikit-sikit..heheh..Even tak menang wang besar cam Si Lampu Neon, menang saguhati pon, masih berbaloi-baloi gak kan. Ini  entri ||Big Fish Moment with Pizza Hut|| yang bertuah tu..hope next contest nanti, leh menang wang besar juga!
 Suka sangat ngan servis ABXexpress, walaupun tak jumpa alamat umah, tapi tak pernah give up call aku, sampai betul-betul depan umah. Kan bagus kalo Pos Malaysia pon macam ni gak.
Tahniah untuk aku!!! Dapat tengok voucher je, gambar ni pon disnap oleh adik aku, Ina. Jadilah, janji ada gak something untuk diorang on Deepavali nih..hahahah..Nway, selamat menjamu selera ek..jangan lupa snap pic untuk Cheesy 6Pizza lak. Leh wat modal nak join contest tu nanti..untung2 dpt RM2000 lak..amin…~

Post to Twitter

 
Tempat makan tidak rasmi aku&cik Nunu bila ada kije/event/shopping/lepak di area Dcurve, Mutiara Damansara. Aku suka sebab tempat dia luas, tenang & takde nak kena tunggu lama-lama bila amik order. In fact, kemarin, time waiter Bangla dia nak amik order, tapi tarak faham cakap Melayu/English, mungkin baru lagi kot. Aku cakap 2,3 tiga patah pon dia still tak faham, memang aku tak dpt nak bagi mukanya. Aku jeling supervisor dia skali imbas, terus dia sendiri yg datang amik order, terpinga-pinga mat Bangla tu kena reject gitu jer. Sori la beb, aku jenis tak sabar bab2 orang tak gheti bahasa ni..hahaha..so, tindakan supervisor dia tu memang bijak lak. Eh, ke sebab muka aku garang sangat ek?:-p..yolah kot, penat2 balik kije, kena tunggu cik Nunu setelkan keje dia kt KD, abes satu Dcurve aku pusing tao..hukhuk..
Kalo time lapar, mesti muka jadi gini. Tapi cam chumel gak kan..hahahah..gilo!
Mee tomyam kat sini pon cam best je kan. Tapi bukan aku yang order. Cik Nunu yang punyer, dan dia sorang yang abeskan. Aku takde mood nak pow food dia arinih. Dan hasilnya, memang tak abeslah mee tomyam tu..muahahah..dan esoknya dia sakit peyut akibat kepedasan yang melampau. So, utk korang yang tak tahan pedas, tak digalakkan order mee tomyam ni kat sini. Selamat gue…:-p
Fail lah kalo buat review pasal food nih. Patotlah takde sesapa nak bagi aku food advertorial, gambar blur rupanya! Kam Heong Sotong memang sedap. Series aku tak tipu. Pekena lak ngan nasi goreng Siam pepanas, memang ternganga mulut ko manjang. Pedas + panas = PENAS la jawabnya! Not bad la food kat Madam Lim’s Kitchen ni. Memang kena ngan selera aku gak kot. Menu biasa aku order adalah Nasi Goreng Siam. Aku suka style dia goreng woo..makan benda sama pon, memang aku tak kisah..senang je nak jaga JMR ni..masak nasi goreng pon jadik, janji sedap. Dengar tu orang di sana????
[picture23]
hahaa..toksah dok refresh la. Menang aku tak letak gambar pon kat atas ni. Korang bayangkan sendiri la ek, Nasi goreng Siam aku tu. Lupa nak snap, elok je sampai, terus aku ngap2..hahaha..lapor beb…
Sebenarnya, aku buat entri ni, tujuan utama bukannya nak cakap pasal makanan kat Madam Lim’s Kitchen nih. Tetiba je nak tanya korang, eh korang ni ditujukan kepada si lelaki/ BF ek. Pernah suap mamam gf korang kan depan2 orang, i meant time makan kat kedai le. Series, aku jarang, setahun sekali je kot. Tapi kalo datang angin giler, baru aku buat. Tapi lepas suap, kompom tengok keliling..hahaha..kot2 ada orang tengok, segan…hahahahah…patot atau tak patot?…hikhik….malu i…..~

Post to Twitter

 
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas 

dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

  • 1) McDonald
  • 2) A&W
  • 3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

  • 1) Victoria Station
  • 2) Kam Lun Ta
  • 3) Lotus Family Restoran  

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 

  • 1) San Francisco Steakhouse
  • 2) Chicken Rice Shop
  • 3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Source : ||LINK||

Post to Twitter

 
Wah, tajuk entri dah macam citer kanak-kanak, Aladin & lampu ajaibnya..Sebenarnya, tajuk citer/filem tu hanyalah TAKERS. erm..kalo dalam BM jadi apa ek? Pengambil erk?:-p
Ok, kali ni takde poster movie ya. Kalo nak, leh Google sendiri. heheh..tapi aku letak gambar torchlight SE. hehehe..tak sia-sia aku beratur agak awal nak collect tiket dr Nuffnang kat GSC Midvalley., dapat gak menda alah ni free, senang sket nak gi ke tandas memalam:-p .. Agak awal ye, kalo lagi awal, leh dapat cover laptop SE. Jeles! Opss..bersyukur itu penting..Thanx!
Pendekkan bebelan, kalo korang terasa nak layan movie kat panggung wiken ni, i recommend u this TAKERS! Oh ya, rambut sama hitam, tapi selera lain-lain. Aku mengreview berdasarkan kepuasan nafsu aku ya.
TAKERS! Kisah sekumpulan perompak pro, perompak ye, bukan peragut murahan yang sekadar meragut RM5 tapi sanggup bunuh mangsa, bullshit kpd spesis cam tu. Geng takers ni bukan calang-calang, robbery management mereka sangat best, ala-ala Italian Job. Dan mereka hanya perompak, tidak menembak tepat ke kepala mereka yang tiada senjata.  TAKERS adalah filem 90% penuh dengan aksi. Aku kompom, kalo korang ngantuk pon, paling teruk pon, ko akan terlelap 5minit, sbb 5minit tu je scene yang buhsan. Nak citer, aku just terlelap 5minit je, hahaha, penat weih kalo petang tu aku meeting 4jam!..gosh!
Cozier, John, A.J, Jake & Jesse adalah geng perompak yang amat kuat prinsip setiakawan. Daily life mereka cam orang biasa gak. Eh, orang kaya biasa. Sayangkan kanak-kanak & cintakan kekasih. Ahh..susahlah aku nak cakap. Bagi aku, TAKERS ni ada sumer, semangat setiakawan, cinta, famili, ganas, kemewahan & etc. Geng takers ni mula kacau bilau bila bekas geng diorang ni, Ghost menyimpan niat untuk balas dendam selepas kuar dari penjara. Ghost, well-planner yang berjaya melagakan geng takers ngan geng perompak Russia..Hasil pakatan Ghost dengan geng Russia, diorang diserang hendap & mengorbankan A.J. Aku suka babak diorang diserang hendap, ngan garapan background musicnya, terasa kesedihan geng takers bila salah seorang kawan mati ditembak akibat khianat oleh bekas kawan sendiri. Kalo korang, agak-agak camner la rasa bila kawan sendiri buat onar dalam hidup korang?
Aku masih menantikan filem aksi hasil drp pengarah tempatan. At least, kalo takleh hebat sangat, hasilkan filem aksi cam TAKERS pon jadilah. Tak terasa sangat rugi beli tiket/ DVD pirate..huhuhu..tapi yang pasti, aku sangat sukakan action movie yang bukan hanya penuh dengan aksi, tapi ada gak pengajaran tentang sebuah kehidupan. Jangan tumpukan pada satu skop je, macam kalo pergi bercuti ke satu kawasan perangin, macam hero/heroin sorang je yang berada kat tempat tu, macam ||FILEM INI||..hikhikhik…
TAKERS release panggung 28/10/2010 ni. Aku cakap berdasarkan pengalaman dan selera aku ye. Jangan korang datang nak saman aku sebab cakap movie ni tak best ,kalo korang sendiri bukan jenis selera macam ini ye..erkk?

Post to Twitter

 
Tahniah Lisa Surihani..atas kejayaan dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik sempena Festival Filem Malaysia..wow! tak sia-sia..opss…apa ek?:-p

Post to Twitter

 
It’s not easy to be a leader, but something that most of us are admiring and hope to become in our respective fields. I dare not to say I’m qualified to be a leader at this point, but it’s my goal to be prepared for it.
We are raised to be dependent on our parents, then to be dependent on ourselves eventually but it takes too long! Even then we still depend on the government and our parents for certain things. Independence is so much better than being dependent because we rely fully on ourself, we become a true leader once we are INDEPENDENT!
Enough & fullstop!. How do i finish the bullshit report in one day…more motivation pls….you really make my life in suck!
 Am I good enough to become an engineer OR Am i suitable for photography/entrepreneur?
||OR||
Am I good enough to become an engineer AND Am i suitable for photography/entrepreneur?
it’s not a same question, and have a different types of answer, am i rite? 
independent la sangat kan..hak tuih! S.O.S!!! :-(

Post to Twitter

 
Sapa suka KENTUT?? Shit..secara tak ikhlasnya akan aku jawap, “saya tak suka!!!”..yes! itu kalo kentut orang. Kalo kentut sendiri, I Like * thumbs up! Kalo idak, takdenye time meeting, ada macam2 jenis bau setiap hari. bau versi lain-lain, kompom datang daripada individu lain-lain. Tu tak kira bila berada dalam sekumpulan orang, janji perut lega dan tiada bunyi. Kalo kantoi, kompom kena maki. Kan betul, memang ada orang suka melepaskan kentut di merata-rata. 
Thanx God, kentut tidak mengeluarkan gas yang berwarna atau wasap yang berkaler, kalo tak, kalerful je kan..Dan tempat yang jarang aku bau kentut adalah di masjid! Nak-nak time khutbah jumaat, mungkin sebab senang kantoi, ye la kan, kena bangun gi amik wudhu sebelum angkat takbir. Oit, ni pehal cakap pasal kentut??!!!!!
Meh sini ketahui fakta pasal kentut!!! hahahah:-p
- Komponen kentut adalah terdiri drp 5 gas yang tidak berbau – NITROGEN 60%, HIDROGEN, 30% KARBON DIOKSIDA, METANA & OKSIGEN 10%. 
- Kekadang yang berbau busuk disebabkan unsur-unsur sulfur yang dihasilkan oleh bakteria tertentu di dalam kolon.
- datang daripada dua sumber ; Udara yang anda telan & peningkatan penghasilan gas drp makanan yang tidak dihadam oleh bakteria di dalam usus.
- contoh makanan penyebab kentut ; kacang, brokoli, kubis, tauge, pear, apple, minuman bergas, jus buah-buahan bergas, produk tenusu seperti keju, aiskrim & bijirin.
Kesimpulan dia, tolong jgn kentut masa meeting. Bullshit bau dia!!! Lu pikirlah sendiri..
* anda pernah alami saat-saat dengan keindahan kentut rakan sendiri? Share certia di ON KENTUT dan send ke 456789!

Post to Twitter

 
Dalam berblogging, rasanya entri dengan gambar-gambar yang cun+cute akan menarik lebih minat readers untuk habeskan membaca satu-satu entri kan. Ye la kan, kalo ayat panjang berjela tanpa letak sekeping gambar pon, pasti buhsan gak kan. Tol x?
Tapi kalo letak gambar ngan mulut senget, kepala herot dan hidung bengkok pon agak kurang sopan dan mencacatkan lagi kecemerlangan entri itu gak kot. Uish, tak faham ke apa yang aku maksudkan?
ok, katakan ini gambar asli ;
Tetiba lepas dicrop & resizekan sikit gambar tu, dan diupload dalam blog korang, gambarnya jadi camni..
Yup, pixelnya pecah, takpe, abaikan yang tu dulu, yang aku nak cakap, muka yang dah comel2 bulat tetiba jadi lonjong atau memanjang. Camne kalo jadi melebar camni lak, tak ke lagi haru kan…
Kan tak elok kalo gambar dah jadi gitu. Tak kira la korang edit pakai CS3, CS5 ke, Paint ke, Picasa ke, masa nak resize gambar tu, silalah tekan SHIFT+leftklikmouse masa tarik cursor untuk resize. So that, tumbesaran gambar tu jadi sekata disetiap sudut. So takde la ada belah yang memanjang, ada belah yang memendek. Sakit mata nengoknye.
Faham x? Asasnya, harus ingat, masa nak tarik bagi gambar besar, harus tekan SHIFT serentak ngan klik mouse…..senang je kan?

Post to Twitter

 
Hai awak! Dan hai awak juga! Meh rapat-rapat, meh dekat-dekat, laga bontot pon takpe, janji jangan naik syeikh..Meh nak share citer lak, bukan jual ubat, dan bukan juga Meniaga Larut Malam. Sekadar nak berkongsi..sebab masih lagi yang tak pasti, apa nak jadi dengan diri sendiri sekiranya anda seorang pemalas..takyah nak register or bagi emel segala bagai, baca je sudah cukup, takyah bg duit wat pre-register, or takyah bank in duit wat bagi pendaftaran. Just make sure, jari dapat berfungsi dengan baik, ada power supply, ada laptop/komputer dan juga line internet, pedulilah provider apa, janji Internet!
Shit! dah macam jurujual direct selling/MLM lak, patot la ada orang cakap aku ada bakat..hahaha..tapi aku malas..hahhaa..apa merepek ni bang oi??!
Takdelah, aku pelik gak ada orang dok bertanya, ” Apa pekdah ko berblogging? “..then kalo aku tanya balik, ‘ Apa pekdah ko berfesbuk? ” mcm2 jawapan dia gitau. Dapat ramai kawan la, dapat update semasa la, dapat ilmu la, dapat awek la, dapat kenal artis lak..chiitttppoodahh..jawapan tu sumer, pon aku leh guna untuk jawapan kepada soalan ko balik la..tak caya? meh nak tebeng gok..
- aku dapat ramai kawan, yup, kawan baru, tak kira muda & veteran.. Check this ||ENTRY|| out.
See..kak Ina yang sangat peramah, 1st time bertegur sapa kat event ni. Act b4 tu pon dah pnh jmp, tapi takde peluang bertegur sapa. Dan ramai lagi la. Eyriqazz, Darkbatman, Melz, K.Filla, Eny, dan lain-lain.
- dapat ilmu. Of koz la kan. Setiap pembacaan, pasti ada sedikit ilmu yang tercalit. Setuju tak? At least ilmu tentang kehidupan. Apa tu? Lu pikir la sendiri bhai…contohnya ||ENTRI|| nih..
- dapat awek la. Owh camne aku nak elaborate pasal benda ni ek. Marah kang cik Nunu nanti. Ke dpt berkenalan ngan awek. Ade ke? erm…
ok, ni pon kira consider awek la kan..hikhik..jgn mare RM..ok2, otai blogger & rasanya majoriti blogger kenal ngn redmummy nih..kira selebriti blogger gak la kan..
- dapat update semasa. Hello.. rasanya dengan blog, lagi laju berita-berita panas diupdate. Belum kuar Buletin Utama, tup2 dah kuar kat blog Jai ataupun BeutifulNara.
- dapat kenal artis. Lor, takat kenal artis, takyah la nak jadikan sbg jawapan ko tu bhai. Ngn berblog pon leh kenal gak. Leh beramah mesra sampai lemas..hahaha..Nak bg baca ||ENTRI||, ||ENTRI|| ini juga..
Sapa kenal artis ini??
||ENTRI|| ini la..
Eh, apa lagi ek nak bgtao..owh..ngan blog gak, aku dapat goyang-goyang kaki, tapi sambil wat entri lak, then malam esok, berblogging lagi, check2 Nuffang, eh2, bertambah lak syiling-syiling aku..woit! seposen ke dua posen ke, kalo kumpul setahun, brapa banyak gak dapat kan? haha..poyo la plak kan. Eleh, aku tao, ramai yang sedar situasi ni kan, tapi takot2 nak wat entri. Dah mmg btol pon, wat entri kan dok atas kusi, sambil meniarap, sambil goyang-goyang kaki, ke ada yang update entri sambil mencangkul ke, angkat bata ke, takpon peningkan pala wat AutoCad, wat design..gosh!
See! tak baik riak. Huh..tak maknanya riak. Bertimbun lg blogger yang 10kali ganda lagi banyak k. Tp asasnya, aku nak bgtao, ni la kelompok pertama BE(buffered earning) aku lepas tukar domain baru ni, sejak 2bln yg lepas. Baru kesedaran, selepas seminggu aku tak berblogging akibat kemalangan. Adalah dalam RM20++ terkumpul untuk minggu lepas. Ha, tu belum goyang kaki lagi, tu baru terlantar malas atas katil Kalo goyang kaki, insyaAllah dapat macam ||ENTRI|| ni le kot…
Oh ya..lupa lak nak gitau. Dengan blog & Nuffnang gak, macam2 leh ko dapat. Event yang best2 la, Makan free yang best2 mcm ||ENTRI|| ni!, tiket wayang free giler2 best mcm ||ENTRI|| ni, dan macam2 lagi la..Check it out!
Watever! Macam ramai blogger cakap, yang penting dalam blogging ni, niat biarlah ikhlas, duit & lain2 tu pasti akan menyusul..yes, AKU SETUJU…:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR