Tips 4 : Apa itu Depth of Field (D.O.F) ???

Tips 4 : Apa itu Depth of Field (D.O.F) ???

Salam pertemuan lagi untuk sharing part kali ni. Ok2..biasa kita tengok orang upload foto yang cantik2, jelas&nyata, kita jeles kan. Maybe kita akan cakap, ala, ko ada DLSR, leh la wat gitu. Leh la gambar ko terang giler objek depan, tapi blur giler background belakang. Tapi ada gak yang lebih teruk, ada DSLR tapi taktao nak wat camtu, then taktao pon menda tu dipanggil apa. aiehh… Act kalo nak dapatkan gambar cam objek di depan jelas giler, dan di belakang giler, itu dipanggil gambar yang ada ciri-ciri Depth of Field (DOF) yang baik. So, apa itu Depth of Field sebenarnya?
DOF bolehlah ditakrifkan sebagai medan atau ruang yang berada di dalam zon fokus dalam imej. Jadi, apakah perkaitan DOF dengan Aperture? Sebenarnya, DOF berkait rapat bukan hanya dengan Aperture tetapi juga dengan Panjang Focal (Focal Length) sesebuah lensa yang digunakan dan Jarak antara sensor dengan objek.
Persoalannya? Apa kepentingan DOF dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk “memisahkan” objek daripada latar belakang.
Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang “kabur” atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai “bokeh”. bokeh tidak mempunyai ukuran yaang objektif. ia lebih bersifat subjektif. saya secara peribadi juga tidak tahu bagaimana bokeh yang baik (nice or creamy bokeh) dan bokeh yang tidak baik. tetapi, melalui pembacaan blog-blog atau review di internet mahupun bahan bacaan lain, lensa yang terbaik dalam penghasilan bokeh yang paling baik adalah lensa Canon EF 85mm f1.2L. Lensa ini juga digelar King of Bokeh. Betul atau tidak? Klik shutter, tengok sendiri.
* special thanx to XXY yang share artikel di atas:-)

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

3 Comments

  1. time kasih kerana berkongsi info neh.. 🙂
    Menambahkan lagi ilmu berfotografi.

  2. walaaa..bagus la..a nice article..thks for sharing…:)

  3. J.M.R…saya guna cybershot jer nie..nak guna DSLR belum kemampuan lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam